HUKUM GUGURKAN JANIN YANG DIJANGKITI VIRUS ZIKA

Hukum Gugurkan Janin yang Dijangkiti Virus Zika

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan tiada virus Zika dikesan di negara ini, namun Malaysia mempunyai densiti nyamuk aedes iaitu nyamuk pembawa virus Zika. Persoalannya adakah dibolehkan untuk ibubapa membuat keputusan menggugurkan janin yang dijangkiti virus zika?


Orang Islam boleh menggugurkan kandungan mereka jika dijangkiti virus Zika jika memudaratkan kehidupan keluarga serta bayi itu sendiri, menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Penjabat itu menjelaskan, mereka cenderung kepada pendapat majma’ fiqh islami, sidang ulama-ulama di Mekah pada 1990, yang dikiaskan dengan kes talasemia.

“Dalam keadaan seperti itu, persetujuan daripada kedua ibu bapa yang diberi kefahaman yang jelas bolehlah diambil kira untuk pelaksanaan pengguguran janin itu,” katanya dalam penjelasan isu semasa hari ini.

Dalam kes thalassemia, kata pejabat itu, Dr Hassan al-Jizani berpendapat, janin bawah usia 120 hari boleh digugurkan jika akan membawa kesusahan, kesedihan dan penderitaan terhadap keluarga jika kekal hidup.
Manakala selepas umur itu, katanya, janin tidak boleh digugurkan kecuali ditimpa komplikasi atau sebarang penyakit seperti talasemia dan diperakukan pakar perubatan yang diyakini.

“Maka, jika didapati janin tersebut mengalami bahaya yang tidak mungkin boleh dirawat, anak itu lahir dengan penyakit yang kekal, memberi kesan yang bermasalah dalam kehidupannya serta membebankan kepada keluarganya, maka ketika itu boleh digugurkan mengikut kehendak kedua ibu bapa,” kata pejabat itu.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pula berkata perkara ini perlu dirujuk kepada pakar perubatan yang diyakini dan juga ibu bapa supaya memahami hakikat isu ini dengan sebaiknya.

“Selepas itu, barulah boleh diambil tindakan pengguguran dengan ketetapan-ketetapan dan syarat-syarat yang amat ketat sebagaimana di atas,” katanya.

sumber : MalaysiaKini
Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
September 8, 2016 at 12:06 PM delete

Ya Allah, minta jauhkan lah dari terkena virus zika ni...

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...