4 PENGALAMAN NGERI ISTERI KETIKA HAMIL YANG SUAMI PERLU FAHAM

Assalamualaikum

Bukan senang nak jadi makhluk bernama perempuan! Suami kena faham lagi lagi bila si isteri sedang hamil. Jadi, ada 4 jenis pengalaman ngeri isteri ketika hamil yang suami perlu faham dan take note ye. Antaranya adalah Sembelit dan buasir, kaki krem, sakit kepala dan jangkitan pada jahitan (selepas bersalin). Jadi ini antara pengalaman yang aku nak kongsikan dengan para isteri dan suami so that si suami sila la hargai isteri masing masing ye. Apa pun pengalaman ibu hamil dan bersalin ni tak sama. Tapi boleh dikatakan ramai jugak yang mengalami pengalaman yang sama macam puan Najihah ni.

Jom kita sama sama kongsikan pengalaman ngeri Puan Najihah ketika hamil.
**************************************************************************
Dr. Najihah, seorang Pensyarah, blogger dan juga ibu yang berpengalaman ini berkongsikan pengalaman beliau sewaktu hamil dan berpantang dari anak pertama hinggalah anak ke enam. Ibu beranak enam ini akhirnya menemui produk yang dapat menyelesaikan masalah sembelit, buasir dan sakit kepala yang amat sangat ketika hamil.





.
PENGALAMAN NGERI KETIKA HAMIL?
Saya ada beberapa pengalaman yang kurang enak dan mungkin juga agak ngeri bagi sesetengah orang ketika hamil dan berpantangkan anak sulung, kedua & ketiga (kembar) serta anak ke-4. Sepanjang kehamilan dan berpantang keempat-empat anak ini saya amalkan set hamil dan berpantang jenama lain (jenama yang sama untuk 3 kali kehamilan ini)

.
1. SEMBELIT DAN BUASIR
Pengalaman yang paling ketara dan saya ingat sampai sekarang ialah sewaktu hamil saya mengalami sembelit yang teruk. Sampai menangis-nangis dalam tandas setiap kali nak membuang air besar. Kadang-kadang sampai berlaku pendarahan. Keadaan ini menyebabkan saya rasa takut nak membuang air besar yang menjadi penyebab kepada terjadinya buasir. Buasir ini menjadi semakin kritikal selepas saya melahirkan anak-anak kembar dan ianya berlarutan sehingga dalam tempoh berpantang dan selepasnya.

.
2. KAKI KREM
Satu lagi masalah saya ialah selalu berlaku kejang kaki (krem) terutamanya apabila kandungan menjengah usia 6 bulan ke atas. Malam-malam waktu tidur selalu sangat kena sampai menangis-nangis menahan sakit. Suami saya lah yang selalu menjadi mangsa untuk meredakan kesakitan saya sewaktu sedang nyenyak tidur.

.
3. JANGKITAN KUMAN PADA JAHITAN
Dulu sewaktu berpantang, selain masalah sembelit dan buasir saya juga pernah mengalami jahitan perineum saya terkena jangkitan dan bernanah. Ia berlaku sewaktu berpantang anak sulong dan sewaktu berpantang anak kembar peristwa ini berulang lagi bahkan ianya semakin parah kerana jahitan perineum saya terpaksa dibuka dan dijahit semula tanpa bius disebakan oleh jangkitan kuman pada kawasan tersebut.

.
4. SAKIT KEPALA
Memang sangat mengerikan tapi terpaksa juga melaluinya dengan tenang sambal dalam hati berdoa agar ianya tidak berulang lagi pada kelahiran akan datang. Manakala ketika berpantang anak ke-4 yang dilahirkan secara pembedahan saya mengalami sakit kepala yang amat teruk sehingga hampir 3 minggu lamanya. Sakit pada tempat pembedahan juga terasa sehingga beberapa lama. Dalam waktu berpantang dulu terasa diri kurang cergas dan kurang bermaya.

.

 

SET KEHAMILAN SHAKLEE TELAH MERUBAH SEGALA GALANYA!
Alhamdulillah, setelah mengamalkan Set Kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Vitamin C, B Coplex, Ostematrix, ESP dan Omega Guard Shaklee ketika hamil anak ke-5 yang sekarang berusia 3 tahun, masalah utama sewaktu hamil dulu iaitu sembelit dan kejang kaki boleh dikatakan tidak berlaku langsung. Diri terasa cergas dan sihat sepanjang tempoh kehamilan.

.
LUKA JAHITAN CEPAT SEMBUH..
Dan peristiwa yang paling saya risaukan ketika berpantang iaitu jahitan perineum saya amat menakjubkan. Luka jahitan sembuh dengan cepat. Tiada rasa sakit dan berdenyut seperti berpantang anak-anak terdahulu dan yang bestnya, jahitannya sembuh dan kering dengan sendirinya tanpa sebarang jangkitan!

.Atas sebab keyakinan itulah saya teruskan pengambilan Set Hamil & Berpantang Shaklee untuk anak ke-6 yang baru dilahirkan lebih 4 bulan lepas. Kali ini saya bersalin secara pembedahan disebabkan kedudukan bayi yang songsang sejak awal kehamilan sehingga saat nak melahirkan. 


  Tabahnya seorang wanita yang beranak enam ni kan? 


Alhamdulillah, walaupun bersalin secara pembedahan, luka dan jahitan akibat pembedahan sembuh dengan cepat. Saya terasa sangat sihat dan cergas tidak seperti bersalin bedah. Walaupun pada minggu kedua bersalin, hanya saya yang menguruskan anak-anak kecil seramai 6 orang tetapi alhamdulillah saya dapat menguruskan rumahtangga dan keluarga dengan sebaiknya.
.
Alhamdulillah..saya sangat bersyukur dapat kenal dengan vitamin Shaklee dan dengan izin Allah jua tempoh kehamilan dan berpantang saya untuk 2 orang anak yang terakhir ini sangat menyeronokkan. Dan saya amat menyarankan kepada para ibu yang ingin hamil supaya menjadikan Set Kehamilan dan Berpantang Shaklee sebagai satu keperluan dalam senarai barangan Kehamilan dan Bersalin anda!

http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...