KESAN YANG DIALAMI WANITA YANG JATUH ORGAN PERANAKAN

KESAN YANG DIALAMI WANITA YANG JATUH ORGAN PERANAKA

JATUH organ peranakan (JOP) adalah satu perkara yang biasa berlaku di kalangan kaum wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada mereka yang pernah melahirkan anak akan mengalaminya di kemudian hari. JOP berlaku dalam keadaan di mana ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj. Walaupun tidak sampai mengancam nyawa tetapi ia mendatangkan ketidakselesaan dan penderitaan emosi.



KENALPASTI TIGA PERINGKAT JATUH PERANAKAN

Peringkat pertama - Tahap yang pertama ialah apabila rahim turun daripada kedudukan asal tetapi masih berada di dalam lubang faraj.
Peringkat kedua - Tahap kedua pula ialah apabila sebahagian rahim sudah keluar dari lubang faraj.
Peringkat ketiga - Manakala tahap ketiga dikenalpasti apabila seluruh rahim berada di luar faraj.

PUNCA PUNCA JATUH ORGAN PERANAKAN

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah, antaranya
1.   Kehamilan dan bersalin
2.   Usia dan menopaus
3.   ObesitI
4.   Ketumbuhan seperti fibroid yang besar
5.   Batuk atau sembelit kronik.
Lain-lain termasuklah mengangkat bebanan yang berat, keturunan seperti Sindrom Marfan dan etnik, menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.


KESAN YANG DIALAMI WANITA YANG JATUH ORGAN PERANAKAN

·         Gangguan kencing
Ramai wanita yang mengalami prolapse atau peranakan jatuh akan berhadapan dengan masalah kencing sama ada sukar untuk kencing atau terlalu kerap kencing. Akan tetapi yang paling ketara ialah mereka sukar mengawal kencing terutamanya ketika batuk, bersin ataupun melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa.

·         Gangguan hubungan kelamin
Disebabkan berlakunya kelonggaran pada faraj terutamanya pada otot yang memegang faraj maka kekuatan mengemut ketika mengadakan hubungan kelamin akan berkurangan akibat kenikmatan melakukan hubungan seksual akan terganggu.

·         Sakit pinggang dan tidak selesa
Peranakan jatuh akan menyebabkan seseorang wanita itu rasa tidak selesa kerana ada sesuatu iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Keadaan ini lebih dirasai jika dia banyak berjalan atau berdiri. Oleh kerana peranakan yang jatuh itu menarik otot-otot sekitarnya, sering kali urat-urat pada bahagian pinggang juga akan tertarik lalu menyebabkan penghidapnya sakit pinggang.

·         Gangguan kesihatan
Jika peranakan jatuh yang dialami itu teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar, selalunya pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam lalu menyebabkan luka. Luka ini biasanya akan dijangkiti kuman yang menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak.

BAGAIMANA MENCEGAH MASALAH JATUH ORGAN PERANAKAN?

Kepada semua wanita di luar sana, tidak kira belum atau sudah berkahwin, anda digalakkan Untuk mengambil langkah berjaga jaga bagi mencegah masalah jatuh organ peranakan. Jadi di bawah adalah beberapa tips :
  1. Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera
  2. Melakukan senaman pelvik adalah amat penting walaupun di zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pascasurgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakanG
  3. Amalkan pemakanan yang betul bagi mengelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah- buahan dan bijirin/bran. Elakkan dari meneran di bilik air lebih 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air
  4. Memakai girdle/sut pelangsingan badan yang sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yang amat ketat
  5. Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik
  6. Elakkan mengandung yang kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.


KAEDAH RAWATAN BAGI MASALAH JATUH ORGAN PERANAKAN


Gegelang

Gegelang digunakan untuk menyengkak peranakan supaya tidak jatuh ke dalam faraj. Bagi wanita yang masih muda dan inginkan anak atau mereka yang sudah putus haid tetapi memilih untuk tidak menjalani pembedahan pasti inginkan kaedah rawatan ini. Ada pelbagai saiz gegelang, perlu dipakai setiap hari dan dicuci setiap tiga hingga empat bulan sekali.
Pembedahan
Pembedahan histerektomi (buang rahim) adalah pilihan yang terbaik. Bagi mereka yang sudah menopaus dan mempunyai tahap kesihatan yang bagus. Pada masa sama, pembedahan pada dinding depan dan belakang faraj boleh dilakukan serentak jika perlu. Namun, wanita yang sudah putus haid tetapi tidak mempunyai tahap kesihatan yang bagus, tidak sesuai menggunakan gegelang. Dan jika tiada keperluan seksual, pembedahan kecil boleh dilakukan dengan menjahit kedua-dua bibir faraj untuk menghalang peranakan daripada turun. Hanya lubang kecil dibiarkan untuk membolehkan mereka membuang air kecil.
Bersenam
Aktiviti ini baik untuk menguatkan otot perut dan lantai punggung ketika hamil dan selepas bersalin belum menjadi satu amalan harian di kalangan wanita Malaysia. Panduan untuk melakukan senaman atau gerak tubuh khas untuk otot lantai punggung juga boleh dipelajari pakar fisioterapi anggota di hospital atau di klinik swasta.


Ini sangat penting kerana jika dilakukan pada waktu hamil dan selepas bersalin, pemulihan untuk kembali ke bentuk asal seperti sebelum hamil dapat dicapai dan boleh mencegah masalah kegemukan, kekenduran otot perut dan gangguan yang dikaitkan dengan rahim jatuh. Gerak tubuh ini boleh dilakukan sejurus selepas bersalin, tidak perlu menunggu selepas pantang. Malah dalam pantang adalah waktu yang tepat untuk mencapai pemulihan yang terbaik dengan menentukan makanan yang seimbang, berkhasiat, melakukan penyusuan bayi serta melakukan senaman tertentu.



ALTERNATIF UNTUK BANTU WANITA YANG JATUH PERANAKAN

Bagi wanita yang mula merasakan kesan kesan awal jatuh peranakan, mereka digalakkan untuk segera mencari alternatif supaya tidak menjadi lebih teruk sehingga menggangu kesuburan dan kebahagian suami isteri. Dalam Shaklee, antaran produk yang digalakkan untuk ambil adalah Alfalfa dan ESP



TESTIMONI PENGGUNA SHAKLEE BAGI MASALAH PERANAKAN JATUH


CARA MEMBUAT PEMBELIAN SET SHAKLEE UNTUK MASALAH JATUH ORGAN PERANAKAN



CARA 1
Anda boleh terus klik ke SET JATUH PERANAKAN ini dan membeli terus dengan Shaklee. Penghantaran menggunakan GDEX atau Citylink dan akan dihantar terus ke alamat yang anda berikan *ANDA BOLEH UNTICK MANA MANA YANG TIDAK PERLU*

CARA 2
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi .saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Seremban, Port Dickson dan Bandar Baru Bangi.

IsmaLyeza
ig @almaricantikbyisma
Email: ismalizayahya86@gmail.com
COD Area: Seremban, Port Dickson, Bandar Baru Bangi
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...