Bermula Demam Panas, Doktor Sahkan Kanak Kanak Ini Dijangkiti Simptom Virus Kawasaki

Tahun ni dah dengar beberapa kali kawan kawan menerima nasib anak mereka dijangkiti Virus Kawasaki. Sebenarnya saya pun baru ni pertama kali dengar penyakit tu. Apa yang mereka ceritakan, penyakit ni berpunca dari demam panas. Jadi saya nak share dengan anda semua pengalaman salah seorang rakan Facebook saya Hafyllia Liana. Semoga menjadi panduan kepada ibubapa di luar sana. 




Assalamualaikum. Bagi yang bertanya, apa keadaan Aqeel, dan apa yg sedang berlaku. Yana akan kongsi perjalanan yang tak terduga ni. Yang Yana anggap, Allah is the best planner dan DIA memberi ujian ini, dan pasti ada hikmah Indah yg tersembunyi. 


HARI PERTAMA




Aqeel start demam panas. Suhu Aqeel masa tu 39celcius. Yana bawak Aqeel check up di HKL. Diberi Paracetamol syrup dan ubat bontot. Balik rumah masa tu Aqeel happy pulak. So Yana n suami assumed yg demam Aqeel makin baik. So, malam tu weolls tidur dgn tenang. Tapi doc pesan, if dalam 2 hari Aqeel tak baik, pergi buat Blood Test.


HARI KEDUA
Yana bangun, Allahu. Badan Aqeel panas lagi. Lagi terasa bahang di tangan. So start bagi Aqeel paracetamol. Sambil tu buat la activity mak-mak " sponging ". Aqeel masih macam tu. Demam tak kebah. Suhu tinggi je. 


HARI KETIGA
Yana perasan Aqeel dah tak aktif. Dia nak tidur je. Lepas tu suhu memang tak turun sangat. Mata pun nampak semakin merah dan berair. Yana risau Denggi. Yana decided bawak Aqeel buat Blood Test kat Klinik Kesihatan AU 2. Result tunjuk Aqeel ade jangkitan, tapi Doc ckp takde simptoms Denggi. So Doc ckp, tunggu lagi 2 hari, kalau tak okey, then pergi lagi buat Blood Test. 


HARI KEEMPAT
Yana masih buat activity sponging tu. Tapi dalam hati ni risau bukan kepalang. Tak juga kebah. Tapi muncul tompokan merah. Yana ingatkan tu tanda Aqeel nak dapat campak. Tapak tangan pun gatal. Mata merah. 


HARI KELIMA




Tompokan merah mcm rashes Aqeel nampak makin melarat dan ketara. Aqeel dah tak aktif. Dia cuma nak tidur je. Masa ni la Yana n husband pegi private clinic Dr Idzham. So kat sane Doc kata tu bukan campak tapi nampak macam allergic reaction. So Doc suggested pegi refer hospital. Malam tu kami direct refer HKL. 


Di HKL, Doc pun kata nampak mcm allergic reaction. So, malam tu Doc warded kan Aqeel kat Institut Pediatrik. Doc buat check up dan result pertama cakap Aqeel allergic dengan ubat. Tapi after a while nampak la mcm campak. And result kedua kata, Measles. Sampai la Pakar Paeds turun dan buat check up. Dan, Pakar Paeds maklum yang Aqeel dah penuhi simpstoms KAWASAKI DISEASE 


KAWASAKI DISEASE


Bila Pakar Paeds maklum simptoms Aqeel sama macam Kawasaki Disease. Allahu, cuak rasanya. Tak pernah dengar pun penyakit ni, tengok lagi la tak pernah. Dengar nama penyakit serupa nama jenama moto. Bukan nak gurau, tapi penyakit ni memang nama Kawasaki Disease. Penyakit ni sangat rare. Boleh dikatakan menyerang 10 daripada 10,000 kanak-kanak. Dan Aqeel adalah salah seorang 


Untuk makluman semua, KAWASAKI DISEASE ni boleh undang maut kalau lambat terima rawatan. Sebab ia melibatkan saluran darah dan jantung.


Penyakit Kawasaki ni sebabkan inflamasi salur darah di seluruh badan. Dan akan keluar petanda yang mcm demam, ruam , pembengkakan tangan dan kaki , kerengsaan dan kemerahan mata, kerengsaan dan pembengkakan selaput lendir mulut, bibir dan kerongkong, dan pembengkakan nodus limfa di bahagian leher. 





So ni antara simptoms awal yg Yana dapat dari Google


Penyakit Kawasaki sering kali bermula dengan demam berpanjangan yang tidak bertindak balas kepada dos normal paracetamol (acetaminophen) atau ibuprofen. Demam mungkin berkekalan selama sehingga dua minggu dan biasanya diiringi dengan keresahan. Demamnya menyerang dengan cepat pada permulaan dan seterusnya naik turun dari demam sederhana (101 ke 104 F) ke demam tinggi (lebih dari 104 F). Noda limpa pada bahagian leher mungkin bengkak. Kanak-kanak yang dijangkiti mempunyai mata merah (konjunktivitis), selaput lendir merah pada mulut, bibir merkah merah, Lidah kanak-kanak mungkin merah dan menunjukkan benjol-benjol yang kecil (papillae) "lidah strawberi", iritis, peluh keratik (keratic precipitates) (dikesan oleh ophthalmologist tetapi biasanya terlalu kecil untuk dilihat dengan menggunakan mata kasar), dan bengkak nod lymph. 




Ruam kulit berlaku awal serangan penyakit, dan kulit berkeruping pada kawasan alat sulit, tangan, dan kaki (terutamanya sekitar kuku dan tapak tangan dan kaki) mungkin berlaku pada fasa berikutnya. Sesetengah simptom sebegini mungkin tenggelam timbul sepanjang tempoh sakit. Kanak-kanak biasanya menghadapi kesukaran berasa selesa dan sentiasa resah. Jika dibiarkan tanpa rawatan, simptom mungkin akhirnya surut, tetapi coronary artery aneurysms tidak bertambah baik, menyebabkan peningkatan risiko kematian atau kecacatan akibat serangan jantung myocardial infarction.


Symptoms Fever :  > 5 days, large lymph nodes, rash, sore throat, diarrhea
Complications  : Coronary artery aneurysm
Usual onset : < 5 years old 
Duration : ~ 3 weeks 
Causes : Unknown 
Diagnostic method : Based on symptoms, ultrasound of the heart 
Similar conditions : Scarlet fever, juvenile rheumatoid arthritis
Medication : Aspirin, immunoglobulin 
Prognosis : Mortality 0.2% with treatment 
Frequency :  8–124 per 100,000 people under five


So, untuk rawat Kawasaki Disease ni, Aqeel kena pantau ketat. Dan perlu terima rawatan IVIG (inmunoglobulin) dan Aspirin. Aqeel dah lalui fasa suntikan antibiotics, dan tambah air. Setiap jam kena ambil aspirin. Semalam Aqeel dah start buat treatment IVIG. Alhamdulillah. Kesan bengkak dan merah makin pudar. Yana risau, sebab IVIG kadang tak serasi dengan semua orang. Risau timbul allergic lain pada Aqeel. Tapi setakat ni nampak positif rawatan tu untuk Aqeel. So lepas ni Aqeel akan continue rawatan dekat HKL sampai Aqeel betul-betul sihat. 


Doc ckp tadi buat rawatan ECHO pulak. Hope tak ade ape-ape nagatif results.


So, pada sesiapa yg ada anak yg masih kecil dan nampak mcm demam tu, jangan pandang mudah. Penyakit yg asalnya demam tu mungkin ada faktor yg lebih besar. Dapatkan rawatan segera. 

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...