jangan banyak tanya nape aku dah jarang hupdate. sila ye ucapkan tahniah kat aku sebab menang award kategori blogger paling pemalas nak update! so topik malam ni adalah tentang lelaki idaman. wooooooo...
masa aku single tak hengat duniya dulu, aku selalu borak dengan member member aku yang solo molo ni. kalau boleh ah kan..kitorang nak boyfrend yang tinggi contoh macam kalau aku 157 *eh katiknya daku!* so bf mesti ah 175 ke atas..ha tinggi lampai gitu.
pas tu kitorang tak gemar sangat lelaki putih putih macam adik penyanyi Syasya elite yang berlakon dalam drama gemersik kalbu tuh. tak sukaa you..macam daging mentah. macam jambu sangat. so tips untuk lelaki putih di luar sana..hitamkan kulit korang ek. jgn ah hitam sangat. ala ala daging separa masak macam tu. haha..pergi matiks la banyak songeh lak kan.
PERGHHH..(belah kiri je.) hahahaha..
pastu dari segi tubuh badan..sssss kalau boleh ah nak macam badan adi putra. jap..dengar dengar filem KL Gangster 2, Adi putra tayang body..wooo..nak merasa buat kerja amal ke ?? berani lu tayang body ea. tau ah sedap kan! sokitorang actualy tak gemar lelaki yg kurus kurus sebab rasa macam eh tak selamatnya..kalau kene rompak, perompak tu tolak pakai jari pun boleyyy kan..sapa yg susah ? kita kaum pompuan gak yang susah kene rompak. tu kalau rompak harta benda..kalau hati kitorang yang kene rompak? ha....
lelaki smoke ni sebenarnya kitorang kisah jugak ah. sebab melalu kajian kitorang yang agak agak tak berapa nak bertauliah ni..lelaki merokok ni gigi dia buruk..pastu kan....badan dia busuk..pastu kan..sperm dia tak subur.mesti putus2 ekor sperm tu sebab merokok kan? hahaha. so tak suka ah lelaki merokok!
ok ada lagik ni. lelaki yang gila kan gaya mutu keunggulan. tak main ah baju comot2 compang camping ni. baju nak branded kalah remy ishak youu..padahal takde ah hensem sgt kan sampai nak branded2 ni. pastu kita yang papa kedana ni, mesti malu nak mintak dia teman shopping..lagi2 kalau shopping kat gedung Hari Hari. ohmy! haha. so kitorang suka lelaki yang simple. asalkan kemas..pakai suar tak nampak boxer. wek.
ok ah cukup lah tu ye..so kepada lelaki lelaki ganteng di luar sana...kalau korang ada ciri ciri di atas...untung lahh kan...tapi apa pun..yang paling penting apa anak2?? hati ye..insan yang cemerlang datangnya dari akal dan hati yang tenang...haha. selamat beramal.
gigit jali lo.....haha!!
10 komen
Write komenAlhamdulillah,saya dapat 'teman' seperti yang saya idamkan cuma bab ketinggian aje tak dapat den nak nolong!hahahahhaa...
ReplyTapi tak pe,murah rezeki orang kata.hehehhee..
ehehehe ^__^
Replymmg kita selaku gadis ni nak yg sempurna kan.nak yg tu.nak yg ni.tp xleh nak memilih sangat.kalau extra sempurna.alhamdulillah lah..hihi
:)
#tak sabar nak tgk KL Gangster 2 :)
so... pipi epal menepati ciri tak? keh keh keh
Replysamalah...xsuka laki merokok..tpi dpt bf asyik merokok je.payah!
Replyhaha nice entry!! sy nak buat la entry cenggini tapi dah ada bf nnti die majok ngeee .
Replyhahahah gelak guling2 langgar dinding baca entry ni..lagi2 pic sblh adi tuh..n budak laki tak reti xpakai seluar.hihihi
Replyfuhh adi memang encem..hihihi
gambar last tu tak tahan. ingat stylo ke pakai macam tu?
ReplyHaha.. Mcm2 juga ciri2 lelaki idaman tuan rumah ni ye..Haha.. So apepun,aku nk jemput tuan rumah n semua pgunjung2 blog ni,j0m watch VIDEO2 aku main gitar kapok/menyanyi at channel YouTube aku.. Klu ada yg seksi meksi cuma pakai boxer je atau tak pakai baju tu maaf la.. Maklum la,rekod kt rumah je kn.tp aku x la hebat mane,baru nk blaja2 men gitar.. Klik ni ye, http://www.youtube.com/shahrulizzuwan
ReplyHahaha. kenot go tengok gambar lelaki nampak boxer.
Replyby the way, tq for the words: insan yang cemerlang datangnya dari akal dan hati yang tenang.
its gimme a spirit. :)
hahax999,gambar yg sebelah edy putra tu sapa hah?cian dia...
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon