TRIP BANDUNG : SEBELUM BERTOLAK

Assalamualaikum

Previous entry : Trip Bandung

Seperti yang aku janjikan dalan entry sebelum ni, aku akan kongsikan dengan korang semua tentang pengalaman aku ketika di Bandung. Sebenarnya trip kali ni bukan lah dengan keluarga aku. tapi dengan keluarga bakal mertua aku. kami berempat je. Mak mertua (bakal) hehe, adik ipar (bakal jugak), PP Epal (bakal laki aku) wahaha dan jugak aku. so 4 orang jela. 

Kitorang naik Air Asia lah macam biasa. tiket agak murah sebab beli masa promotion Free Seat Air Asia tahun lepas. so agak lama jugak la tunggu. tapi pejam celik je dah nak pegi dah. tak sedar pun kan.. actually ni cuma perjalanan singkat je. memang tak puas sangat sebab pergi hari Ahad balik hari Selasa. :(


Tolong lah simpan baik baik boarding pass ni sebab kalau hilang, korang beli la tiket baru. hehehe. 

kat sini aku nak bagi peringatan sekeras kerasnya untuk korang yang berhajat nak ke luar negara tu. tolong lah check passport korang. pastikan tarikh luput passport tak kurang dari 6 bulan. contohnya kalau passport korang luput bulan Januari 2013, paling lewat pun bulan Julai 2012 korang dah kena renew. Sebab syarat nya dah begitu. Actually ada kisah di sebalik passport ni. tapi biar lah aku share dengan korang kemudian. tah tah ada yang boleh agak apa jadi kat aku pasal passport ni. hua hua hua. 

ok. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bandung mengambil masa 2 jam je. Flight aku pukul 4.45 petang dan dijangka tiba di Airport Hussein Sasteranegara, Bandung pada 6.45 petang jam Malaysia . tapi sebenarnya aku sampai jam 5.45 petang jam Indonesia sebab perbezaan 1 jam. KL lewat 1 jam dari Indonesia.

Persiapan sebelum bertolak, aku berjaya menukar mata wang RM ke Rupiah dengan bestnya! bayangkan aku tukar RM1000 aku dapat 3 juta Rupiah. tak memasal aku jadi jutawan segera. tapi di Indon je la. kekeke. 

so sebelum bertolak, pastikan boarding pass ada, passport ada, duit dah siap siap tukar. jangan tukar dekat Indon sebab leceh. tukar siap2 dekat negara kita yang tercinta ni yek. so tunggu la entry lepas ni....... bye..

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
najihahfara
AUTHOR
November 8, 2012 at 12:50 PM delete

seronoknya pergi becuti..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...