SHARNAAZ AHMAD SOUND FATTAH AMIN SEBAB BUKU?

Macam nak tergelak pun ada bila dengar berita hiburan tempatan ni. Came on la artis Malaysia. Biarlah Fattah Amin nak keluarkan buku ke, nak keluarkan boxer jenama dia ke, who cares?


Tapi Sharnaaz Ahmad mengeluarkan beberapa siri twit di laman Twitter beliau yang dipercayai ditujukan oleh Sharnaaz kepada seseorang.


“Apa pencapaian ko nak tulis buku? Dude tak semua atas muka bumi ni tuhan cipta yg ko ada bakat.” tulis Sharnaaz di twit pertama.

Kemudian, Sharnaaz menyambung: “Aku tak pernah suka ko, sbb fanatik ko dan perangai berlagak konon ko sempoi & fames sampai tak kenal sapa otai.. tapak kaki menunggu jilaka”


Beberapa minit selepas itu, Sharnaaz menyambung: “Ko A samad said ka? Zahiril adzim ka? Beto ka? Brp tinggi sastra ko? Brp banyak award ko dan sumbangan? Harap suara kambing? Utoh la ba-kai”.

Luahan Tweet dari Sharnaaz itu menjadi viral di media sosial sehingga mendapat ratusan retweet dalam masa beberapa minit sahaja.

Namun, ada netizen yang menyatakan tulisan Sharnaaz tersebut ditujukan kepada Fattah Amin yang baru melancarkan buku terbitannya yang bertajuk ’99 Kata-Kata Fattah Amin’.

Menurut Fattah, 27 tahun, antara kata-kata istimewa yang dikongsi adalah berkaitan lakonannya yang sebelum ini pernah dikritik sebagai kayu.

“Buku ini terdapat kata-kata yang memberi semangat kepada saya dan saya kumpulkan sejak bergelar anak seni.

“Saya mahu berkongsi dengan peminat supaya mereka turut mendapat inspirasi daripada buku ini.

“Antara kata-kata yang paling saya ingat ialah berkaitan dengan lakonan kerana dulu saya pernah dikritik seperti kayu, tapi kayu lagi lama lagi bernilai,” ujarnya kepada mStar Online.

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...