Tekanan


Tekanan fizikal yang serius seperti pembedahan atau tekanan psikologi yang teruk seperti kematian dalam keluarga boleh memberi kesan pada badan manusia. Tekanan yang teruk biasanya membuatkan badan berada dalam keadaan terkejut. Ini boleh membawa kepada telogen effluvium yang boleh membawa kepada keguguran rambut. 

Selepas Kehamilan

Rambut keluar daripada akar dan mempunyai mentol kecil di hujung. Pesakit tiba-tiba boleh memerhati jumlah rambut yang banyak di bilik air. Sewaktu mengandung, kitaran fasa pertumbuhan dikekalkan dan beberapa rambut sahaja yang gugur. Jenis keguguran rambut ini lebih kerap berlaku selepas kehamilan. Keguguran rambut seperti ini juga telah dikenal pasti antara golongan wanita yang tiba-tiba menghentikan pengunaan pil perancang keluarga. Demam tinggi yang berpanjangan juga boleh mengakibatkan keguguran rambut. Demam kronik ini menyebabkan kerosakan pada folikel rambut. Dalam kebanyakan kes, pemulihan sepenuhnya dijangka mengambil masa enam hingga sembilan bulan.

Diabetes

Jika anda mempunyai diabetes atau artritis, anda mungkin berhadapan dengan penyakit autoimun yang wujud. Keadaan ini berlaku apabila sistem imun badan sendiri tersilap menyerang dan memusnahkan tisu badan yang sihat. Apabila sistem imun badan menyerang folikel rambut atau sel-sel atau tisu penting untuk pertumbuhan rambut, ia boleh menyebabkan kehilangan rambut termasuk cicatricial alopecia (satu bentuk keguguran rambut yang berkekalan) dan telogen (yang berlaku apabila kitaran pertumbuhan rambut terganggu). Alopecia areata boleh berlaku dalam kalangan kanak- kanak dan orang dewasa.

Jangkitan kuman

Keadaan ini sebenarnya jarang berlaku dan boleh berlaku serentak dengan penyakit auto imun seperti SLE (systemic lupus eythematosus), lichen planus dan follicuilitis decalvans yang merupakan jangkitan bakteria pada folikel rambut. Folikel rambut dimusnahkan dan peluang pertumbuhan rambut rendah.
Jangkitan yang biasa berlaku dan memberi kesan kepada kulit kepala dan rambut ialah kurap. Kurap sebenarnya disebabkan oleh kulat. Tineacapitis wujud disebabkan kulat dipanggil dermatophytes yang hidup dalam keadaan panas, lembap dan biasanya muncul di tempat kotor.
Jika anda suka memakai topi atau menutup rambut, pastikan rambut dicuci dengan kering dan jangan dibiarkan lembap kerana kulat atau kuman boleh menyebabkan keguguran rambut.

Tabiat Suka Mencabut Rambut


Tabiat mencabut atau menarik rambut daripada kepala atau bahagian badan lain juga boleh menyebabkan keguguran rambut. Lama-kelamaan, banyak kawasan menjadi botak akibat tabiat buruk ini. Jika tabiat dihentikan, rambut biasanya akan tumbuh semula tetapi ia boleh menyebabkan parut pada kulit kepala. Ini akan membawa kepada kehilangan rambut kekal.


Kurang zat/vitamin


Kekurangan zat makanan, kecacatan genetik atau biologi dan kurang mengambil nutrien tertentu boleh menyebabkan keguguran rambut. Mungkin kekurangan yang paling biasa dianggap menyumbang kepada keguguran rambut ialah zat besi. Kekurangan zat besi boleh membawa kepada kekurangan zat besi atau anemia. Ini merupakan satu keadaan yang menyebabkan badan tidak mempunyai cukup sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah penting kerana ia membawa oksigen ke hampir setiap sel dalam badan, membantu sel-sel mengekalkan fungsi normal. Kekurangan zat besi dalam nutrien lain seperti vitamin B (khususnya B12) juga dianggap penyumbang kepada keguguran rambut.

Kemoterapi



Sel-sel kanser biasanya berkembang lebih cepat daripada sel-sel sihat dalam badan. Malangnya, terdapat sel-sel lain dalam badan yang berkembang pesat seperti folikel rambut. Walaupun terdapat mitos kanser yang mengatakan keguguran rambut secara kekal selepas kemoterapi tidak tepat, kehilangan rambut sebenarnya boleh berlaku secara beransur-ansur atau dengan cepat, bergantung kepada jenis ubat yang diambil.
Masalah keguguran rambut memerlukan evaluasi yang terperinci. Kebanyakan masalah keguguran rambut boleh dirawat kalau faktor yang menyebabkan keguguran rambut dikenal pasti.