.

.

HARI KETIGA 2013

Assalamualaikum semua :)

ni adalah entry pertama bertarikhkan 2013. Sedar tak sedar dah masuk hari ketiga dari 365 hari bagi tahun 2013 nih. haa..kejap je kan. rasa macam baru semalam je aku melanguk dekat Dataran Putrajaya tengok bunga api tu. So kat sini nak wish Selamat Tahun Baru 2013 pada korang semua! 

2012 sebenarnya adalah tahun yang banyak meninggalkan pengalaman manis buat diri ini. cewah..hee..tapi tak payah la nak bercerita sangat sampai nak buat satu summary tentang pengalaman manis 2012. takut nanti orang kata membangga diri pulak. haha. biasa la kan..masyarakat kadang2 tak suka tengok kita lebih sikit. eh? hehe.

aku tahu korang semua dah update pung pang pung pang pasal azam memasing 3 hari lepas. aku pun nak share jugak apa azam aku tahun ni.. ngee :)

Azam aku simple bin senang je. Budak budak tadika pun gelak kot kalau tahu azam aku ni. walau apa sekali pun..setiap apa yang kita azamkan tu hanya lah mimpi indah di siang hari je kalau kita sendiri tak berusaha untuk capai azam tu. so buat pe tanamkan azam yang gile gempak kalauu benda kecik pun kita tak boleh nak improve lagi? 

  • 1stly, azam aku tahun baru ni nak banyakkan minum air kosong. sebab aku jenis yang tak suka minum air masak sebab loya. bila jarang minum air masak, selalu lah ngadu kat dokter sakit tu la sakit ni la. pastu dokter bagi mc. 
  • kedua..bila dokter asik bagi mc, so tahun ni aku piker nak kurangkan mc untuk jadi pekerja gemilang yang gojes. untuk kurangkan mc, aku kena la sihat. so back to 1st point tadi. minum air masak banyak hokey. nampak tak situ? azam aku saling berkait? see? haha
  • ketiga..kadang kadang banyak bercakap ni bukan aje membuang masa. tapi boleh mengundang malapetaka. sebab kadang kadang kita tak sedar kite tergosip dan terngate orang keliling. jadi azam aku tahun ni, nak kurangkan bercakap kosong. cakap bila perlu. berdiam lebih bagus. idak gitu?
  • keempat..kurangkan shopping. yang ni paling berat sikit bagi aku. mana taknya..kuar umah je duit pun kuar macam air. macam air ok! kalau duduk rumah pulak, mesti boring. mesti nak online. pastu tershopping online pulak. see? betapa besarnya dugaan? oh dunia tak penah adil. 
  • last but not least..and the most important is.. tahun ni nak cukupkan solat 5 waktu. pastu nak perbanyakkan doa. sebab tanpa doa..usaha je tak cukup. bajet seorang DIVA pulak kan..takkan tercapai la azam korang yang berderet2 tu. 

jap jap. ada lagi satu. the only reason i blog is to share my thoughts and experience. hope that we all can be frend and create a healthy relationship among us.. so sweet kan azam yang last ni? hehe. ok tak korang? muah! bye


 
4 Komentar untuk "HARI KETIGA 2013"

Haa... yg pertama tue kalau tak dapat capai.. parahlah kak Aishh..
Yang last sekali ktew sukew... lenz be frenzz...
Hai, saya FARAH!

insyaAllah u can do it !

chayok3!

amin..

minum air suam lagi cun la aish..

banyakkan minum air kak. itu yg paling bagus. badan sihat minda pon cergas ! yayy ! :D

Part shopping online tuh mmg takleh blah hokeh

Back To Top