KENAPA PEREMPUAN NAK SANGAT PAKAI VITAMIN E?

Previous entry :
 
Assalamualakum 


Cantiknya Ayu Raudhah!


Hai sayang sayang gugurls semua! 

Perasan tak suatu masa dulu, femes artis cucuk muka dengan Vitamin C. Bukan artis je, makcik makcik, akak akak kerani, pun tergila gilakan cucuk cucuk Vitamin C nih. Semua nak tegangkan kulit yang kendur, nak bagi anjal semula, nak cantik gebus putih macam Adira AF. Dah macam trend pulak cucuk cucuk ni. Tak cucuk maknanya ketinggalan zaman. eh? Banyak ringgit bolehlah pergi cucuk Vitamin C ye tak? Yang kita kita ni tak semestinya tak boleh memiliki kulit cantik gebus semua tu. Sebab tu sekarang, ramai yang dah mula beralih arah untuk mengamalkan Vitamin E pulak. 

Apa itu Vitamin E? Apa bagusnya untuk kulit?

Actually Vitamin E ni semua orang dah tahu. Dah bermacam jenis Vitamin E yang terdapat di pasaran. Dan rasanya sekarang maybe baru ramai yang dah sedar Vitamin E sebenarnya sangat bagus untuk kulit! Tak payahlah susah susah pergi cucuk Vitamin C lagi! Bila bukak keyword dekat Nuffnang, ramai yang dok search pasal Vitamin E. Betapa powernya Vitamin E sekarang di kalangan perempuan yang mementingkan kecantikan! Yelah kecantikan luaran tu kan sumber keyakinan diri. Erk.

Kenapa perempuan nak sangat pakai Vitamin E?

Buat pengetahuan anda semua, makin lama kulit kita terdedah dengan sinaran matahari, makin kusam dan kulit nampak tak bermaya. Maklumlah dulu perempuan duduk dapur setiap hari. Terperuk dalam rumah tunggu suami. Tapi perempuan zaman sekarang ramai yang terlibat dengan aktiviti outdoor. Bermakna peluang terdedah dengan panas terik tu tinggi. Yang pakai payung pun belum tentu terlepas dengan bahang sinar UV! So apa kena mengena dengan Vitamin E? Vitamin E boleh melindungi kulit daripada sinar UV kerana kandungannya yang tinggi antioksidan. 


Kesan sinaran UV boleh menyebabkan anda nampak tua dari usia sebenar!


Sebab tu akan ada perempuan perempuan yang berkata, "kulit makin licin, lembab, tak berminyak, gebus, awet muda bila ambil Vitamin E!" Sebab bila kita ambil Vitamin E sebagai supplement, kelembapan kulit semulajadi tu terjaga, tanpa guna pelembab pun, kulit dah awesome secara semulajadi! Maka di sini dah menjimatkan duit kita semua dari membeli bermacam jenis krim Moisteriser. Bila kulit dah nampak lembab secara semulajadi, tak kusam dan tak kering, automatik korang akan rasa muda! 


Korang boleh klik dekat SINI untuk dapatkan Vitamin E yang bebas dari pewarna tiruan, bebas kimia, dan hanya dari sumber semulajadi saje. Boleh makan dan buat mask pada wajah. Ataupun korang boleh join contest INI, mana tau dapat hadiah Vitamin E ke kan?

Apa lagi? Jom cantik macam Ayu Raudhah!

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
 
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
NARDtheNERD
AUTHOR
March 15, 2014 at 1:20 PM delete

i pakai vitamin e cosmoderm macam rina salleh pakai. best jugak :)

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...