MAKAN NASI AMBANG

Hai hai hai! Banyak gila belog yang tak sempat dilawat semula. Banyak sangat blogger yang tanya dan mintak tempahan Veil Pengantin ala ala simple but nice tu. Mintak maaf mintak ampun buat masa ni aku tak dapat nak ambil apa apa tempahan sebab sibuk sangat. Minggu ni pulak banyak benda bertubi tubi nak setelkan. haish.

walaupun kehidupan semakin tunggang langgang tapi sambutan hari raya haji tetap tak mis! Kali ni aku menyambut nya ala kadar di kampung Jeram Kuala Selangor. Berkumpul ramai ramai dengan keluarga dan sanak saudara rasa macam hhoho kau takkan rasa suasana macam ni dekat bandar. kan??

Tahun ni kitorang semua buat kenduri Nasi Ambang. well nasi ambang ni kalau korang nak tahu ..sebenarnya makanan orang jawa. yaaa..keluarga aku memang ada darah jawa. hehe.


ini lah rupa Nasi Ambang. satu dulang akan dimakan seramai lebih kurang 10 orang. ye. makan 10 orang dalam satu dulang. makan dalam dulang tu jugak. takde nak alih masuuk pinggan ke apa ke. hadap dalam dulang tu jugak.


harus la bergambar tomey tomey depan bungkusan nasi ambang ni. sebab aku tahu, lepas bungkusan ni dibukak..dan semua berkerumun makan keliling dulang, masa tu takkan dapek den nak bergambar bagai. semuanya macam dilanda taufan. 

ok. Sebelah tu kazen aku. muka memang tak sama. tapi perangai sama. dua dua suka makan.

so tARAA..ni lah lauk lauk nasi ambang tu. korang teka mana satu tangan aku? hehe. lauk lauk yang ada dalam setiap dulang, lauk ayam kari, sayur campur, serunding, daging masak kicap, pastu macam macam lagi aku pun tak dapat nak kenal pasti sangat bila dah berlonggok macam tu.

bapak bapak sedara dan mak mak sedara ada buat ibadah korban. :)

selesai ibadah korban dan merewang potong daging. ni je yang tinggal. ada siapa2 lagi nak? ekor ni sedap dibuat sup. T___T


By the way..ni saja lah yang aku termampu untuk update. dan aku rasa belum terlewat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk korang semua. muahh. bye

gambar kredit pada my bro n my sis in law. :)
 
Previous
Next Post »

9 komen

Write komen
Unknown
AUTHOR
October 29, 2012 at 6:07 PM delete

sdapnya tengok..xpenah rasa lg pb..heee

Reply
avatar
October 29, 2012 at 7:03 PM delete

saya orang kuala selangor jugak la kaka..:)

Reply
avatar
Abang Karu
AUTHOR
October 29, 2012 at 8:23 PM delete

laaa dok jeram ke....sy sg besar hehhee

slmt hari raya aidiladha :)

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 29, 2012 at 8:26 PM delete

@Cik Zaniff hehe sedap..dan yg paling penting..kenyang!

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
October 29, 2012 at 8:27 PM delete

@Karukord Jagau's sg besar? hehehe kecik je dunia ni kan

Reply
avatar
Cik RoSs
AUTHOR
October 29, 2012 at 8:47 PM delete

wow...mcm sedap je.Tak pernah makan lagi nasi ambeng tu.huhuu

Reply
avatar
Syiera Bucuk
AUTHOR
November 3, 2012 at 6:10 PM delete

Hai cik aish...jom join contest...hadiah sgt sweet untuk parent anda!!!

http://syierahalf.blogspot.com/2012/11/contest-i-love-my-parent.html

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...