MACAM MANA NAK DAPAT DUIT DENGAN HANYA DUDUK DEPAN KOMPUTER?

Assalamualaikum


Semua orang tengah berusaha nak tambah duit poket lagi lagi dengan zaman sekarang, semua barang naik harga. Minyak naik, tol naik. Takkan nak pergi kerja naik basikal dari Shah Alam ke Seremban? Takkan nak ikut jalan lama yang jauh tu? Sekali ada lori trellar depan, tak dapat nak potong, memang haru kalau ikut jalan lama. 

Well.. tu cuma alasan. Memang la kalau dah taknak memang bagi seribu alasan la. Tapi nak buat macam mana..tak semua alasan tu tak munasabah. Memang munasabah pun kan?? Gila nak naik basikal jauh jauh sebab taknak naik kereta minyak mahal punya pasal? 

Maka ramailah yang cari alternatif untuk dapat duit tambahan bagi menampung kos kehidupan yang gila tinggi sekarang ni. Kalau blogger macam korang semua, pastinya mengharap duit iklan dari Nuffnang. Biasalah tu. Hehe. Siapa taknak kan? Hari hari update blog, duit nuffnang pun masyuk. Tapi masyuk tak masyuk tu depends jugak. Kalau rajin update hari hari, ramai pengikut, blog femes emes, entry meletup, SEO terbaik, memang masyuk lah nuffnang income korang. Macam saya, nak kata give up dengan Nuffnang tu taklah. Tapi mula fikir cabang baru untuk dapatkan duit.


Dari tahun 2011 sampai harini tahun 2014, jumlah income dari Nuff RM740.91.


So there is another way to earn money dan ianya adalah hanya dengan duduk di rumah depan komputer. Macam mana?

Zaman sekarang semua online. Dari pada keep in touch dengan customer, sharing information pasal business dekat laman sosial, sistem ordering, delivery, banking, bayaran dari customer, ahh semualah! semua hanya online. Means tak perlu keluar rumah pun. Well duduk dalam gua pun boleh buat kot! Dengan bahasa mudahnya, tak susah nak dapatkan duit hanya duduk depan komputer. Kalau nak untung masyuk, macam biasalah, bergantung pada usaha kita. Manede duit datang bergolek depan mata betul tak? 

Bulan September 2013, saya mula aktif dengan satu busines online. Dari rm24 saya terima, sampailah pada bulan Disember saya mula genggam sehingga RM1500++. Paling tinggi yang terbaru pada Januari 2014, orang lain azam baru, saya tak terkecuali, azam baru dengan usaha yang jitu cewah..dapatlah genggam RM1800++. Nice kan?



Bayangkan setiap bulan saya peroleh keuntungan bersih sehingga 4 angka sebulan. Insyallah akan lipatgandakan usaha sehingga 5 6 angka sebulan. Saya pun makan gaji macam korang jugak. Cuma saya suka tambah pendapatan sampingan.

Sebenarnya bukan susah nak dapat duit dengan hanya duduk depan komputer. Business online sekarang memang macam cendawan tumbuh. Lagipun jadi seorang usahawan ni sebenarnya salah satu karier yang dijalankan Nabi sendiri. Eh korang tak tahu ke Nabi Muhammad SAW adalah seorang usahawan berjaya? Cuma bezanya pada masa tu bukan berniaga secara online.

So tepuk dada tanya selera. Memang duit bukan segala galanya, tapi segala galanya perlukan duit. Kalau dah duduk depan komputer je dah boleh dapat duit, kenapa nak tunggu lagi?

So kalau ada antara korang yang berminat nak mulakan business online macam yang saya tengah buat sekarang, boleh klik SINI. Jom kita mulakan tahun baru dengan azam yang baru dan semangat yang baru!

Better late than never..kan? 


 








Previous
Next Post »

7 komen

Write komen
Areyna
AUTHOR
March 17, 2014 at 8:30 AM delete

kak aish bagi la tips macm mana nak tarik perhatian org tntg produk kita... :)

Reply
avatar
ezy.fia
AUTHOR
March 17, 2014 at 11:22 AM delete

wahhhhhhh! berpinar mata tgk die pnye earning..
hihi..
tahniah2..

Reply
avatar
Nur Fajariah
AUTHOR
March 17, 2014 at 1:34 PM delete

wow,byk tu.alhamdulillah,rezeki =)

Reply
avatar
Nur Madihah
AUTHOR
March 31, 2014 at 8:41 PM delete

Wah, terbaik! murah rezeki akak :)

Reply
avatar
AiDaz
AUTHOR
May 2, 2014 at 4:54 PM delete

ya..mcm mana nak promosi produk..

Reply
avatar
AiDaz
AUTHOR
May 2, 2014 at 4:55 PM delete

ya..mcm mana nak promosi produk kita online?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
May 5, 2014 at 10:05 PM delete

@Aku MamaLeDySha

boleh pm inbox aish dekat fb atau sms//whatsap 0126716961

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...