TEMPAT MAKAN BEST DEKAT SEREMBAN ALA ALA VINTAGE GITU

Assalamualaikum

Siapa dekat sini orang seremban? Mesti nak tahu mana lagi celah tempat makan yang best dekat seremban untuk lepak lepak. Seriously aku yang duduk seremban ni dah tak tahu nak makan dekat mana dah. Sebab dah biasa kerja dekat bandar baru bangi yang banyak gile tempat makan best best. Tapi kali ni aku nak share satu tempat makan yang best dan 10 minit dari rumah aku.



Apa yang best dekat restoran ni adalah first dia punya decoration. Konsep restoran ni ala ala vintage. Bila makan dekat sini rasa macam makan dekat rumah.



Secondly bila korang makan dekat sini, korang akan dibuai dengan lagu lagu retro uji rashid, aisyah, dan macam macam penyanyi retro yang pernah top suatu masa dulu. Zaman aku kecik kecik kot layan lagu ni. Ohh terasa tua pulak harini haha.


Third. Makanan dia adalah sedap dan banyak pilihan. Aku selalu lepak malam malam dekat sini makan cekodok pisang, lempeng pisang, cekodok bawang dengan air tembikai. Layannn.. RM2 8 ketul cekodok. Tapi hubby makan garlic bread yang super duper besar dan gila kenyang lepas makan dengan harga rm4.90 je.

GARLIC BREAD WITH FRIES RM4.90 ONLY

So nak tahu tak dekat mana restoran ni? Hehehe. Dekat area Taman Pinggiran Golf. Cari lah..komfem puas hati. 
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...