KOREAN LENSE..BEST KE PAKAI?

Tags

kali ni aish nak share dengan korang tentang lense. aish start pakai lense yang takde kaler masa umur 19 tahun. masa tu first year dekat Fakulti Pengajian Perniagaan dekat UiTM. ada dinner fakulti. so terpaksa try pakai lense untuk nampak tantek dan hot meletop kebabom wa cakap lu..


sejak tu rasa macam ohhh diriku begitu berharga sejak pandai pakai lense ni. miahaha. seyes. aish rasa macam dah malas nak pakai spek. sebab bila pakai spek power mata aish terus naik tanpa segan silu. huh. so aish amalkan pakai lense but without color la kan.. alhamdulillah power mata stop naik.

so far aish dah pakai lense sejak aritu sampai sekarang. umur den 26 dah ni ha..ekau kiro la sendiri berapa tahun den pakai lense haa.. alhamdulillah lum ada pape masalah mata. tapi......................

masa tunang aritu saja je gatal nak beli lense kaler..ala plus yang boleh besarkan anak mata tuu..ala ala korean tu..seyes memang cantik pakai lense tu rasa macam jadi puss in boots je. mata besarr macam korean..walaupun muka tak berapa nak korean kan..tapi..tak serasi langsung. ada kesan effect pakai lense korean ni. seminggu lepas tu mata aish jadi sembab, bengkak kat belah bawah macam orang frust putus cinta nangis 7 hari 7 malam. nasib baik masa tunang aritu tak jadi pape lagi.

so aish stop pakai lense kaler cap korean lagi. bagi aish, biarla mata ni original, tak nampak korean pun takpe. asalkan mata sihat..betul tak.. so last sekali aish nak kongsikan pengalaman ngeri pakai lense ..haha

1. masa tu tengah tertunduk tunduk cari barang. pastu eh mata sebelah kabur. ingatkan lense terpelanting keluar..penat cari atas lantai..tak jumpa. rupanya esok pagi bangun tidur, lense tu ada balik kat mata. means lense tu menyorok belakang anak mata sepanjang malam tu. haha

2. masa tu terover pakai. sepatutnya kena pakai 7 jam sehari je. tapi dah lebih 20 jam. punya la kering mata nih time tu. solution tak bawak. so terpaksa titiskan air paip dalam mata kasi basah. tapi peritnya tuhan je tau.

3. tengah belek belek mata kat cermin, nampak lense tu tak center tengah tengah biji mata. dia macam senget. so terpaksa guna jari, pegang biji mata dan seret lense tu ke tengah semula. hikhik. orang yang tak pakai lense bila nampak scene ni kompem ngeri. tapi kita yang da biasa pakai lense, tu semua pejamm mata je..hahaha. 


so korang masih lagi nak pakai lense? aku bukan nak takut takutkan korang. tapi jagala mata jangan kasi rabun. sebab bila dah rabun, ni semua la yang korang kene hadap! 

P/s : sekarang tengah trend orang pakai spek takde cermin ke? spek besar kaler pink striking, ada butterfly tepi spek, pastu takde cermin. hua hua..macam macam pesen skng. whadeheyyyy!


Blogger yang bekerjaya dan fulltime online business. Jangan lupa add saya di FB dan follow saya di Instagram. Hubungi 0126716961 untuk sebarang pertanyaan mengenai Shaklee

Kongsikan artikel ini di :