SAKIT TUMIT MENYERANG PADA AWAL PAGI, APAKAH PUNCA DAN JENIS RAWATAN

PLANTAR FASCITIS atau bahasa senangnya sakit tumit. 

Sakit yang dialami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai membataskan aktiviti dan pergerakan, Dan ada juga sampai takut untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. Penderitaannya semakin perit sampai ada yang sampai tahap tidak boleh berjalan!  Apakah punca dan jenis rawatan yang sesuai bagi mereka yang mengalami masalah ini?




APA ITU PLANTAR FASCITIS?


Plantar Fascitis merupakan keradangan pada rangkaian fibrosa tebal yang melintang dari tumit hingga jari kaki. Rangkaian tersebut dipanggil plantar fascia dan berguna untuk mengekalkan otot dan lengkungan tapak kaki serta menyambungkan tulang tumit ke jari-jari kaki. Jika terlalu meregang atau terlalu sering digunakan, permukaan plantar fascia boleh menyebabkan keradangan, kesakitan, dan sukar berjalan. Dan orang yang mengalami masalah Plantar Fascitis ini akan mengadu sakit pada tumit kaki. Lokasi sakit ini boleh dikenalpasti dengan khusus iaitu di bahagian tumit kaki. Apabila ditekan ia menimbulkan rasa sakit yang amat sangat. Kadang-kala anda boleh merasa satu benjolan (nodule) sebesar duit 5 sen pada bahagian yang paling sakit tersebut apabila anda menekan bahagian itu.





WAKTU BILA SAKIT TUMIT INI MENYERANG?

Menurut Pakar Perunding Perubatan Pemulihan, Pusat Perubatan Pemulihan KPJ Tawakkal, Dr. Saini Jeffery Freddy Abdullah, sakit yang berpunca daripada plantar fasciitis biasanya berlaku pada langkah pertama berjalan atau selepas tempoh yang lama tidak berpijak dan keadaan ini sering terjadi pada waktu pagi sebaik sahaja anda bangun daripada tidur. Dr. Saini turut menggambarkan sakit tumit yang dimaksudkan ialah sakit yang tajam, menyucuk, dan kadang kala akan berdenyut dan kesakitan tersebut akan terjadi betul-betul di bahagian tumit (sebelah dalam).


PUNCA SAKIT TUMIT / PLANTAR FASCITIS


Antara punca Plantar fascitis ini ialah :
  1. Berat badan berlebihan
  2. Memakai kasut yang tidak sesuai (keras, tidak selesa)
  3. Banyak berjalan atau berdiri lama
  4. Kecederaan tulang seperti retak
  5. Aktiviti senaman yang berlebihan
  6. Radang sendi (arthritis) yang berdekatan dengan Plantar Fascia.
  7. Menghidap kencing manis



BERAT BADAN BERLEBIHAN ANTARA PUNCA UTAMA SAKIT PADA TUMIT?

Saya pernah berkongsi satu artikel mengenai berat badan boleh menyebabkan sakit sendi atau pun dikenali sebagai Arthritis. Boleh rujuk di SINI. Dan punca yang sama juga boleh menyebabkan sakit tumit kaki. Jadi hati hati lah ye. Berat badan berlebihan ni boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. 



APAKAH JENIS RAWATAN YANG SESUAI UNTUK MASALAH SAKIT TUMIT KAKI / PLANTAR FASCITIS


  1. Memilih kasut atau selipar yang mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa
  2. Mengurangkan berat badan
  3. Ubat tahan sakit (semasa peringkat awal diagnosis) biasanya ubat anti-radang seperti Ponstan/ Voltaren / Celebrex
  4. Fisioterapi – ultrasound / heat / cold
  5. Suntikan campuran ubat anti-radang (steroid) dan ubat bius setempat (lignocaine) boleh diberi pada tumit di kedudukan ‘plantar fasci’ (plantar fasci origin). Ini akan memberi kesan kelegaan segera. Namun suntikan ini hanya dibenarkan maksima 3 kali setahun. 




APAKAH KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN UBAT SENDI YANG MENGANDUNGI STEROID?

Pada peringkat awal, klinik akan membekalkan ubat sendi yang mengandungi steroid. Namun pengambilan ubat yang mengandungi steroid dalam tempoh yang lama akan memberi kesan sampingan pada tubuh badan. Paling biasa dialami adalah bengkak anggota badan dan peningkatan berat badan secara tiba-tiba. Pengambilan tiga hingga lima hari berturut-turut sahaja sudah mencukupi untuk melihat kesan ini. Bukan sahaja penyakit sendi yang dialami semakin parah, malah ginjal mereka turut menjadi korban serta mengalami pendarahan usus (peptic ulcer). Selain itu, pesakit juga mengalami peningkatan gula dalam darah yang mengundang penyakit kencing manis serta tekanan darah meningkat (darah tinggi).


TIPS BELI KASUT UNTUK GOLONGAN YANG MENGALAMI SAKIT TUMIT KAKI

Selain menjaga berat badan, golongan yang mengalami sakit tumit kaki perlu membuat pilihan yang bijak iaitu pemilihan serta penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa. Ini mungkin akan melibatkan kos pembelian yang sedikit tinggi, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta  boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit. Kita tidak seharusnya mempertikaikan atau merasa berat hati untuk berbelanja lebih bagi mendapat barangan yang terbaik untuk diri sendiri, lebih-lebih lagi sekiranya ianya mendatangkan manfaat dan kebaikan. 




JENIS KASUT

Kitten Heels boleh dianggap penyelamat hari anda jika anda bukan seorang yang suka terlalu berhias. Tumit yang tidak terlalu tinggi sesuai untuk  digayakan dengan apa jua jenis pakaian. Ballet Pumps pula sesuai buat anda yang gemar mengenakan seluar jean bersama blaus kerana keselesaan tapak kasut itu sendiri yang rata. Kasut ballet ini mula popular setelah bintang Hollywood, Audrey Hepburn memakainya ketika filem Funny Face (1957). Sneakers atau kasut riadah merupakan kasut sukan yang mesti ada kerana ia membantu mengelak  kesakitan dan menyokong keselesaan buat kaki anda apabila berjalan jauh.

Wedges atau kasut baji pula untuk anda yang mahu tampil tinggi tetapi berada di dalam keadaan selamat. Tapak yang tinggi tetapi rata ini memberi perjalanan anda kurang stres berbanding memakai kasut tumit tinggi seperti Stileto. Mules sering menjadi pilihan wanita kerana tampak punya kelas tersendiri. Malah kasut ini sesuai untuk semua majlis sama ada majlis formal, kenduri atau ke pejabat. Bertapak rata atau bertumit di mana bahagian depan ditutup tetapi terbuka di bahagian belakang pasti pernah ada di dalam almari setiap wanita.

PANDUAN BELI

Semestinya anda perlu memilih saiz kasut yang betul. Caranya dengan mengetahui bentuk kaki anda. Ada yang tapak kaki lebar dan panjang. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua belah tapak kaki kita tidak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakan kasut yang dijual di pasaraya mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.

Pastikan anda memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari-jari kaki anda apabila anda sedang berdiri. Apabila anda membeli kasut, jangan sekadar mencuba di depan cermin tetapi cuba untuk berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika anda membeli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan anda satu hari kelak.


SUPPLEMEN TERBAIK UNTUK MASALAH SAKIT TUMIT KAKI

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Di Malaysia, ramai yang tidak menyedari kepentingan penjagaan kaki dan ramai individu yang hanya bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan apabila sudah tidak boleh berjalan. Lebih teruk apabila mereka bertemu doktor dalam keadaan yang sudah terlalu serius yang memerlukan pembedahan atau suntikan sebagai kaedah rawatan. Jadi amatlah penting untuk kita mengambil langkah pencegahan lagi lagi apabila tanda tanda sakit tumit kaki sudah mula kelihatan. Antara langkah pencegahan yang terbaik adalah melalui pengambilan supplemen. 


VIVIX Membantu mencegah dari masalah sakit tumit / plantar fascitis dan kembali kekal cergas walaupun selepas pembedahan. Dan golongan wanita yang berpotensi untuk mendapat masalah sakit tumit juga digalakkan untuk mengamalkan Vivix setiap hari bagi mencegah masalah ini. KENAPA VIVIX? 

  1. Kajian telah menunjukkan bahawa Resveratrol mempunyai kandungan antioxidant yang paling tinggi. Daripada kajian juga mendapati bahawa kandungan Resveratrol diadapati daripada kulit dan biji Anggur Muscadine\
  2. Antioxidant diperlukan pada kadar yang tinggi untuk mendapat kesihatan yang optima dan dapat membantu mencegah penyakit. Antioxidant dapat membantu dan membaik pulih sel rosak yang berpunca dari radikal bebas
  3. Resveratrol dapat mencegah dari sel kanser merebak kerana resveratrol dapat menghalang dari pembentukkan sel yang tidak normal dalam tubuh manusia merebak
  4. Menurut Eleanor G. Rogan seorang Profesor dari Uni. Of Nebraska Medical Center. Resveratrol ada keupayaan untuk mencegah peringkat permulaan kanser semasa estrogen baru hendak memulakan proses pengembangan kanser dengan menghalang pembentukkan estrogen DNA adducts ( sebatian kimia yang menyebabkan kanser yang melekat pada DNA).Dengan ini kami percaya seluruh sel kanser akan berhenti merebak sepenuhnya.



LANDMARK STUDY TERHADAP VIVIX 



Ada banyak research artikel berkaitan bahan2 aktif dalam produk Shaklee. Malah, Shaklee turut bekerjasama dengan profersor Universiti ternama untuk buat kajian produknya sendiri yang dinamakan Landmark Study.

Landmark Study I mengkaji produk multivitamin Shaklee, VitaLea yang boleh mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik & selamat digunakan dalam jangkamasa yang panjang.

Landmark Study II pula mengkaji produk paling hangat di pasaran iaitu Vivix yang dibuktikan boleh memanjang jangka hayat sel manusia, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kronik,

Tapi untuk kesekian kalinya saya ingatkan supplemen dan ubat fungsinya berbeza. Supplements seperti VIVIX, walaupun banyak kajian membuktikan bahan aktif dalam Vivix, iaitu resveratrol boleh mengawal penyakit kronik, tapi Vivix bukan bertujuan untuk merawat atau menyembuhkan penyakit.

Tetapi lebih kepada menyokong rawatan & pencegahan penyakit. Kalau mencegah tu, Vivix sangat sesuai diambil oleh orang yang sihat la. Tapi tak boleh nafikan juga sel-sel orang sakit juga perlukan nutrisi yang secukupnya, sama seperti yang diperlukan oleh orang yang tiada penyakit.


Minyak ikan tulen berkepekatan tinggi
OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 gred farmaseutikal yang asli dan tulen.
Minyak Ikan
OmegaGuard membekalkan spektrum luas asid lemak omega-3 yang terdiri daripada tujuh komponen utama, termasuk EPA untuk kesihatan keseluruhan dan DHA untuk fungsi dan perkembangan minda yang normal. Satu sajian OmegaGuard membekalkan 990mg asid lemak omega-3.
Gred Farmaseutikal yang Tulen
OmegaGuard dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak omega-3 dan pada masa yang sama menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.


Lindungi tulang anda dengan OsteMatrix padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
4 kaplet OsteMatrix membekalkan:
  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium
Kaplet Bersalut yang Mudah Ditelan
Syor pengambilan harian ialah empat kaplet sahaja. Untuk kesan terbaik, ambil dua kaplet dua kali sehari bersama makanan.

KISAH WANITA SUKA MELANCONG YANG TIDAK LAGI BERGANTUNG PADA PAINKILLER AKIBAT PLANTAR FASCITIS 



Pada 23 November 2015 saya di diagnosis dengan “PLANTAR FASCITIS” atau bahasa senangnya sakit tumit. Sakit yang saya alami ini adalah sakit yang teramat sangat sampai takut untuk saya untuk memulakan langkah. Kesakitan terlampau terutama di awal pagi. 
.
Kronologi kes saya ini bermula dari kepulangan saya dari melancong. Pada mulanya saya ingatkan kaki saya sakit setelah penat berjalan masa melancong, mana tidaknya masa melancong tu semua tempat di jelajahi dari gunung sampailah ke lautan. Seharian berehat di rumah, tumit saya masih sakit dan akhirnya pergi berjumpa doktor. Doktor memberikan “PAINKILLER”. Selepas makan ubat tersebut kesakitan saya terubat. Dari peristiwa tersebut sakit tumit akan on off on off.
.

Kesakitan yang teruk saya alami sekali lagi semasa saya melancong lagi dan penderitaannya semakin perit sampai saya tidak boleh berjalan. Apa lagi terus ambil ubat tahan sakit tapi masa itu terasa rugi kerana seharian tidak dapat berjalan dan bershopping kerana saya kena berehat sahaja di bilik hotel. Sampai di Malaysia saya terus mendapatkan rawatan di Hospital. Setelah membuat beberapa ujian klinikal di hospital terutama X-ray doktor mengesahkan saya menghadapi “PLANTAR FASCITIS”
.

Selepas di diagnos dengan penyakit tersebut bermula episod untuk merawat. Setiap kali sakit menjelma peneman setia adalah “PAINKILLER”. Pemilihan kasut juga penting bagi saya. Setiap kasut saya mesti mempunyai lapisan dalam (insole) yang lembut dan selesa. penggunaan kasut/selipar yang sesuai dan selesa ini melibatkan kos pembelian yang mahal, namun kasut yang sesuai mendatangkan kebaikan serta boleh menghindari dari menghidapi sakit tumit ini. 
.

Selain daripada itu saya juga memerlukan suntikan pada bahagian tumit saya. Masa ini saya rasa sungguh menderita, tuhan hanya menarik satu nikmat dari saya tapi saya terasa cukup menderita. Kesakitan pada tumit ini amatlah menderita bagi orang yang mempunyai hobi melancong dan gemar melakukan aktiviti lasak.

.

Selama beberapa bulan saya hanya bergantung dengan rawatan seperti saya sebutkan di atas. Pada bulan Desember 2016 terdetik di hati untuk mencuba produk Shaklee. Mulanya saya mengambil produk untuk mengurangkan berat badan dan saya berjaya dengan set tersebut. Dari situ saya add on OsteMatrix dan Sustained Release Vita-C Plus. Saya mula mengambil OsteMatrix 4 biji setiap malam dan Vit-C 1 biji sebelah pagi. Setelah sebulan mengambil OsteMatrix dan Vit-C tersebut kesakitan yang saya alami semakin berkurang dan akhirnya saya dapat tumit kaki saya yang dahulu. 
.

Alhamdulillah, 2 minggu yang lepas saya baru pulang dari melancong dan saya tidak lagi merasai kesakitan yang pernah saya alami. Saya tidak lagi bergantung pada PAINKILLER dan yang paling saya gembira saya dapat menggunakan segala jenis fashion kasut yang ada di pasaran. Pergerakan saya tidak terbatas lagi. Bertambah gembira lagi masalah SINUSITIS/RESDUNG saya juga dapat diubati dan kulit saya bertambah berseri-seri. 
.

Pelaburan yang saya buat bersama Shaklee berbaloi kerana bila kita menggunakan produk Shaklee untuk 1 tujuan kita akan dapat banyak manfaat dari sudut lain jugak. Kesan Shaklee terhadap saya sangat awesome…Saya dapat menurunkan berat badan saya dan dalam masa yang sama sakit tumit dan resdung saya dapat diatasi. Bak kata dari kawan saya, Sesungguhnya sakit itu MAHAL!!! PREVENTION IS BETTER THAN CURE.


TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE UNTUK SAKIT TUMIT 






CARA MEMBUAT PEMBELIAN VIVIX UNTUK SAKIT TUMIT KAKI/PLANTAR FASCITIS



CARA 1

Anda boleh terus klik ke SET SAKIT TUMIT KAKI ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan. 

CARA 2

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

CARA 3
Dapatkan keahlian Shaklee secara percuma dengan pembelian dua botol VIVIX. Faedah menjadi ahli antaranya adalah dapat menikmati harga produk yang jauh lebih murah antara RM10-RM100 



IsmaLyeza
Visit my ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi




Previous
Next Post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...