tindakan bijak bila ada orang ada bau badan duduk sebelah kita dalam wayang

apa kesahnya tajuk panjang bebenau. 
Assalamualaikum. kembali ke segmen wakenabeb..
hari ni taknak tulis cerita seram lagi. cukup cukup lah. takut nanti menjejaskan hormon peranakan pulak kalau asyik dok fikir antu je.

hari ni nak share pasal satu situasi yang rasanya ramai dah alami. tak kisah ah sama ada korang yang jadi mangsa atau korang pemangsa. pemangsa tu maknanya dia ah punca segala galanya. lebey kurang gitu aah.


satu hari tu aku boring duduk umah. umah kata pergi la merayap, wayang kata mari singgah meh. dah tu taknak la hampakan invitation dari abang abang cinema tu idak gitu..aku pun memang hantu wayang. *bukan hantu curi buku law ok* 


aku tengok cerita kelaka. tak ingat dah tajuk dia. sebab masa tu aku tecik lagi. orang kata apa..baru nak kenal dunia. so aku tak layan sangat cerita tacing tacing ni. biasalah time tu pakwe takde lagi. diri pun comot sapa la nak kan. 


dipendekkan cerita aku pun masuk la wayang terus duduk kat seat aku. tak sabar jugak ah nak tengok. best ke tak best kan..kalau tak best memang aku mintak ganti rugi ah. yela sebab masa tu nak tengok wayang kena kumpul duit belanja pastu kalau tak cukup kena korek korek tabung sikit lagi nak pecahkan. so kalau tak best mesti ah aku marah kan. u waste my money man!


tiba tiba ada ah sorang ni. taknak la aku statekan kat sini jantina dia. yang penting dia manusia macam aku. masa dia duduk sebelah, masyalah..aku tak faham. aku jadi blur. dia baru balik sawah apa dia ni?  

bau tiakkkkk..ooh tiakk dia bauu lah. 


aku sabar lagi. cuba tahan nafas. pastu nafas ikut mulut. tak lut gak aku try masukkan popcon dalam idung pun tak dapat gak nak atasi. ooh man! camne ni? aku taknak la tegur atau alih tempat duduk ke kan. sebab aku jenis tak reti nak tegur pasal benda benda camni. pastu seat lak dah penuh. memang takde tempat lagi la aku nak lari nih..


last last aku amik ah perfume bodyshop yang akak aku bagi dulu. nak beli memang lum mampu lagi la. pastu aku calit calitkan dalam langkah slow motion kat baju orang tu. semerbak panggung dengan bau perfume aku. 


moralnya di sini.. jangan lah kita menjadi seperti mereka di atas.
Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
iyou
AUTHOR
February 13, 2011 at 1:49 PM delete

hahaha... perfect!! dia x sedar ea awk calit perfume kt dia?

Reply
avatar
Unknown
AUTHOR
February 13, 2011 at 7:19 PM delete

haha..ingatkan calit kat baju sendiri..!!

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...