RINGKASAN PERISTIWA ISRAK MIKRAJ
(sebelum tu aku nak warning ea mentang mentang entry islamik, korang jangan nak skip ea) kekeke
(sebelum tu aku nak warning ea mentang mentang entry islamik, korang jangan nak skip ea) kekeke
Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk
Dalam perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa, Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
banyak lagi peristiwa ajaib yang berlaku Rasulullah naik Mikraj (tangga) untuk menemui Allah dan selepas Mikraj (nabi turun semula ke bumi)
Nak baca lagi? boleh klik sini PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ
Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
P/S filem transformers saja je tayang tarikh ni tau. ;p
21 komen
Write komenyeay harini puasa
dlu masa zaman sekolah, suka baca pasal sirah zaman nabi dlu2
banyak cerita pasal pengorbanan and sejarah perjuangan nabi tegakkan agama Islam.
Replyrindu ceramah israk mikraj kat sekolah. dulu masa sekolah asyik nk ponteng je. skang baru terasa rindu.
ReplyKenapalah GB saya tak mau buat ceramah pasal Israk Mikraj kepada anak2 murid kami??huh!!!
ReplyJom baca dan komen...
http://rossmerahjingga.blogspot.com/2011/06/semuanya-hancur-berkecai.html
coming here blog walking....
Replynk puasa,tapiiiiiiiiiiiiiiii xleh.sadis.
Replytringat sejarah islam time blaja kt skolah dlu
Replydah tengok transformers 3? movie review!!! http://eleventx.blogspot.com/2011/06/movie-review-transformers-dark-of-moon.html
transformer nak ingatkan kite la tu...hehehe..
Replypengisian rohani yang amat berguna untuk kita..dh lama tak baca ttg ini..
Replypenang tak cuti pun israk mikraj. huhu. takpe. kamis depan aku cuti. hahahaha. nuzul quran plak
Replyrugi x dpt puasa israq mkrj ni. off dah lak ;'i
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
ReplyNo more live link in this comments field
Replyhehe tak lah. masa study pendidikan islam. kan banyak tajuk yang kita kena tau. seronok kalau tau sejarah islam dulu2. buat kita makin sayang dengan agama Islam
ReplyNo more live link in this comments field
ReplySila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon