Di sebalik tanda bengkak, menggeletar, rasa panas, cepat marah, mudah berpeluh dan marah antara beberapa tanda seseorang itu mengalami penyakit tiroid.
Penyakit tiroid selalunya dihidapi oleh golongan wanita seperti yang dialami oleh Nurliyana sejak 2016
Harian Metro melaporkan penderitaan Nurliyana yang disahkan menghidap Para Tiroid sejak 2016. Kesengsaraan jelas terpapar pada wajahnya apabila tulang rahangnya kini membesar hingga menyebabkan mulut terkeluar dan turut menjejaskan penglihatan.
Malah, lebih memilukan berat badannya menyusut daripada 55 kilogram (kg) hingga kini hanya 23 kg, malah ketinggiannya turut menurun daripada 1.5 meter kepada 1.3 meter.
Bagaimanapun, setakat ini doktor pakar tidak mengesyorkan Nurliyana menjalani pembedahan membuang ketumbuhan tiroid kerana perlu mencari kaedah sesuai berikutan wanita itu menghidap masalah buah pinggang dan jantung.
Masalah kesihatan itu menyukarkan doktor pakar untuk menjalankan pembedahan kerana Nurliyana tidak boleh disuntik ubat bius atau diberikan ubat tidur berikutan keadaan jantungnya yang lemah.
JENIS PENYAKIT TIROID
Hipotiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon tidak dikeluarkan secukupnya.
TANDA TANDA HIPOTIROIDISME
1. Cepat letih
2. Tiada selera makan
3. Berat badan naik
4. Kulit kering
5. Rambut gugur
6. Period tak teratur
Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid
Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid bekerja dengan lebih kuat.
Ini menyebabkan kelenjar itu membesar yang dipanggil goiter. Lama-kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.
Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma
Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan penyakit ini. Sekiranya disahkan individu itu mengalami hipotiroidisma, Hormon tiroid akan diberikan supaya paras hormon tiroid badan kembali normal
Hipertiroidisma
Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid mengeluarkan hormon secara berlebihan. Ini menyebabkan metabolisma badan meningkat. Penyakit ini lazimnya berlaku pada wanita sekitar usia 20 hingga 40 tahun.
TANDA TANDA HIPERTIOIDISME
1. Jantung berdegup laju, rasa berdebar debar
2. Kuat berpeluh
3. Resah gelisah
4. Makan banyak tapi berat turun, tak naik-naik
5. Tangan terketar-ketar
Penyakit hipertiroid boleh menyebabkan ribut tiroid. penghidapnya akan demam, peningkatan degupan jantung, dan juga perubahan fungsi otak seperti kekusutan pemikiran, sawan, cemas keterlaluan dan mungkin juga menyebabkan koma.
rawatan yang diberikan akan mengurangkan pengeluaran hormon tiroid dan ubat untuk mengurangkan degupan jantung
Sekiranya rawatan yang diberikan gagal, Pembedahan juga salah satu daripada kaedah rawatan yang boleh membantu.
RESVERATROL - ANTIOKSIDAN ANTI RADANG
Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berpotensi dan pilihan anti-keradangan yang sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah keradangan seperti penyakit tiroid.
Antara sumber resveratrol terbaik adalah kekacang, wine merah dan buah beri. Tapi mana mungkin kita mengambil sumber resveratrol sebegini dalam kuantiti yang diperlukan setiap hari kan?
Dapatkan sumber resveratol yang sudah terbukti keberkesanannya, sudah diuji secara klinikal dan sebaiknya sudah menjalani landmark study yang terperinci supaya anda tidak membazir duit dengan membeli suplemen resveratrol yang salah.
VIVIX - MINUMAN BOTANI RESVERATROL YANG KAYA ANTIOKSIDAN
Ada banyak research artikel berkaitan bahan bahan aktif dalam produk Shaklee. Malah, Shaklee turut bekerjasama dengan Universiti ternama untuk buat kajian produknya sendiri yang dinamakan Landmark Study.Landmark Study II mengkaji produk paling hangat di pasaran iaitu Vivix yang dibuktikan boleh memanjang jangka hayat sel manusia, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kronik
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon