Saya selalu percaya, nak berjaya antara benda yang paling penting ialah FOKUS. Dan sebenarnya cabaran paling besar dalam biznes adalah nak kekal fokus.
Saya sendiri pun pernah cuba untuk buat dua tiga biznes dalam satu masa.
Bukan apa, kadang kadang orang bekerja ni, separuh hari dah tentu tentu berada dekat pejabat, dan fokus pada kerja pejabat. Jadi separuh hari lagi untuk fokus pada dua tiga biznes, kadang kadang memang tak mampu.
Bak kata Azizan Osman, Lebih 80% cabaran di dalam mencapai sesuatu impian atau matlamat adalah untuk kekal fokus (STAY FOCUS) kepada apa yang mahu dicapai. Nak tahu kenapa? Sebab ada terlalu banyak perkara yang cuba mengalih perhatian kita (diversion) dan mempengaruhi emosi kita. Sebab itu ramai berniaga susah nak bina bisnes mereka untuk capai hasil yang mereka nak.
Kadang kadang kita yang newbie ni cepat terpengaruh bila tengok orang lain buat produk B hingga Z dan boleh buat duit. Hati pun terdetik, Betul ke biznes A yang aku buat sekarang ni boleh datangkan hasil? Sebenarnya bukannya Produk A tidak bagus tetapi mungkin kita pun masih baru nak bermula atau kekurangan ilmu.
Rezeki Allah ni luas. Jadi memang betul, bukan la biznes A saja yang boleh bagi rezeki pada kita. Dan saya sendiri pun setuju Fokus bukanlah bermaksud buat satu biznes sahaja.
Kalau kita telah jalankan satu biznes secara serius , sudah mula menampakkan hasil dan bersistem tak salah untuk kita cuba bina peluang baharu
syarikat multinasional Mitsubishi pun bukan kereta je dia buat , malahan peti sejuk!
Tapi Pesanan ini hanyalah untuk yang sudah ada satu biznes, bersistem dan ada "result" bukan untuk newbie yang baru menceburi perniagaan ya macam kita. Jangan salah faham
Bak kata Irfan Khairi dalam entry ringkas dia dekat SINI, Fokus adalah amat penting kerana kita boleh beri tumpuan 100% tenaga, usaha & kemampuan kita kepada sesuatu keadaan sahaja.
Selalunya bila saya rasa macam nak stop, atau pun nak cuba buat dua tiga jenis biznes saja nak cuba nasib, cepat cepat buat Istigfar banyak-banyak sambil pegang dada.. Ya allah kuatkanlah semangat aku untuk fokus pada satu benda sampai berjaya..
Buang semua perkara yang mengganggu fikiran sekejap tadi.. Abaikan, jangan mudah terpengaruh dengan pujukan kawan kawan yang ajak masuk biznes tu biznes ni. Sebab perjuangan kita sekarang pun masih belum selesai
Alhamdulillah dah tenang 😊
And bila dah tenang, Allahuakbar, rezeki masuk macam air mengalir..
Alhamdulillah Ala Kulli Hal :')
Sebab tu kerap kali saya pesan pada downlines, kalau boleh fokus la lakukab sesuatu tu sampai berhasil. tak ada satu jenis perniagaan pun yang menjanjikan kita kaya dengan cepat melainkan SKIM CEPAT KAYA 😄
Jauhkan diri dari persekitaran yang negatif, dan jangan mudah terpengaruh. Pastikan diri kita sentiasa berada di satu lorong yang betul sampai ke destinasi ye
Agar kejayaan, kebahagiaan dan ketenangan mudah datang pada kita 😊
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon