MANFAAT SENAMAN UNTUK KANAK KANAK AUTISM
Ada kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal seperti bersenam, mampu meningkatkan tahap kecergasan dan fungsi motor kanak kanak autism.
STATISTIK KANAK KANAK AUTISM DI MALAYSIA
STATISTIK yang dikeluarkan oleh Persatuan Kebangsaan Autisme
Malaysia (Nasom) pada 2013 menyatakan setiap seorang daripada 150 kanak-kanak
yang dilahirkan di seluruh dunia memiliki gejala autisme. Daripada jumlah tersebut
dianggarkan 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapnya yang berumur
antara enam bulan hingga lewat 20-an.
Dengan statistik tersebut, ibu bapa dinasihatkan agar peka
dengan kelakuan anak masing-masing kerana sindrom autisme ini boleh dikesan dan
dirawat pada peringkat awal.
APA ITU KANAK KANAK AUTISM?
Menurut sumber, Autisme atau Kecelaruan Spektrum Autisme (ASD) adalah
sejenis gangguan perkembangan neurologikal yang memberi kesan kepada mental,
emosi, pembelajaran dan ingatan seseorang. Ia juga mendatangkan impak yang
signifikan ke atas kemahiran komunikasi , kemahiran sosial dan kemahiran
imaginasi
Autism juga dalam erti kata lain merupakan satu gangguan
perkembangan yang biasanya menjejaskan keupayaan individu untuk berkomunikasi
dan berhubung dengan orang lain dari segi sosial, menghadkan fungsi harian
individu, dan juga menunjukkan kecenderungan lakuan berulang seperti rutin yang
sangat khusus.
CIRI CIRI KANAK KANAK AUTISM
Ciri-ciri kanak-kanak ASD antaranya termasuklah bermasalah sosial,
tingkah laku dan juga komunikasi yang menyekat perkembangan mereka selanjutnya.
Mereka bagaimanapun mampu memahami dan menganalisa jangkaan, dan juga sistem
berasaskan aturan yang spesifik. Kanak-kanak ini juga boleh mempunyai keinginan
untuk memiliki yang melampau, minat yang tertumpu, dan juga tingkah laku yang
berulang-ulang. Tambahan pula, kanak-kanak ASD perlu kepada sesuatu yang
konsisten, di mana sedikit perubahan atau peralihan boleh mencetuskan keadaan
yang tidak selesa bagi mereka lantas menyebabkan tingkah laku agresif yang
disalah erti sebagai karakter autisme.
MANFAAT SENAMAN UNTUK KANAK KANAK AUTISM
Ada kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal mampu
meningkatkan tahap kecergasan dan fungsi motor kanak kanak autism.
- Dalam satu kajian lain yang melibatkan latihan renang dan hidroterapi selama tiga jam seminggu, hasil kajian menunjukkan peningkatan yang ketara pada tahap kecergasan seperti keseimbangan, kelajuan, ketangkasan, kekuatan, fleksibiliti, dan juga aspek daya tahan. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan penurunan ketara dalam tingkah laku stereotaip yang sering dilihat dalam golongan autism
- Selain meningkatkan tahap kecergasan fizikal, fungsi motor, dan juga tingkah laku individu dengan autisme, kesan positif lain yang diperhatikan adalah manfaat psikologi dan juga sosial. Aktiviti senaman dan fizikal diakui mempunyai manfaat terhadap aspek psikologi individu seperti aspek harga diri, meningkatkan mood dan keceriaan, dan menurunkan emosi negatif.
- Bagi individu dengan autisme yang berupaya untuk mengambil bahagian dalam aktiviti berkumpulan seperti sukan berpasukan, ini memberikan peluang untuk membina hubungan sosial di kalangan rakan sepasukan dan belajar bagaimana untuk mengenali isyarat sosial yang diperlukan. Namun, bagi mereka yang cenderung kepada aktiviti bersendirian seperti seperti berlari atau berenang, masih boleh mendapat manfaat daripada sifat-sifat positif aktiviti fizikal dan membentuk hubungan sosial dengan terapis atau jurulatih.
Dalam apa jua aktiviti yang dipilih, penglibatan dalam
aktiviti senaman dan sukan memberi ruang kepada individu dengan autisme untuk
bergaul dan berfungsi dalam konteks sosial. Di sebalik kesan postif aktiviti
ini, ia bukanlah pengganti kepada pendekatan sedia ada dalam menguruskan gejala
spektrum autisme ini, tetapi sebagai aktiviti tambahan berpotensi untuk memberi
manafaat kepada golongan ini.
VITAMIN PELENGKAP NUTRISI DAN PERKEMBANGAN IQ BAGI KANAK KANAK DISLEKSIA
Seperti yang kita tahu, kanak kanak autism tidak boleh diubati tapi tidaklah bermaksud ibubapa tidak boleh ikhtiar Untuk membantu anak mereka dari segi pemakanan. Ibubapa boleh mengambil vitamin pelengkap nutrisi dan membantu Untuk menggalakkan perkembangan IQ mereka.
Dalam Shaklee, set kanak kanak ini sangat menjadi pilihan ramai ibubapa yang ingin melihat anak mereka membesar dengan sihat dan cerdas. Ibubapa seharusnya mengelak anak mereka dari mengambil makanan segera atau mekanan ringan yang boleh memburukkan lagi masalah kanak kanak autism. Jadi set kanak kanak Shaklee ini sedikit sebanyak boleh membantu dari segi perkembangan iq dan minda yang cergas.
Antara supplemen/vitamin yang dirumus khas untuk iq kanak kanak adalah :
- Vita-Lea untuk kanak kanak
- Omega Guard
- Meal Shakes
TESTIMONI SET KANAK KANAK SHAKLEE
CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET KANAK KANAK AUTISM
CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET KANAK KANAK ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan
CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.
IsmaLyeza
ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 012-6716961
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon