Segmen Blog Review Part 7


GeminiGurlz wah masuk masuk je blog ni terus nampak pooh! comel! credit untuk header okay! dan juga bahagian sidebar! nampak kemas! kalau tengok dekat sebelah sidebar dia, ada contest dan segmen yang menarik. korang boleh terjah ok!


anda letakkan entry wajib baca di bahagian footer. tapi kena letak di footer? entry yang menarik sepatutnya anda promote di bahagian atas blog. mungkin anda boleh letak di bahagian sidebar belah atas. supaya kebarangkalian pembaca nak klik tu tinggi. kalau letak entry menarik kat bawah sekali, taku pembaca yang tak habis scroll blog anda ke bawah, akan miss entry menarik tu. rugi la kan?







fazRina first sekali nak bagi pendapat tentang header. nampak tak tersusun sebab bawah gambar kartun tu, ada dua iklan yang berbeza saiz dan kedudukan. tak centre. jadi nampak berterabur. apa kata fokus pada header saja. besarkan sikit. kalau nak letak iklan, letak satu je bawah header. iklan harumanhujjaz tu boleh letak di sidebar ok!


saya tengok blog anda BANYAK sangat iklan. tak salah pun. tapi belah kiri, atas kanan semua penuh dengan iklan. kadang kadang iklan yang sama diletakkan. contoh iklan harumanhijaz tadi. ada di bawah header, dan juga di sidebar. iklan Advertlets ada di column kiri dan column kanan. iklan yang sama. begitu juga iklan Manggaad. jadi bila blog penuh dengan iklan, blog jadi berat. sebab banner iklan tu kan flash banner.


takpe, kita belajar sama sama ok. awak boleh cari tutorial atau survey blog blog lain macam mana mereka edjust template mereka. fighting!






julieeeeeeeeeeee  Pertama sekali nak cakap, saya suka lagu blog awak. ok nak bagi tips untuk korang. kalau nak pasang lagu dekat blog, pasang lah lagu yang boleh diterima akal. lagu yang slow, dan sedap telinga mendengar. kalau lagu macam remix ke, lagu yang rancak rancak, bukak je terus menjerit, tu takmau la. takut sakit jantung lak malam malam nak blogwalking blog tu nanti. tapi kalau lagu macam kat blog cik adik ni, ok. suka!


header yang sweet. background pun sedap mata memandang! owner blog ni namanya julie. comey tau. terjah! haha. happy blogging! nak bagi tips, kalau nak tambah follower, rajin rajin blogwalking, update entry dengan konsisten dan ramah ramah dengan blogger lain ye!






haRis kaiTo uwaa...aku benci blog lelaki tau. haha. bukan benci sebab apa. sebab kenapalah blog lelaki kalau buat header mesti smart??? oh tidakkk..haha. ok. adik kita ni nama dia hairis. terjah! tagline yang best. "HANYA BUDAK BIASA YANG INGIN MENJADI LUAR BIASA"  ok jadi korang dah tahu Hairis ni luar biasa orangnya. ala ala misteri. haha.


suka dengan entry ni Petua Tangani Bosan. rasanya kalau masuk blog ni mesti nak lama sebab suka entry dia. lagipun senang nak baca sebab blog ni suci bersih. putih je. lapang mata ni. tak la macam blog aku ni. sakit mata. haha. so keep it up ok!







Nazrey Dylandy  ni pun blog budak lelaki. blog ni banyak pasal personal. menarik. kalau tengok entry dia ala ala macam jiwa ada taman je. hehe. ok. stop merepek. nak bagitahu, belah kiri kanan anda yang ada gerak gerak tu, flash widget aite? memang menarik. tapi takut blog jadi berat. 


kalau boleh buat 2 column je. so bahagian entry taklah terlalu sempit. memandangkan background pun dah hitam, jadi besarkan sikit ruang post entry tu. baru senang nak baca entry anda. ok!



blog ibarat rumah. kalau tuan rumah suka rumah dia macam tu, kita sebagai tetamu takde hak untuk paksa tuan rumah ubah. adios!


jangan lupa klik sini! Segmen Blog Review Part 6



Previous
Next Post »

5 komen

Write komen
mumui
AUTHOR
April 11, 2011 at 12:14 PM delete

thanks 4 da komen pasal blog sye!! =)

Reply
avatar
secantikmanis
AUTHOR
April 11, 2011 at 12:27 PM delete

erkkk nak blog saya kena review jugakkkkk

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
April 11, 2011 at 12:28 PM delete

hehe dear, segmen dah tutup..sebab ramai dah..insyallah nanti cik aish buat lagi ea... tungguuu..:)

Reply
avatar
April 15, 2011 at 10:17 AM delete

thanx cik aish preview blog saia!
terima kasih bnyk2!
love you!
HEHE

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...