Tak Nak Pusat Bayi Bernanah,
Buat 8 Tip Ini.
Tali pusat bayi adalah sesuatu
yang penting untuk dijaga dengan baik...
Tali pusat bayi harus sentiasa bersih dan tidak bernanah,jika tidak dijaga dengan baik akan membahayakanbayi... Tak Nak Pusat Bayi Bernanah, Buat 8 Tip Ini.
Tali pusat bayi harus sentiasa bersih dan tidak bernanah,jika tidak dijaga dengan baik akan membahayakanbayi... Tak Nak Pusat Bayi Bernanah, Buat 8 Tip Ini.
Kali pertama hendak menguruskan pusat bayi, kebanyakan mama akan kekok. Ngeri juga dengan kes pusat bayi bernanah kerana penjagaan yang salah. Macam mana nak uruskannya?
Tali pusat bayi adalah berasal
daripada umbilical stump sepanjang kira-kira 2sm setelah tali pusat bayi yang
panjang (bersambungan dengan plasenta) dipotong semasa proses kelahiran. Ia
akan di klip selepas pemotongan semasa proses kelahiran. Pusat bayi jika tidak
dijaga dan dibersihkan dengan betul akan menyebabkan jangkitan kuman atau
septicaemia.
Apa langkah-langkah yang boleh
mama lakukan? Ikuti langkah-langkah ini sebagai panduan menguruskan tali pusat
si kecil.
1. Bersihkan bahagian ini
setiap kali selepas mandi atau menukar lampin si manja. Dengan cara ini, anda
akan membantu mengeringkan bahagian dasarnya dan mempercepatkan proses luruh.
2. Ibu perlu memastikan tangan
bersih semasa mencuci pusat bayi.
3. Gunakan kapas bebola yang
dibasahkan dengan air bersih atau alkohol yang dibekalkan hospital dan sapu
dengan lembut pada sekeliling pusat dan lipatannya.
4. Selepas dibersihkan, ambil
sebiji lagi bebola dan sapu kering bahagian sekeliling pusat yang dibersihkan
tadi.
5. Baki tali pusat yang di
klip juga perlu sentiasa kering. Keringkan dahulu sebelum memakai barut. Jika
lembap, boleh menyebabkan jangkitan kuman.
6. Elakkan memakai lampin
hingga menutup bahagian pusat bayi yang belum luruh kerana ia akan
menyebabkannya berkuap, lembap dan meningkatkan risiko jangkitan kuman. Kawasan
tersebut perlulah sentiasa kering dan bersih sepanjang masa.
7. Biasanya tali pusat bayi
akan luruh dalam masa tujuh hingga 10 hari selepas kelahirannya. Jangan
dicabut, biar ia luruh sendiri!
8. Sebelum tali pusat bayi luruh,
mama dan papa perlu mengelakkan dari memandikan bayi dengan cara merendam.
Gunakan kaedah mengelap dan melalukan air sahaja supaya air tidak masuk ke
dalam bahagian berkenaan.
sumber : Majalah PA&MA
Jadi, pokok pangkalnya, jaga kebersihan. Semoga tips2
di atas dapat membantu ibu2 baru dalam menguruskan bayi anda.
Regards,
Pengedar Top Shaklee Malaysia,
FB : Isma Lyeza
FB Page : AlmariCantik
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon