CARA PENIAGA ONLINE BUAT REKOD TRANSAKSI PERNIAGAAN

Sebagai seorang peniaga, mesti ada cara tersendiri untuk simpan segala rekod pembelian, duit keluar masuk, rekod customer dan sebagainya. Di SOHO saya yang kecik ni, saya memang simpan banyak data data macam ni. Selain simpan segala database ni dalam laptop, saya jugak mula buat proper filing supaya lebih teratur dan kemas.


..
..
DEBIT CREDIT
Saya percaya untuk jadi peniaga yang berjaya, mesti dimulakan dengan pengurusan kewangan yang baik dan cekap. Saya taknak bersusah payah menjalankan perniagaan tapi tak nampak hasil keuntungan tu di mana perginya..Jadi Di SOHO, saya ada rekod berkenaan duit keluar masuk, iaitu buku log DEBIT CREDIT, di mana saya akan rekodkan segala perbelanjaan berkenaan biznes. Bila saya beli stok, saya akan rekod duit keluar. Bila customer beli barang, saya akan rekod sebagai duit masuk. Dan hujung bulan saya akan buat satu akaun ringkas untuk kenalpasti berapa keuntungan kasar dan keuntungan bersih saya. (perghhh memang budak akaun sangat!)


REKOD CUSTOMER
Untuk menjadi penjual yang baik juga, kena ada buku rekod customer. Dalam buku tersebut, saya akan listkan nama, dia beli apa, untuk tujuan apa, apa feedback dia. Supaya mudah untuk saya FOLLOW UP customer saya. So takde la semata jual barang dan let them go. Its a BIG NO! Dalam biz terutama Shaklee, adalah penting untuk saya simpan rekod customer supaya saya dapat pastikan pembelian barang yang mereka buat berbaloi dengan setiap sen yang mereka keluarkan. Niceeee

REKOD PEMBELIAN
Dalam Shaklee, setiap kali saya order stok, Shaklee akan update dalam History Shopping. Jadi mudah untuk saya semak segala rekod pembelian saya dalam bulan tersebut. Jumlah rekod pembelian tu la yang akan saya catit dalam buku Debit Credit saya. Haaa..Finance sangat akak korang ni kan hehe


TRACKING NUMBER
So saya jugak ada folder berasingan untuk simpan FLYERS dan rekod TRACKING NUMBER. Sebut pasal tracking number memang kadang kadang boleh jadi gadoh dengan husband haha. Gadoh manja jela kan..Sebab husband memang tukang pos, so jenuh nak ingatkan dia untuk filingkan slip pos tu dalam fail. Kikikiki
..
..
So buat masa ni, saya cuma mampu rekod ni jela untuk biznes saya. Tak la perfect tapi alhamdulillah rekod macam ni memudahkan saya untuk buat biznes. Kerana saya percaya, mereka yang serius untuk dapatkan SIDE INCOME dari biz, mestilah juga SERIUS untuk ada kan benda benda ni semua.
.
.
Bagi saya, REKOD KEWANGAN dan REKOD CUSTOMER adalah yang paling penting bagi mereka yang SERIUS untuk berbiznes. Kalau tak mampu untuk buat proper filing pun, buku 555 pun bolehhh bahh! Asalkan rekod! Tu yang saya selalu ingatkan anak anak buah Shaklee saya. Tak sempurna tak apa, asalkan ‘jalan’ sahaja dulu.

#tsunamishaklee
#tss
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...