Apabila angka 2011 bakal merubah usiaku ke 25 tahun..

Salam semua.
Selamat bercuti. Pasti ramai yang merancang percutian panjang kan?
Saya?
Sekadar menghabiskan masa di rumah. 
Bersama keluarga tercinta. 
Saya bukan lagi budak-budak untuk berpeleseran tanpa arah tuju.
Saya sudah tinggalkan zaman itu.
Cuba mengukir senyuman.

Alhamdullilah. Saya masih bernafas lagi. Masih boleh berjalan untuk menuju ke destinasi yang saya sendiri tidak pasti akan saya temui atau tidak. "Bertahanlah sayang. Kau sudah dewasa. Pedulikan sesiapa yang cuba untuk menghalang perjalanan kau yang masih jauh. 25 tahun kau bernafas di dunia yang sementara ini, berterima kasihlah kerana kau masih ada mereka yang menyanyangimu!" Pujuk sang hati. 



Dulu...
Januari 1986...

Terima kasih mak. Terima kasih ayah. Kerana masih bersama-sama diri ini. Kerana memahami kerenah anakmu ini. Kerana sudi mendengar setiap telahan dari mulut ini. Kerana setia menemani susah senang saya selama 25 tahun saya hidup di dunia ini. Terima kasih kalian. Saya sayang anda berdua.




Semasa saya kecil, saya tak sabar untuk melonjak dewasa. Saya ingin sekali menjadi seorang wanita yang pada pandangan saya cukup sempurna kehidupannya. Saya tidak mahu lama-lama menjadi anak kecil yang belum boleh membuat keputusan sendiri. Yang tidak bisa untuk mengorak langkah sendiri. Sentiasa mahu dipantau dan dipimpin. Saya mahu cepat besar. Senyum.




Walaupun saya tahu kehidupan menjadi anak kecil tidaklah serumit mana, tetapi saya tahu. Menjadi seorang wanita dewasa pasti lebih bahagia. Kerana saya mahu menjadi seperti mak. Bahagia bersama ayah. Hidup seolah-olah sempurna. Ya. Saya mahu kejar kebahagiaan itu. Saya akan senyum sendirian memikirkan itu.




Apabila usia saya melonjak belasan tahun, saya mula merasakan matlamat saya hampir tercapai. Saya mula merasakan kebahagian yang saya impikan kian hampir. Saya menjadi lebih gigih untuk cepat sampai ke destinasi. Saya bersabar. Saya kawal diri dan bercita-cita menjadi seorang gadis yang sempurna di mata si dia. Pada usia belasan tahun, saya merasakan indahnya hidup. Saya bahagia begini. 


 
Tetapi, saya tersilap. Kesilapan saya dan mereka di sekeliling saya mula menyebabkan saya hilang arah tuju. Saya hilang pertimbangan. Saya lupa bagaimana impian saya semasa saya kecil dulu. Hati saya sedikit demi sedikit tercalar dek perbuatan mereka. Walaupun saya cuba untuk merawatnya, kadang-kadang saya gagal. Lalu impian saya, saya simpan kemas-kemas jauh di sudut hati saya. Hidup mula terasa bebannya. Usia remaja yang indah seolah-olah kian pergi meninggalkan saya. Adakah ini fasa untuk saya menjadi matang dan bersedia untuk ke alam dewasa? Mungkin. Pengalaman mengajar segala-galanya.



Kini....
Januari 2011...


Usia saya sudah 25tahun. Impian saya untuk mengejar kebahagiaan sebagai seorang wanita dewasa, masih lagi saya simpan kemas jauh di sudut hati saya. Kadang-kadang, impian itu seolah main tarik tali dengan saya. Tetapi, saya yakin. Suatu hari nanti pasti saya akan temui apa yang saya inginkan. Doakan saya. 
Senyum.




Previous
Next Post »

2 komen

Write komen
♥cikmOt♥
AUTHOR
December 31, 2010 at 10:19 PM delete

ishh muda ar cik aish...baya adik akak jek...
akak ni 2011 dah masuk 3 series...owhhh nooooooo

Reply
avatar
Anonymous
AUTHOR
January 1, 2011 at 12:36 AM delete

semoga kau mendapat apa yang kau impikan, kita merancang. yang di atas menentukan

Reply
avatar

Sila Tinggalkan Komen Anda Di Sini ConversionConversion EmoticonEmoticon

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...