Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
VITAMIN C TINGGI ANTIOKSIDAN
Pembentukan kolagen yang baik sangat diperlukan untuk pembentukan ligamen, tendon, kulit, pembuluh darah, dan tulang. Ia juga membantu proses penyembuhan luka.
Vitamin C juga berperanan dalam proses penyerapan zat besi bukan organik (zat besi yang bukan berasal daripada haiwan) sehingga dapat mencegah dan membantu penyembuhan anemia.
Ada juga kajian yang mendapati vitamin C dapat membantu mencegah kerosakan sel akibat aktiviti molekul radikal bebas. Radikal bebas inilah yang boleh mencetuskan pelbagai jenis penyakit.
penyerapan vitamin C yang tinggi daripada makanan, termasuk buah oren dapat mencegah kenaikan LDL (lemak jahat).
Kadar LDL yang tinggi merupakan faktor utama terjadinya penyakit jantung. Beberapa penelitian memang telah membuktikan terdapat hubungan di antara pengambilan vitamin C dengan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular.
KEBAIKAN VITAMIN C
1. Mengekalkan keseimbangan tisu badan. Ia membuatkan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah & berseri , membantu menghilangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit disebabkan terdedah pada cahaya matahari.
2. Membantu dalam proses penyembuhan luka pada kulit dan lapisan mukosa tubuh (mulut, paru-paru & sistem penghadaman )
3. Menguatkan saluran darah dan mencegah pegerasan saluran darah oleh itu membantu mencegah penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung koronari ,stroke (angin ahmar), kerosakan buah pinggang
4. Membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
5. Membantu dalam mencegah penyakit kanser
6. Membantu dalam proses detoksifikasi dalam badan dari penceramaran logam berat seperti bahan logam berat (Plumbum,raksa & arsenic)
7. Meningkat tenaga & mencegah rasa keletihan yang melampau.
NASIHAT DR HAMID ARSHAD UNTUK LUKA CZER CEPAT SEMBUH
“Pemulihan luka lepas bedah dan lepas bersalin memerlukan sumber makan yg berzat dan bekhasiat iaitu makanan2 yg segar dan mentah. Yang tidak diperoses, diawet dan dicampur banyak perisa.
Salad, ulam dan buah2 merupakan makanan yg mentah dan segar. Gunakan olive oil untuk salad. Ikan yg disteam dengan garlic dan halia adalah penuh khasiat.
Saya galakkan makan buah betik ,nenas dan buah dragon serta tapai kerana enjim2 yg terkandong adalah baik utk bersihkan kawasan luka bedah. Juga makan multivitamins, vit C dan E.” - Dr Hamid Arshad
SUPPLEMEN VITAMIN C
Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing.
Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. Jika kita mampu, tidak perlulah menelan supplemen tetapi jika sebaliknya adalah dinasihatkan untuk mengambil supplemen.
VITAMIN C DARI BUAH ELDERBERY
Buah ini cukup terkenal untuk melawan penyakit kerana kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C. Bioflavonoids dalam buah ini membantu sistem imun tubuh dengan menghalang virus dari terus merosakkan sel.
Menurut kajian dalam Jurnal of international Medical Research, pesakit yang diberi makan elderbery, sembuh 4 hari lebih cepat berbading pesakit yang tidak diberi buah elderbery.
VIVIX TINGGI KANDUNGAN VITAMIN C
Bagaimana Vivix boleh bantu sembuhkan luka czer dengan cepat?
Dalam setiap botol Vivix terdapat ramuan dari buah ELDERBERY yang kaya dengan Vitamin A dan Vitamin C. Kedua dua vitamin ini sangat penting untuk membantu tubuh melawan penyakit dan mengekalkan kesihatan yang optima.
BIOFLAVONOIDS dalam elderberry pula membantu sistem imun tubuh dengan meningkatkan paras antioksidan dan menghalang virus yang merosakkan dinding sel.
VIVIX TINGGI RESVERATROL UNTUK SEL SEL BADAN JADI SIHAT
Resveratrol adalah nutrien kuat yang paling terkenal kerana kehadirannya dalam kulit anggur. Ia adalah antioksidan yang kuat diklasifikasikan sebagai polifenol, dan merupakan sebatian aktif utama yang berkaitan dengan anti-penuaan
Sel-sel yang sihat boleh melindungi dan memperbaiki kerosakan.
Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit.
Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas.
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon