Gelak pun ada banyak kategori : sila pilih

Perasan tak, bila kita mesej dengan kengkawan kita atau dengan boipren kita, kita kadang-kadang taip bermacam-macam jenis gelak ketawa. Tapi kadang-kadang hakikatnya tak lawak pun mesej tu. Dan kadang-kadang kita tak gelak pun. Tapi dah macam satu pelengkap. Kalau tak gelak dalam mesej tu, tak de umph. Tak mesra alam gitu. So ni adalah beberapa jenis gelak yang aku pernah pakai. Tapi kalau ada lagi jenis gelak yang lain, pelis tambah di ruangan komen. 





1. hahahaha
ok ini adalah biasa yang digunakan oleh kita semua. Gelak kategori ini menunjukkan yang benda tu memang kelaka dan menunjukkan si penggelak tiada adab sopan. 

2. Kahkahkah
Gelak yang macam ni, sememangnya patut dihindari oleh kaum perempuan kerana ianya berbunyi kasar dan seolah-olah tiada dara apabila gelak sebegitu.


3. Muahaha
Yang ini pulak seolah-olah penggelaknya sedang bermegah-megah dengan apa yang dia ada. Awas jika kawan anda gelak macam ni. 
4. Kuikuikui
Yang ini best. Gelak macam ni menunjukkan si penggelak seperti malu dengan kesilapan yang dia buat. Jadi gelak sebegini biasanya digunakan untuk menutup malunya. 

5. Hihihi
Pada kaum perempuan yang mementingkan kecantikan luar dan dalam, seelok-eloknya gunakan gelak yang macam ini. Lelaki dengar cair.


6. Huhuhu
Yang ini paling keji. Benda tu tak lawak pun. Tapi si penggelak terpaksa gelak kalau tak nanti kawan kecik hati. Jadi dia gunakan huhuhu


7. lalalala
Jangan tak tau. Ini pun kategori gelak jugak. Si penggelak akan menulis lalalala sebagai tanda yang dia sedang memerli kawannya. Contoh ayat. "Kau kan rajin, sebab tu aku suka kawan dengan kau. Lalalalala" 
Terasa bagai diperli tak?


8. Hik hik hik
Yang ini tak tahan. Kategori gelak macam ni maknanya si penggelak sedang menggeletis tahap maksimum. Kononnya dia sangat la comel dengan gelak sebegitu. Contoh ayat "Ala awak teman la saya lunch arini, hikhikhik" Sungguh gedik kan? 


Sila pilih anda selalu gelak dalam mesej macam mane???

Previous
Next Post »

2 komen

Write komen

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...