Macam mana nak urus masa biz dan kerja?
Soalan feveret yang ramai tanya sejak 3 tahun buat biz shaklee. Sebelum ni kalau time lunch memang banyak habiskan masa untuk schedule post, follow up customer, guide anak biz. Lepas tu sambung buat dekat rumah. Masa tu duduk rumah mak so time tu memang bila bila masa boleh online.
Tapi rutin berubah bila pindah rumah baru. LINE TAKDE! So bila line fon dan internet takde langsung dekat kawasan rumah tu, takkan nak stop biz pulak kan?
Jadi apa yang sayabuat untuk manage masa antara biz dan kerja adalah, SCHEDULE POST
Setiap hari sabtu dan Ahad, saya akan schedule update dkt facebook, instagram dan blog untuk seminggu punya stok. Sibuk camne pun kena sharing. So dari isnin sampai jumaat, dah boleh fokus aktiviti lain. Tak ganggu waktu kerja jugak yang paling penting.
Alhamdulillah. Banyak sebenarnya benda yang saya belajar untuk manage masa ni. Semua kena cepat. Balik kerja je, bersilat masak, mandikan anak, cuci sangkar kucing, spend masa untuk anak, anak dah tidur baru kita buat biz
Semua kena pantas!
Susah?
Tak. Senang bila dah biasa buat
Setiap manusia dikurniakan 24 jam dalam sehari.
Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan waktu.
Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Hadis riwayat Abu Daud)
#tsunamishaklee
#liveamazing
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma
Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon