Dato Sosilawati Lawiya :: semoga roh dicucuri rahmat.

Ketika umat Islam sedang meraikan Syawal bersama keluarga tercinta, negara kita digemparkan dengan kisah BUNUH, BAKAR DAN BUANG  seorang jutawan kosmetik iaitu Datuk Sosilawati Lawiya. Mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat. Motif pembunuhan berkaitan dengan urus niaga tanah dan soal kewangan. 



Dalam keadaan terdesak manusia sanggup melakukan apa saja asalkan hajatnya tercapai walaupun terpaksa melakukan pembunuhan kejam. 
Gerunnya. 
Namun ini bukanlah pertama kali yang berlaku di negara kita. 
Malah ada banyak lagi kes pembunuhan kejam yang menyayat hati kita sebagai manusia.Salah satunya kes pembunuhan adik Nurin Jazlin Jazimin pada 2008. Mati akibat didera secara seksual. Ingat lagi kan?


Dalam sekumpulan binatang, tiada manusia.
Tapi dalam sekumpulan manusia, ada binatang. 


Negara kita mempunyai undang-undang. Setiap warga negara Malaysia mempunyai pegangan agama. Setiap agama melarang perbuatan keji sesama manusia. 
Itu pasti. 


Sekiranya 'binatang' ini tidak dilupuskan, dan tidak dibendung kelahirannya, takut juga Cik Aish nak keluar rumah. Takut juga Cik Aish nak berkahwin dengan anak orang kaya. Takut.
Sebab kekayaan dan kesenangan bukanlah kebahagiaan sebenar-benarnya. 

Bak kata orang, orang kaya hatinya susah. Orang miskin hatinya senang.


Al-Fatihah
Previous
Next Post »

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...