MENARIK! JENIS MAKANAN DAN PANDUAN PEMILIHAN SUPPLEMEN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL


Semua sedia maklum tentang fasa awal kehamilan yang sangat genting. Ketika  ini bakal ibu berhadapan dengan situasi yang masih tidak kuat lagi. Oleh itu selain daripada penjagaan diri, bakal ibu juga perlu menjaga pemakanan dalam memastikan kesihatan diri dan janin yang dikandung. Pemakanan juga memainkan peranan penting membantu tumbesaran bayi yang sihat dan cerdas. Jadi di sini saya ingin kongsikan dengan anda jenis makanan dan panduan memilih supplemen yang baik untuk ibu hamil




Ibu hamil memerlukan khasiat makanan yang tinggi berbanding normal bagi membantu perkembangan janin dalam rahim. Selain itu perubahan hormon yang dialami oleh ibu hamil selama tiga bulan pertama kehamilan turut mempengaruhi sensitiviti dan tahap stamina ibu. Jadi, pemilihan makanan di peringkat awal sangat penting. Pilihlah makanan yang kaya dengan asid folat, protein, vitamin dan mineral.

5 JENIS MAKANAN YANG BAIK UNTUK IBU HAMIL


1.WALNUT


Rupanya yang kelihatan sepert otak manusia dipercayai sangat bagus dalam perkembangan otak bayi. Secara umum mengetahui, bahawa didalam walnut mngandungi lemak, namun jangan bimbang kerana lemak ini adalah lemak baik dan kandungan protein dalam walnut juga sangat tinggi, jadi bagi ibu2 yang tidak suka makan telur atau ikan, boleh mengambil walnut sebagai ganti dan mendapatkan khasiat yang sama seperti makan ikan atau telur.

2.BUAH DELIMA


Terdapat banyak khasiat yang sangat baik didalam buah delima untuk ibu mengandung. Tahap antioksidan yang tinggi dalam buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian oleh Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama tempoh kehamilan, Ia dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir. Selain itu, buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ia kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing pada bayi.

3.KURMA


Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat terutama kepada ibu hamil hal ini kerana terdapat banyak kandungan vitamin dan mineral didalam buah kurma ini yang tentunya dapat menjaga kesihatan pada saat kehamilan. Antara manfaat yang boleh didapati oleh wanita hamil dengan memakan kurma adalah dapat menambahkan tenaga para ibu hamil dalam melakukan aktiviti seharian. Kandungan kalium yang ada dalam kurma dapat meningkatkan rangsangan pada saraf malahan dengan memakan kurma dapat meningkatkan kecerdasan otak dan mempertajam daya ingatan. Selain itu kandungan gula dalam kurma tidak hanya dapat dijadikan sebagai penambah tenaga malah dapat mengatasi masalah anemia (kurang darah). Buah kurma juga dikatakan dapat mengubati masalh sembelit.

4.MADU


Madu adalah makanan yang mengandung zat terutama fruktosa, glukosa, dan jenis gula lainnya, serta madu menyediakan banyak gizi dan bermanfaat bagi kesihatan. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain. Mengurangi rasa mual pada masa kehamilan. Menambah nafsu makan bagi ibu hamil. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin. Serta membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin. Bahkan penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

5.SUSU KAMBING


Susu kambing adalah minuman sunnah yang mempunyai banyak khasiat didalamnya. Ianya sangat bagus diamalkan oleh kita terutamanya ibu mengandung. Susu kambing mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Dengan mengamalkan minum susu kambing, ibu mengandung mendapat bekalan kalsium yang lebih sekaligus menggalakkan pembekalan kalsium yang cukup untuk bayi malah mengelakkan masalah kejang kakinpada wanita itu sendiri. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.

BAGAIMANA INGIN PASTIKAN DIET SEIMBANG KETIKA HAMIL?

Ramai wanita hilang selera terhadap makanan tertentu. Sedangkan sepanjang kehamilan memerlukan diet yang seimbang dan sihat. Jadi apabila wanita hamil tidak mendapat keperluan nutrisi yang diperlukan, terdapat beberapa komplikasi yang akan terjadi termasuklah : 

  1. Darah rendah masa mengandung
  2. Kaki kejang malam malam
  3. Morning sickness tahap melampau sampai sehingga kerap MC
  4. Kulit kusam, tak berseri, dan timbul stretch mark yang banyak
  5. Anak dalam kandungan tak dapat zat yang sepenuhnya sehingga boleh menggangu tumbesaran

SUPPLEMEN LENGKAP UNTUK TAMBAHAN NUTRISI YANG IBU HAMIL PERLUKAN 


Pengambilan supplemen sebagai tambahan nutrisi adalah penting untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap yang optimum supaya ibu berupaya untuk mengandungkan bayi sehingga bayi selamat dilahirkan. Nutrisi yang mencukupi penting untuk menyokong perkembangan bayi yang sihat, membantu kelahiran tanpa komplikasi serta membantu proses pemulihan yang lebih cepat sewaktu dalam tempoh berpantang.


1. B COMPLEX (ASID FOLIK)



Vitamin B untuk Kesihatan yang Baik
Adakah bekalan Vitamin B anda mencukupi? Tekanan harian, pengambilan alkohol dan sesetengah ubat preskripsi boleh menyumbang kepada risiko kekurangan vitamin B. Vitamin B memainkan peranan penting dalam keseluruhan fungsi tubuh, daripada sintesis DNA hinggalah kepada metabolisme untuk penghasilan tenaga.
B-Complex
Shaklee B-Complex membekalkan spektrum vitamin B yang lengkap dalam kuantiti yang seimbang bagi memenuhi masalah kekurangan vitamin B dan menyihatkan tubuh anda.

Perbezaan Shaklee - Sistem Penyerapan Bioaktif Berpaten

B-Complex dilengkapi sistem engangkutan nutrient berpaten untuk meningkatkan penyerapan nutrien penting - asid folik. Kuantiti asid folik yang mencukupi dalam diet wanita hamil telah terbukti berkesan untuk mengurangkan risiko kecacatan otak atau saraf tunjang pada bayi yang baru lahir.

2. VITAMIN C


Shaklee Sustained Release Vita-C Plus menawarkan manfaat vitamin C tulen melalui kaedah penghantaran proprietari serba semula jadi yang berperanan melepaskan vitamin C secara berperingkat ke dalam tubuh. Vitamin C ialah nutrisi yang diperlukan untuk pelbagai fungsi termasuk ketahanan imun, integriti sel, kesihatan gigi, gusi, tulang dan fungsi tubuh secara amnya.

Kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin ini setiap hari - ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen, struktur protein yang juga satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan vitamin C pada bayi yang baru lahir boleh menjejaskan perkembangan mental.Vitamin C adalah anti oksida yang membantu badan ibu yang mengandung jika mempunyai toksin semasa kehamilan. Vitamin C mempunyai kebaikan meneutralkan radikal bebas dan menguatkan sistem imun. Selain itu, Vitamin C membantu ibu hamil membentuk plasenta yang sihat.Vitamin C turut membantu ibu mengandung yang ada asma, alergik atau alahan, senang sakit, selalu selsema dengan menguatkan anti bodi dan melawan pengoksidaan dan mengurangkan sakit muscle dengan membantu penghasilan kolagen.



3. OMEGA GUARD



Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi
OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.
Minyak Ikan
OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.
Gred Farmaseutikal yang Tulen
OmegaGuard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.
Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan. Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang

4. VITALEA 



Kepelbagaian Khasiat
Vita-Lea, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh ibu hamil
Pengambilan harian Vita-Lea
  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas
Vitalea membekalkan multivitamin yang dirumus khas dengan 28 jenis vitamin dan mineral penting termasuk zat besi dan juga asid folik (dalam bentuk folate) yang perlu untuk kesihatan optimum ibu serta memastikan ibu sentiasa bertenaga. Ibu sangat digalakkan mengambil vitalea untuk menampung keperluan nutrisi sepanjang kehamilan lebih-lebih lagi jika ibu mempunyai hemoglobin (hB) yang rendah atau anemia.

5. ESP PROTEIN




ESP Soy Protein Isolate Powder merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan ini amat baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur.
Di sepanjang kehamilan, ibu mungkin akan mengalami pedih ulu hati terutamanya bagi yang sering diserang gastrik. Energizing Soy Protein atau pun lebih dikenali sebagai ESP dapat membantu ibu mengatasi masalah tersebut di samping mengawal berat badan ibu supaya tidak berlebihan lebih-lebih lagi ibu yang mempunyai diabetes ketika hamil. ESP membantu untuk mengawal kandungan gula dalam darah. Protein yang mencukupi dalam badan penting untuk membantu pembinaan blok-blok asas badan bayi dan juga ibu. Ia juga membantu dalam penghasilan susu ibu.

6. OSTEMATRIX (KALSIUM)



Lindungi tulang anda dengan OsteMatrix padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain
untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membentuk tulang dan gigi yang kuat
4 kaplet OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium
Kalsium merupakan salah satu mineral yang diperlukan oleh badan dalam jumlah yang lebih banyak berbanding mineral lain. Mengapa kalsium sangat diperlukan sepanjang kehamilan?
Semasa hamil, keperluan ibu terhadap kalsium sangat tinggi dan perlu diberi perhatian utama. Fungsi kalsium sangat penting terutama dalam pembentukan tulang dan gigi janin dalam kandungan. Jika ibu kekurangan kalsium ketika hamil maka pertumbuhan tulang dan gigi bayi akan terganggu. Bahkan ibu hamil juga berisiko mengalami masalah osteoporosis lebih awal.
Dianggarkan sebanyak 99% kalsium dalam badan disimpan dalam tulang. Apabila kalsium yang diambil setiap hari berkurangan daripada keperluan maka kalsium dari tulang akan dilepaskan mengikut keperluan kalsium pada hari itu. Namun, jika pengambilan kalsium cukup setiap hari maka tulang akan tumbang dan menjadi kuat.
Keperluan kalsium ibu hamil setiap hari meningkat berbanding wanita tidak hamil. Ibu memerlukan kalsium sehingga 1,200 mg setiap hari berbanding hanya 400 mg bagi wanita normal. Selain dari itu kalsium juga penting bagi mengelakkan masalah pra eklampsia.
Kalsium juga dapat melindungi bayi dalam kandungan serta mengelakkan risiko anak mengalami hipertensi. Jadi, ibu yang mengandung perlu mengambil berat pengambilan makanan mereka setiap hari. Pastikan makanan kaya kalsium seperti susu, yogurt, keju, ikan salmon dan lain-lain lagi masuk dalam senarai menu harian sepanjang hamil.

KENAPA PRODUK SHAKLEE TERBAIK?



Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Kami merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan anda teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk kami dengan rakan-rakan anda. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.
Tiga jaminan kami apabila anda memilih Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.

KISAH SEORANG WANITA HAMIL MENGALAMI MASALAH ANEMIA, DAN HB TURUN 



Saya mengalami masalah anemia yang teruk ketika mengandungkan anak pertama dan kedua. Bacaan HB hanyalah 10-11 ketika itu. Sehingga setiap kali mengandung Jururawat akan tampal sticker hijau pada buku merah menandakan ada risiko HB rendah.
.

Gejala yang saya alami akibat anemia adalah seperti pening, pucat, letih dan lesu semasa hamil dan setelah bersalin. Sebaik melahirkan anak kedua saya mengalami anemia teruk sehingga bacaan HB jatuh kepada 7 sahaja. Saya tidak boleh bangun dari katil selama 2 hari untuk mengelakkan daripada pitam. Doktor hampir mencadangkan untuk membuat transfusi darah.

.

Pelbagai ikhtiar telah saya lakukan termasuklah pengambilan pil ferrous fumarate, obimin dan iberet folic. Tetapi bacaan HB saya masih rendah. Keadaan alahan yang teruk menyebabkan tahap kesihatan saya lebih teruk kerana saya tidak boleh makan dengan baik.
.

Saya mula mengambil produk Shaklee sejak menyusukan anak kedua. ketika itu saya mengalami masalah penyusuan ketika bayi berumur 6 bulan. Alhamdulillah setelah berjaya menyusukan anak kedua sehingga 2 tahun setengah, saya mengandungkan anak ketiga. Saya mengambil Set Prenatal Shaklee dan supplement Shaklee yang lain bagi membantu mengatasi masalah alahan dan morning sickness saya. Ketika itulah saya sedar supplement Shaklee telah membantu mengatasi masalah anemia saya. 
.

Vitamin yang saya amalkan semasa mengandung adalah Set Prenatal Shaklee yang terdiri daripada ESP, Omega Guard, Vitalea, B Complex, Vitamin C, Ostematrix, Peppermint Ginger Plus dan Performance Drink.
.

Alhamdulillah, semasa hamil anak ketiga saya tidak mengalami anemia. Bacaan HB semasa anak ketiga adalah 13 dan ke atas. Saya juga tidak mengalami masalah pening, pucat dan lesu walaupun saya ada masalah alahan yang teruk. Saya dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa semasa mengandung. Jururawat bertugas memeriksa kesihatan semasa mengandung agak hairan juga sebab saya dikategorikan berisiko anemia daripada sejarah mengandung sebelumnya. Tapi tidak untuk kandungan kali ini.

.

Selepas bersalin, saya juga tidak mengalami masalah pitam akibat anemia. Sebaliknya saya lebih sihat dan segar berbanding sewaktu berpantang anak pertama dan kedua. Saya sendiri terkejut kerana saya boleh berulang-alik dengan sendiri ke Nursery Room untuk menyusukan bayi, sedangkan baru 2 hari melahirkan bayi.
.

Saranan saya kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, kita boleh berikhtiar untuk berikan nutrisi terbaik untuk bayi di dalam kandungan. Mulakan mengambil supplement sejak sebelum hamil untuk mengisi kekurangan nutrisi harian kita. Kita sediakan tubuh yang sihat supaya bayi dalam kandungan dapat nutrient secukupnya. Selain itu kita lebih positif, segar dan ceria semasa hamil sehinggalah melahirkan bayi.
.

Saya bersyukur sangat bertemu dengan Shaklee. Saya masih meneruskan pengambilan supplement Shaklee semasa berpantang, menyusu dan sehinggalah sekarang bayi saya telah berumur 1 tahun 7 bulan.
.

Saya sangat berpuas hati dengan Set Prenatal Shaklee dan saya sangat menyarankan ibu-ibu yang mengalami masalah Anemia semasa hamil untuk mencuba set ini. Alhamdulillah. Terima kasih Shaklee.

CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET IBU HAMIL SHAKLEE



CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET IBU HAMIL ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. 

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian dua botol VIVIX. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 




IsmaLyeza
Visit my ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi
Previous
Next Post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...