Kurang minum Air Masak Punca 420 Butir Batu Karang Dikesan Dalam Buah Pinggang

Kurang Minum Air Masak Punca 420 Butir Batu Karang Dikesan Dalam Buah Pinggang. Portal People’s Daily melaporkan, kejadian yang menimpa seorang lelaki di Beijing itu menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan membuang sebanyak 420 butir batu karang dari badannya pada minggu lalu. Lelaki berusia 55 tahun itu, menjalani pembedahan selepas mengadu sakit di bahagian abdomen.



Pemeriksaan awal mendapati, buah pinggang beliau penuh dengan batu karang, menyebabkan beliau terpaksa menjalani pembedahan segera kerana bimbang organnya itu terpaksa dibuang akibat kekurangan air.

Pakar bedah yang merawat berkata, dia terkejut melihat jumlah batu karang yang dikeluarkan dari buah pinggang pesakitnya itu.

“Saya tidak pernah melihat kejadian seperti ini. Pembedahan memakan masa dua jam dan 45 minit untuk mengeluarkan semua batu karang terbabit. Apabila pembedahan selesai, tangan dan kaki saya lenguh. Dulang yang digunakan juga dipenuhi dengan 420 butir batu kecil,” katanya.

PENYAKIT BATU KARANG

Penyakit batu karang dilihat semakin kerap berlaku di kalangan penduduk negara ini dan berisiko merosakan struktur sel dan tisu buah pinggang, yang tidak dapat pulih atau tumbuh kembali.


Pakar Perunding Urologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Jamil Merican menjelaskan batu karang boleh terbentuk di mana-mana bahagian sistem perkumuhan, sama ada di buah pinggang, salur kencing (ureter) atau pundi kencing

Batu karang boleh menjadi sesuatu yang sangat menyakitkan. Rata-rata mengatakan sakitnya adalah paling maksimum apabila ia datang. Sakit itu boleh mengganggu aktiviti harian. Penghidapnya bukan saja ingin kelegaan daripada sakit, yang paling penting jika penyakit ini tidak dirawat, risiko fungsi buah pinggang terganggu adalah tinggi. Dan mungkin boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang.



PUNCA PUNCA PENYAKIT BATU KARANG

Sebenarnya ada banyak faktor yang meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit batu karang, tetapi orang berisiko tinggi perlu minum banyak air supaya dapat menghasilkan 2-3 xxx air kencing setiap hari. Kajian yang dijalankan oleh O.M Embon et al yang diterbitkan dalam British Jurnal of Urology menyatakan bahawa kira2 19% orang yang mempunyai batu karang buah pinggang mengalami dehidrasi yang kronik.
Punca lain batu karang adalah seperti berikut :
  • Beberapa tabiat yang meningkatkan risiko pembentukan batu karang seperti tabiat minum, makan, menahan kencing dan juga faktor keturunan,
  • Pengambilan cecair yang tidak mencukupi
  • Makanan tinggi mineral dan garam galian
  • Menahan diri dari ke tandas 
  • Sejarah keluarga dengan penyakit ini pula menambah risiko kebarangkalian seseorang menghidapnya kelak.
  • Mempunyai penyakit seperti jantung, tekanan darah tinggi, batu hempedu, dan kencing manis



TANDA TANDA PENYAKIT BATU KARANG

  • Sakit teruk pada bahagian buah pinggang : belakang sebelah kanan atau kiri yang berpindah ke depan (bahagian pundi kencing). Sakit itu datang sesekali, selama 5-15minit, terutamanya apabila membuang air kecil.
  • Sakit belakang bahagian bawah dan menjalar ke depan mungkin ke celah kangkang.
  • Air kencing yang keruh, berdarah atau berbau busuk
  • Air kencing berubah warna, sama ada coklat atau pink
  • Tak tahan nak buang air kecil yang berpanjangan. Kadang-kadang tak banyak air kencing yang keluar.
  • Masalah penghadaman, loya dan muntah terutamanya semasa sakit datang.
  • Demam dan kadang2 menggeletar bila keadaan menjadi semakin buruk.


TIPS MENCEGAH PENYAKIT BATU KARANG

  • Kurangkan makanan yang tinggi kandungan asid urik seperti ikan bilis, udang, kerang, organ dalaman dan kekacang
  • Kurangkan pengambilan garam berlebihan
  • Pengambilan air masak sekurangnya 1.5 liter sehari
  • Elakkan menahan kencing


RESVERATROL BERJAYA BANTU PESAKIT BATU KARANG

Kajian di Havard University mendapati kandungan resveratrol yang dijumpai dalam anggur Muscadine dan Japanese Knotweed sebagai antioksidan terbaik untuk merendahkan paras asid urik dalam badan. Dan kedua bahan ini adalah bahan utama dalam VIVIX Shaklee

Penyakit batu karang tidak boleh dipandang remeh kerana jika ia tidak dirawat pada peringkat awal ia akan memberi kesan buruk yang boleh membawa maut. Ramai yang mula mengambil Vivix untuk langkah pencegahan penyakit batu karang dari berulang kerana 80% pesakit batu karang akan berulang balik dalam masa setahun.  












CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX 



CARA 1
Anda boleh terus klik ke VIVIX ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. 

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian dua botol VIVIX. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 




Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik



Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...