PERSEDIAAN..SEDIA?

Tags

Assalamualaikum. 

Rasanya ini adalah entry ketiga untuk bulan Oktober. Sangat tragis bukan? Memang dasar pemalas kakak korang ni. Ntahlah. Bukan takde idea. Idea memang ada. Banyak. Cuma malas. Takde kerajinan. CEWAH..Lain lah kalau up satu entry boleh dapat seratus ringgit. *mata duitan kejap*

Ada beberapa sebab kenapa blog ni tak serajin dan semeriah dulu. First..busy. Ye adik adik. Kakak mu ini sangat bizi sejak dua tiga empat menjak ni. Macam macam benda nak disetelkan. Dan untuk mensetelkan beberapa benda tu, bukan lah sekelip mata. ianya memerlukan perancangan yang teliti dan rapi. 

serius bunyi nye kan?

hahaha. nak kawen biasa la.. :p Nak prepare hal hal perkahwinan ni sebenarnya memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ye adik adik. semua hati kite kene jaga. tak boleh nak ikut selera kite je. sebenarnya banyak jugak krisis masa nak pilih tema..pilih katering..pilih baju..macam macam lah. yang lelaki memang tak kisah. mengikut je kata. yang perempuan semuanya nak nampak perfect. :)





Kadang kadang bila tarikh perkahwinan makin dekat, makin banyak dugaan yang datang. hehe. semuanya kena sabar dan sabar. kalau ikutkan hati muda kakak kau ni..nak je mintak clash pastu balik pada aaron aziz. eh? 

apa pun..doakan la yang terbaik untuk saya ye..Dan maaf banyak banyak sebab tak serajin dulu blogwalking kat blog korang. tapi korang tetap rajin jejak blog ni. terharu sangat. ohh ye. tunggu next entry ye. entry sebelum berangkat ke Bandung :)


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :