Tips Mudah Cuci Pakaian Anak Anak Dan Elakkan Elergi Kulit

Tips Mudah Cuci Pakaian Anak Anak Dan Elakkan Elergi Kulit. Pada zaman dulu, orang mencuci pakaian di sungai tanpa menggunakan sabun. Agar kotorannya hilang, orang zaman dulu harus menuangkan air ke pakaian yang akan dicuci. Setelah itu, pakaian harus ditenyeh tenyeh agar kotorannya hilang. Dan ada juga orang yang menggosokkannya ke papan cucian yang bergerigi. Semuanya dilakukan tanpa sabun! 




Kali ni nak share dengan anda semua pengalaman Puan Najihah bt. Abdul Mutalib, ibu kepada 6 orang anak yang cergas dan aktif sepanjang masa. Macam mana beliau mencuci pakaian anak anak dan dapat elakkan elergi pada kulit. 
.

TIADA PEMBANTU RUMAH
Sebagai ibu bekerjaya dan mempunyai anak-anak kecil seramai 6 orang serta tidak mempunyai pembantu rumah pula, kerja membasuh pakaian anak-anak merupakan salah satu rutin harian yang kekadang amat memenatkan. Mana taknya, kanak-kanak pada usia seperti anak-anak saya dari 2 hingga 13 tahun amat aktif dan pakaian mereka selalu sangat kotor terkena pelbagai kotoran terutamanya selepas mereka bermain di luar mahupun di dalam rumah.
.

Bukan itu sahaja, pakaian sekolah lagi lah penuh kotoran dan daki terutamanya pada bahagian kolar, lengan dan poket baju.  Tambahan pula kotoran pada baju anak-anak lelaki dan termasuk juga kasut sekolah mereka. Baru sehari pakai dah hitam dan kotor sangat.
.



Bila berhadapan dengan situasi sebegini, terutamanya bila si ibu dah terasa letih sangat selepas seharian bekerja, kadang-kadang kita sebagai ibu boleh jadi stres tengok kotornya pakaian anak-anak ni. Bukannya stres apa sangat, tapi sebab nak kena sental kotoran dan daki tu yang buat semangat dan kerajinan ibu menurun. Hihihi..
.

Kalau dulu, walau dah rendam dengan serbuk pencuci pakaian, saya kena menyental lagi pakaian anak-anak ni untuk tanggalkan kotoran degil pada baju mereka. Lenguh jugak la nak sental tu kan.
.



TIPS MUDAH MEMBASUH PAKAIAN ANAK ANAK
Tapi alhamdulillah, sejak menggunakan Serbuk Pencuci Pakaian Get Clean Shaklee, kerja-kerja membasuh pakaian anak-anak jadi mudah. Saya hanya perlu merendam pakaian anak-anak yang kotor itu semalaman, esoknya kotoran dah hilang dan saya tak perlu sental lagi. Jika kotoran pada pakaian anak-anak terlampau degil pun, saya hanya perlu memberus sedikit sahaja tanpa perlu sental kuat-kuat.
.

Sama juga dengan kasut sekolah anak-anak. Rendam sahaja semalaman, esoknya hanya perlu berus sedikit sahaja. Biasanya untuk merendam pakaian atau kasut sekolah anak-anak, saya menggunakan hanya 1/2 - 1 sudu sahaja serbuk pencuci Shaklee ni. Memang amat menjimatkan.
.

Selain kegunaan untuk cucian tangan, saya juga gunakan Serbuk Pencuci Shaklee Get Clean ini untuk cucian mesin. Untuk pakaian yang lebih lembut dan harum, saya turut menggunakan Pelembut Pakaian Shaklee Get Clean.
.

DAHLAH MUDAH, SELAMAT DAN SESUAI UNTUK BAYI ADA ALERGIK KULIT
Selain dapat menanggalkan kotoran dengan berkesan, serbuk pencuci dan pelembut pakaian Shaklee Get Clean juga selamat digunakan untuk pakaian bayi dan kanak-kanak. Ia juga amat sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah kulit atau elergik kepada serbuk pencuci.
.

Dulu, jika saya guna serbuk pencuci biasa kulit tangan saya pasti menggelupas dan ada masanya akan naik gelembung air (air bisa) pada tapak tangan serta jadi gatal-gatal. Tapi kini masalah pada kulit dan tapak tangan saya tiada lagi.
.

Ternyata, serbuk pencuci dan pelembut pakaian Shaklee Get Clean amat memudahkan dan melancarkan urusan kerja-kerja rumah saya. Sejak saya mula menggunakan produk Shaklee Get Clean lebih 3 tahun yang lalu, saya tidak lagi beralih arah kepada produk pencuci yang lain kerana saya amat puas hati dengan keberkesanan dan keselamatan produk keluaran Shaklee ini.
.

Jadi kepada anda di luar sana terutamanya para ibu yang masih tercari-cari produk pencuci pakaian yang selamat dan berkesan, bolehlah mencuba rangkaian produk Shaklee Get Clean. Saya dah lama rasai kebaikan Shaklee, anda bila lagi?


KAEDAH MENCUCI SECARA SEMULAJADI TANPA RACUN DAN SELAMAT UNTUK TANGAN
Sekarang, ramai je yang dah mula aware dengan bahan bahan pencuci yang boleh mencetuskan ekzema atau masalah kulit. Rata ratanya dah mula beralih kepada kaedah mencuci secara semulajadi yang lebih selamat pada kulit. Contoh macam 3 produk Shaklee ni, kita dah tak perlu risau lagi dah nak mencuci pinggan, baju dan sebagainya. Sebab dah terbukti selamat. 

1. Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate

Setiap botol Basic H2 Organic Super Cleaning Concentrate dengan kepekatan berganda ini sungguh selamat digunakan dan dilengkapi kuasa pembersihan yang tinggi untuk menanggalkan kotoran dan minyak dalam sekelip mata. Basic H² berkesan untuk membersihkan tumpahan susu, mengelap tingkap, menyental kotoran pada gril, dan1001 kegunaan lagi. 


Hanya Satu Pencuci Untuk Ribuan Kerja Rumah
  • Ultra-pekat: 16 auns boleh dicairkan menjadi 48 gelen pencuci berkuasa tinggi.
  • Pencuci serba guna: menanggalkan kotoran, gris dan minyak daripada sebarang permukaan yang boleh dicuci, di dalam dan di luar rumah.
  • Mencuci kotoran berminyak dan gris yang paling degil, tanpa meninggalkan kesan comot.
  • Dua kali lebih pekat berbanding rumusan Basic H² asal – hanya gunakan separuh sahaja.
  • Tidak perlu dibilas, tidak meninggalkan sebarang sisa sabun atau kesan palitan.



2. Dish Wash Concentrate
Pencuci Pinggan kami yang berbau harum ini tidak merengsakan tangan dan mesra alam sekitar, mungkin anda beranggapan bahawa ia tidak dapat menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hakikatnya, anda memerlukan beberapa titisan kecil sahaja untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate. Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata. Tapi Dish Wash Concentrate sangat istimewa sebab :

  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki



3. Fresh Laundry Concentrate
Rasai kepuasan yang lebih mendalam dengan pencuci fabrik Fresh Laundry. Rumusan enzim semula jadi ini bukan sahaja membersihkan pakaian dengan lebih baik, malah ia juga sama sekali tidak memudaratkan bumi. Ini bermakna, anda boleh menghidu keharuman pakaian yang dicuci sambil terus menghirup udara yang segar dan nyaman.

Kebanyakan serbuk pencuci pakaian mengandungi bahan perengsa yang boleh disedut atau diserap melalui kulit - punca lazim berlakunya tindak balas alahan. Triethanolaminedodecylbenzenesulfonate merupakan salah satu bahan perengsa tersebut, dan ia disenaraikan sebagai bahan berbahaya oleh EPA dan DOT.

Sentuhan dengan bahan ini boleh merengsakan dan membakar kulit dan mata. Jika terhidu, ia akan merengsakan hidung, tekak dan paru-paru hingga menyebabkan batuk, asma dan/atau sesak nafas. Kulit yang kerap bersentuhan dengannya akan menjadi kering dan gatal serta mengalami masalah alergi kronik dan ruam.


9 KEISTIMEWAAN PRODUK PENCUCI SHAKLEE
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Selamat untuk digunakan pada semua fabrik yang boleh dibasuh
  • Tidak toksik
  • Tiada gas beracun
  • Tanpa pewangi
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya



CARA PEMBELIAN SET PENJAGAAN RUMAH

CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET PENJAGAAN RUMAH ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan


CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar  Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.


Untuk info lanjut dan membuat tempahan, boleh whatsapp atau PM kami
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik



PENAFIAN : Maklumat yang diberikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja. Ia tidak bertujuan untuk digunakan untuk merawat atau mendiagnosis keadaan perubatan. Ungkapan mereka yang ditemubual 'tidak semestinya mewakili pandangan pengarang dan ia di siar untuk manfaat kepada orang lain yang mempunyai pengalaman yang sama.
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...