6 Perkara Yang Best Bersalin Dekat HTJ Seremban

Pengalaman bersalin di HTJ Seremban
 




4 tahun lepas saya pilih KPJ tapi kali ni saya pilih untuk bersalinkan Maisara dekat HTJ Seremban. Memang high rekemen untuk siapa siapa warga Seremban untuk bersalin di HTJ! Hehe 

1. Dapat wad 1st class 


Since saya demam sebelum bersalin, hospital bagi saya wad sorang. Maybe taknak jangkit pada ibu ibu lain kot. Suprisingly memang wad nya sangat SELESA macam swasta! Tapi sejuk teramat suhu cecah 18celcius (tak boleh control temp sebab centralize) 

2. Layanan nurse yang sangat sporting dan peramah!


Rasa dilayan macam anak raja! Walaupun husband Hidher Yusof tak dapat nak teman 24hours (polisi hosp kerajaan, suami cuma blh teman masa time melawat sj) tapi nurae dan doktor sgt helpful siap buat lawak lagi bergurau senda. 

Masa tengah high fever tu, rasa macam dikerumuni dengan 5 6 orang nurse termasuk doktor sekali tolong gotong royong lapkan badan dengan towel basah nak bg temp turun. 

Ada nurse yang bagi kata semangat, tolong macam macam 
Ada sorang doktor muda ni siap ingatkan waktu solat sbb masa tu belum bersalin lagi so blh solat lg

Masa dalam LR pun, dua tiga orang nurse ingatkan baca selawat, dengan banyakkan sebut Lailahailla anta subhanaka inni kuntom minazzolimin.. ☺️ 

3. Labor room macam hosp swasta


Sebelum ni pernah dengar kalau bersalin dekat hospital kerajaan, boleh dengar sana sini orang jerit2 sebab jarak dekat dekat je dalam labor room tu. Tapi dekat HTJ, sorang satu LR. Eh macam swasta la senang cerita! 

4. Makanan pun not bad


Ingat lagi sebelum bersalin, breakfast kuew teow. Eh sedap pulak makanan kat sini. Layannn. 

5. Toilet bersih superb kilat bling bling


Ha ni satu lagi. Saya dah terjah toilet dekat wad third class, dengan toilet dalam wad saya sdiri, memang bersih sangat2! Satu hari dua kali cleaning. Tisu tak pernah tak ada. Toilet besar! 

6. Kos murah!!


Ini yang paling best. Serba serbi kemudahan macam private hospital! Total kos untuk czer dan warded 1st class untuk 3 hari 2 malam cuma RM145 sahaja. 


Apa pun, satu pengalaman yang tak boleh lupa.. takde la mengerikan sangat pun. ☺️☺️
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...