Dia...kau...

Dear blog,

Hari ini dia terjumpa beberapa keping gambar lama. Gambar yang bisa membuat luka lama berdarah semula. Dibeleknya gambar itu satu persatu. Walaupun dia tahu perasaannya akan sedikit terganggu. Tetapi matanya terus tertumpu pada dua manusia yang nampak gembira sangat dalam gambar itu. "mesti tengah gembira sekarang kan kawan?" bisik hati perlahan. Mulalah satu persatu memori lama dia datang. Agak pedih. Ahh..Lupakan. Dia tidak mahu lagi jadi bodoh macam dulu. Dia bukan dia yang dulu lagi. Dia sekarang dah lain. Makin kuat. 
Simpan semula gambar itu. Mengeluh. Kesal dengan tindakan membelek gambar tersebut. Walaupun luka lama dah pun kering, tapi jika disimbah air, sedikit sebanyak akan basah semula luka itu. Pedih kau tahu?


Damn...Tatkala dia kini terlalu banyak masa terluang di rumah, dia rasa sunyi. Rasa perlukan seseorang untuk dijadikan tempat menghilangkan segala keresahan yang mula datang sejak dia tidak bekerja lagi. Ya. Dia sunyi sekarang. Kadang-kadang dia cuba sedaya upaya menyibukkan diri dengan macam-macam kerja yang macam tak logik kalau nak buat selalu. Takkan nak mop rumah hari-hari sedangkan lantai berkilat sampai boleh dijilat? Menyusun baju dalam almari sampai dah tak tahu nak susun apa lagi? Senyum.


Sebab itu dia dah dikira cukup kuat kerana dalam situasi dia sekarang yang sunyi, kurang teman berbual, dia masih boleh kuat untuk elak dari ingat semula memori sial yang pernah kacau jiwa dia dulu. "Tahniah.." bisik hati sendirian. 


"Jangan demi cinta manusia, kau menaruh harapan yang terlalu tinggi..Sebab harapan itu kadang-kadang boleh bunuh kau. Bila kau bercinta, satu je aku nak nasihatkan kau. Curilah 'masa' untuk kau berikan pada si dia. Kerana dalam bercinta, kau akan dianggap pencuri yang sangat mulia kerana kau sudah buat si dia tersenyum bahagia kerana 'masa' yang kau beri pada dia....................................."



Tersenyum hambar...

Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...