Doktor Kata, Tonsil Mungkin Akan Buat Anak Saya Lemah Dan Tidak Aktif


Saya mengenali produk Shaklee kerana SET BERPANTANG semasa berpantang anak sulong, Muhammad Yusuff dan anak kedua juga masih setia dengan Set Berpantang Shaklee. Alhamdulillah, sangat bagus dan berkesan bagi saya.





Apabila anak-anak membesar, diuji dengan kesihatan yang tidak mengizinkan. Bermulanya asthma anak sulong dan pelbagai rawatan telah dicuba. Tetapi asthma masih berulang. Beliau juga kerap selsema dan batuk. Sehinggalah,saya memberikannya SET KANAK-KANAK Shaklee



.
Alhamdulillah, nampak perubahannya apabila masalah asthma dah hilang. Cuma kadangkala selsema bertandang dan cepat hilang apabila diberi Omega Guard dan Chewable Vitamin C. 

.

Kini anak sulong sudah berusia 3 tahun dan Yusuff sentiasa aktif. Tapi, ada satu masalah yang dialami Yusuff iaitu tonsil dan kerap demam. Pernah jumpa doktor dan disahkan tonsil  tahap 2. Kata doktor, tonsil mungkin akan ganggu aktiviti seharian beliau dan buatkan beliau lemah dan tidak aktif.


.
Selepas itu,saya nekad berikan Yusuff 3 biji Chewable Vitamin C sehari dan juga berikan Nurtiferon 3 kali seminggu. Tidak lupa juga Omega Guard setiap hari & juga Mealshakes. Alhamdulillah, sudah 2 bulan tidak demam dan aktif macam biasa. 

.
Anak kedua saya, Muhammad Hud berusia 8 bulan juga mudah selsema dan batuk. Semasa berusia 5 bulan, Hud kerap demam, selsema dan batuk. Apabila usia Hud 7 bulan,saya berikannya Omega Guard, Chewable Vitamin C & juga secubit Nutriferon, Alhamdulillah, sehingga sekarang (11.6.2016 nanti usia 9 bulan) beliau dah tak demam seperti dulu.

.
Syukur alhamdulillah. Dengan pengambilan makanan tambahan untuk anak-anak, kesihatan mereka dari hari ke hari semakin baik. Mereka cepat belajar dan cepat memahami. Sebagai ibu, kesihatan anak-anak sangat penting dan kini, saya dah tak risau lagi.

Previous
Next Post »
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...