GAMBAR GAMBAR MH17 YANG JATUH TERHEMPAS DI SEMPADAN UKRAINE

Masyallah. Tengah malam tadi kita semua dikejutkan dengan berita yang cukup menyedihkan hati semua rakyat Malaysia terutamanya apabila Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di timur Ukraine. 

Menurut sumber dari Berita Harian jumlah yang terkorban adalah 298 orang yang terdiri 283 penumpang dan 15 anak kapal. Dalam satu kenyataan media, MAS turut memberi senarai warganegara penumpang dengan paling ramai warga Belanda iaitu 154 orang diikuti Malaysia 45 (termasuk 15 kru dan 2 bayi). 

Ya Allah. Satu satu ujian yang Dia berikan. Tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa, kita diuji sebegini hebat. Saya sebagai rakyat Malaysia mengucapkan salam takziah buat semua mangsa dan keluarga mangsa. Hentikan sebarang andaian dan spekulasi. Hentikan menuding jari ke mana mana pihak terutamanya MAS kerana apa juga yang terjadi adalah ketentuanNya. Siapa kita untuk menghalang. 

Semoga kita semua muhasabah diri atas apa jua yang berlaku.
Al-Fatihah








Previous
Next Post »

1 komen:

Write komen
Krungkrungx
AUTHOR
July 18, 2014 at 11:26 AM delete

sedih =(
semoga keluarga mangsa yg terlibat tabah ..

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...