PRE WEDDING SHOOT

Assalamualaikum. kali ni nak share dengan korang macam mana aku menghabiskan hari cuti aku Ahad lepas. Pre wedding shoot. ok. sebenarnya ni bukan lah official pre wedding kitorang. asalnya kitorang nak shoot sekeping dua untuk dijadikan cover invitation card nanti.

tapi dah alang alang ada orang yang sponsor pre wedding kecik-kecilan ni, sapu jela kan. pre wedding kecil kecilan bermaksud pre wedding yang tak berapa nak ready sangat. kalau tak paham, korang google la sebab aku pun tak paham. hahaha. tolong jangan buat aku stress.

Dan orang yang baik hati tu adalah jeng jeng... Mr Atan Kick!! Dia memang kelakar kalau korang add dia dekat fesbuk kompem korang tak nyesal sebab berkawan dengan dia, memang best. *hai atan kick yang single!* marilah korang semua.. kita mengorat dia beramai2 dengan harapan dapat shoot free lagi. hoyeh hoyeh!


Disebabkan istilah pun pre wedding kecil kecilan, maka kos nye pun kecil lah. so kitorang buat area Seremban je. tak pegi jauh jauh pun. Tapi insyallah next shoot nanti adalah di luar Seremban. lokasi? oohh biarlah rahsia. :p

Tema color pre wedding ni adalah ... erm..takde tema sebenarnya. belasah je ok. dah aku cakap kecil kecilan kan. memang tak ah nak betema tema bagai. takpela..less is more.. cewah padahal aku merajuk dengan si pp epal ni sebab taknak belikan belon buat props. stress aku. 


Ok. Tarikh dah tak rahsia lagi. hehe. 60 hari lagi rasanya untuk aku pegang title singa single. rasa berdebar debar sangat ohh..rasa macam..tah..macam2 yang aku rasa. rasa macam paket 3 in 1 je. doakan semuanya berjalan dengan lancar ye kawan kawan semua..hee..



Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :