Berbaloi ke pergi Hello Kitty Land yang dekat Johor tu?
Bagi aku, kalau anak perempuan korang jenis gugurl, peminat Hello Kitty, mungkin ni tempat yang sesuai. Kalau berumur bawah 3 tahun masuk adalah percuma so lagi berbaloi la.
Semalam Cina masih beraya lagi walaupun orang dah start bekerja. So aku dan suami bawak irine ke sini sempena harijadi dia yang ke tiga tahun. Tips untuk datang ke sini, sila lah sampai di kaunter tiket pada awal pagi sebab masa ni masih belum ramai. So berbaloi la sikit tak payah beratur. Tempat ni dibuka jam 10pagi sampai 6 petang
Hello kitty land ni tak besar mana pun. Cuma dalam satu floor je. Dengan harga tiket yang aku bayar masa tu RM68 seorang, sebenarnya memang agak mahal tapi berbaloi jugak la sebab irine suka dan dia explore setiap tempat dan aktiviti yang ada
MASUK RUMAH KITTY
Tempat pertama yang kami tuju adalah rumah kitty. Comel bebenar pulak. Rasa macam nak deko rumah sendiri jadi macamtu pulak rasa hehe
BUAT BISKUT
Yang ni best. Sebab biskut tu lepas kita hias, kita boleh makan. Mebgenangkan masa tu dah tengahari, perut dah mula berkerincong. So dapat makan biskut memang berbaloi hehe sedap weh
BUAT BADGE
Irine eksaited buat badge. Firstly dia kena warna kan dulu. Bila dah siap, baru staff sana buatkan badge guna mesin dia. Comel. Sayang betul badge tu terus simpan taknak irine hilangkan hehe
BUAT CARD
yang ni pun berbaloi juga bila masuk sebab irine kene buat card yang ala ala 3d. Dia memang suka aktiviti menampal ni. Cuma lekit lekit main gam la. Kad tu pun aku nak simpan dalam bilik dia taknak bagi dia main sangat sayang kalau koyak haha.
MINI SHOW
Ni yang ditunggu tunggu. Tengok minishow dari kitty and friend. Kitorang duduk depan sekali kot memang best la dapat tengok kitty joget joget depan mata. Irine siap melopong n marah kalau kita borak ngn dia sebab dia kata dia nak tengok show so jangan kacau
So overall, berbaloi ke tak, depends pada anak masingg masing sama ada dorang suka hello kitty atau tak. Dan pastikan dorang buat semua aktiviit yang ada dalam tempat ni baru rasa berbaloi. Kalau tak buat aktiviti tu, sayang la. Sebab memang dalam tu kau tak tau nak buat apa pun melainkan masuk setiap tempat yang buat aktiviti tu.
Pastikan suami korang jenis sporting sebab kalau jenis brutal, mungkin dorang boring duduk dalam ni sebab gugurl sangat nak selfie pun pikir doploh kali haha
2 komen
Write komenBestnya.. rasa macam nak pergi pula.. :)
Replywow.. bestnyer
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon