BOLEH KE MAKAN SAYUR JE DAN TAK PAYAH MAKAN SUPPLEMEN?

Tags

Orang dulu makan sayur, mereka tak perlu makan supplemen. Sihat je? So kita pun tak payah makan supplemen, baik kita makan sayur je. Boleh ke?


Sayur memang antara menu yang perlu ada dalam DIET kita setiap hari. Orang dulu, berkebun, bercucuk tanam, dan makan hasil tanaman mereka sendiri. Dorang ni jenis tanam belakang rumah, petik, makan. Ada yang makan macamtu je, tak masak pun, kira buat macam ulam la. Sebab tu orang dulu dulu sihat. Dah la makan mentah, sayur tu pulak memang khasiat dia tip top sebab TAK ADA langsung tercemar. Mana taknya, zman dulu belum ada lagi semburan semburan kimia yang merbahaya macam sekarang. Orang dulu, semua makan sayur yang organik. FRESSHHH. Makan hasil tanaman sendiri.

Zaman dulu yes memang betul, siapa yang jual supplemen konfirm tak laku punya sebab orang dulu dulu sihat sebab makan benda tak tercemar.
Zaman sekarang lain. Rumah pun takde laman langsung nak tanam sayur. Semua beli dekat kedai. Nampak segar segar je. Tapi tahu tak sayur sekarang dah tercemar?

Sekarang kita harapkan sayur dekat kedai. Pembekal sayur akan pastikan bekalan mereka sentiasa mencukupi, tidak rosak dan nampak segar macam baru lepas dipetik 5saat yang lepas. Jadi apa yang mereka perlu lakukan adalah dengan memberi racun kawalan serangga perosak, baja yang tidak organik dan semburan wax (semburan wax femes dekat buah anggur, kalau anggur tu nampak macam debu debu putih, tu la wax, bahan kimia seakan lilin supaya buah anggur tak lembik, dan tahan lama selepas dipetik!)


Kita pernah nampak kan, macam mana tukang sembur racun kimia kawal perosak ni, akan guna kelengkapan macam penutup mulut dan sarung tangan sebab yang mereka sembur tu RACUN. Terkene kulit pun boleh memudaratkan ni kan pulak tanaman yang dah disembur tu masuk badan kita. huhu.

Berbeza sungguh sayur dulu dengan sayur sekarang. Sebab tu, kita kena ambik supplemen. Sebab nutrient yang kita nak dari sayur dah kurang. Kita sebenarnya dah terdedah dengan PENCEMARAN tanpa kita sedar.

Bestnya zaman datuk nenek dulu kan? Tak perlu supplemen kalau apa yang dorang makan semua selamat dan takde pencemaran macam sekarang!

#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#tss
#shakleeseremban

BETUL KE SHAKLEE ROSAKKAN BUAH PINGGANG?

Tags

Bila customer tanya, boleh ke makan supplemen Shaklee banyak banyak? Tak rosakkan buah pinggang ke?

Actually kita tak perlu risau sebab pengambilan supplemen Shaklee TIDAK SAMA SEKALI menyebabkan kerosakan buah pingganG. Sebelum apa apa jenis supplemen shaklee tu dipasarkan, pelbagai ujikaji yg telah dijalankan untuk memastikan kualiti dan keselamatan supplemen tersebut. Malah, Shaklee telah melaburkan jutaan ringgit untuk membuat kajian dan kesan pengambilan supplemen mereka dalam tempoh jangka masa yang panjang.

Yang hebatnya, Shaklee telah melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk mereka Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam. Buktinya?

>>>Shaklee menguji setiap bahan baharu untuk mengesan lebih 350 bahan cemar berbahaya.

>>>Shaklee menjalankan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan tertinggi sebolehnya.

>>>Shaklee telah melaburkan lebih $250 juta dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan.

SHAKLEE VS UBAT
Selalu kita salah anggap ingatkan shaklee ni ubat. Tak sama. Sebab tu masa pregnant, saya memang tak sentuh ubat klinik. 9 bulan memang makan shaklee je. Sebab Shaklee bukan ubat. Supplemen Shaklee takde kesan sampingan, dijamin selamat lagi lagi bila ada Landmark Study. dan Shaklee jugak bukan ubat bila kita demam baru kita telan vitamin C. Shaklee bukan mengubati ye. Tapi mencegah supaya datang penyakit2 dan kalau datang penyakit sekali pun, cepat reda dengan izin Allah juga.

So tak perlu risau bila kita nak ambil supplemen lagi lagi Shaklee. Pilihan nombor satu dunia sekarang. Tapi apa yang kita perlu risau adalah DIET KITA sihat atau tak. Sebab kerosakan buah pinggang sebenarnya berpunca dari diri kita yang TAK JAGA PEMAKANAN bukan sebab makan shaklee. So ni 4 punca utama buah pinggang boleh rosak akibat dari sikap kita sendiri.

>> Tidak minum air yang cukup
>> Kuat makan makanan masin dan fastfood! (kita tak boleh ambil makanan yang mengandungi lebih dari 5g sodium/garam sehari!)
>> Suka tahan kencing
>> Minum manis berlebihan

Kita selalu risau dekat perkara yang tak sepatutnya kita risau. Contoh macam ni la, risau makan supplemen takut rosak buah pinggang. Tapi kita tak pernah risau dengan perkara yang sepatutnya kita risau contoh, pernah tak kita tanya cashier fastfood, "boleh ke makan French Fries? Tak rosak buah pinggang ke?" Tak pernah berlaku kot hehe

Kadang kadang kita selalu percaya benda yang tak betul dan menidakkan benda yang betul. Contoh, makan vitamin adalah sihat, tapi kita cuba menidakkan sebab lagi suka percaya bahawa makan mi segera dan fastfood adalah sihat dan tak mengapa. Kita selalu dengar berita, orang mati sebab kolestrol tinggi gara gara makanan. Tapi kita tak pernah dengar orang mati sebab makan Shaklee. Shaklee dah 100 tahun usia kot..:)

Jadi, jangan risau kalau korang pilih shaklee sebab ianya SELAMAT dan PALING SELAMAT!

#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma
#tss
#shakleeseremban

KENAPA KITA KENA MAKAN SAYUR BAYAM?

Tags

Pagi ni nak pergi kedai beli sayur bayam. Mama suka, irine pun suka. Sayur bayam banyakkk khasiat tau. Jadi uols yang tak suka makan sayur, sangat la rugi!


Kenapa kita kena makan sayur bayam?

✅BAYAM KAYA ASID FOLIK
Betul. Sayur bayam ada banyak kandungan asid folik. Selalunya orang perempuan akan start survey pasal asid folik bila awal awal kahwin hehe. Asid folik ni sebagai persediaan untuk wanita yang nak hamil. Kalau ibu mengandung, asid folik penting untuk melindungi bayinya dari cacat pada bagian sarafnya.

✅MAKAN BAYAM UNTUK TULANG LEBIH KUAT
Muda muda dah start sakit badan? Haa pergi makan bayam. Sebab bayam ni mengandungi kalsium dan magnesium tau! Bukan susu je ada kalsium. Bayam pun ada kalsium. Makan bayam boleh cegah osteoporosis! Dan paling best diaebabkan bayam ada vitamin K, dia akan bantu tulang utk penyerapan kalsium so tulang jadi kuat!

✅MAKAN BAYAM UNTUK JANTUNG
Sebagaimana diketahui, bayam juga sangat kaya akan antioksidan sehingga sangat baik untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada saluran arteri kerana kalau tersumbat di bahagian arteri, maka resiko terkena penyakit jantung sangat tinggi. Selain itu, bayam juga sangat bermanfaat untuk kawal tekanan darah.

✅IBU HAMIL BAGUS MAKAN BAYAM
Bayam mengandung zat folat dan vitamin A yang sangat bermanfaat untuk ibu yang sedang hamil. Makan sayur bayam, proses pembentukan paru-paru pada janin dan pembentukan sistem saraf yang lengkap akan berjalan dengan baik.

Korang bayangkan sayur bayam tu seikat tak sampai pun sepuluh ringgit tapi khasiat dia banyak kan?

Cuma sekarang kalau beli sayur zat mungkin dah kurang. Tanah sekarang tak sama dengan tanah dulu. Tanah dulu cukup nutrien, kurang chemical, sayur pun kene sembur pestisid utk kawalan serangga. Zat sayur bayam tu mungkin dah kurang.

"Beli sayur pelis basuh setiap helai sayur tu utk cuci semburan bahan kimia yang dok lekat dekat sayur tu"

Orang yang makan sayur bayam mungkin tak dapat seratus peratus kesemua khasiat yang kita cerita tadi. Tapi as long kita makan sayur dalam diet kite, ok la cuma kalau nak top up zat yang terkurang tu, boleh la consume supplemen. Tu la tujuan supplemen kan?

Orang yang langsung tak makan sayur? Adooi rugi rugi. Dah laπŸ™Š banyak lak bebel pasalsayur. Nak beli sayur, nak beli sayur..nak cari sayur, nak cari sayur

#tsunamishaklee
#tasktsunamiisma
#shakleeseremban
#amazingseventeen

FINANCIAL FREEDOM VS PAHALA FREEDOM

Tags

Financial Freedom vs Pahala Freedom 2017


❤️❤️Financial Freedom
Semua orang mahukan financial freedom bila usia semakin maningkat tahun ke tahun. Sama la. Untuk setahun akan datang, jika diizinkan Allah, first thing is saya nak BEBAS dari HUTANG dulu. Saya perlukan portion sebanyak RM300 sebulan dari BONUS SHAKLEE saya untuk selesaikan PTPTN so pada tarikh 12/11/2017 saya akan BEBAS dari HUTANG PTPTN.
.
.
❤️❤️Macam mana pulak dengan pahala freedom?
.
Bagi saya, pahala freedom adalah bila kita tak berkira kira lagi untuk gunakan duit untuk tujuan wakaf. Gunakan duit kita untuk bina surau ke, beli kelengkapan untuk kemudahan dalam masjid ke.

Kisah seorang sahabat Rasullullah,
(rasanya Abdul Rahman bin Auf tapi tak sure). Ada satu telaga di kota Madinah yang menjadi milik Yahudi,
semua penduduk kena beli air dari pemilik telaga tersebut.
.
.
Sahabat r.a membeli 1/3 bahagian telaga tersebut.
Pada hari tertentu, beliau boleh menjual air dari telaga tersebut. Penduduk Madinah membeli air hanya pada
hari Sahabat r.a tersebut berniaga. Tiada sales pada hari jualan Yahudi yang masih memiliki 2/3 telaga.
.
.
Disebabkan sales yang merosot, Si Yahudi menjual
2/3 harga telaga kepada Sahabat r.a tersebut. Sahabat r.a memiliki 100% kepentingan telaga.
.
.
Apa tindakan beliau ?
.
.
MeWAKAFkan telaga untuk digunakan secara
percuma untuk seluruh penduduk kota Madinah. Ladang pahala itu masih mengalir buat sahabat tersebut.
walau beliau sudah lama meninggal dunia.
.
.
Jadi best kan kalau saya dapat capai kedua dua antara financial freedom dan pahala freedom ni pada 2017 nanti. Insyallah. Bonus Shaklee kena manfaatkan sebaik baiknya.
"Apabila manusia itu berkehendakkan sesuatu.
Allah akan memberi jalan mudah".
.
#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#tss
#tasktsunamiisma
#shakleeseremban

PTPTN KEPERLUAN ATAU KEMAHUAN

Tags

PTPTN : keperluan atau kemahuan?



Seram tengok statistik graduan takde kerja sekarang makin ramai! Bayangkan bila menganggur, tanggung hutang PTPTN pulak.

Belum dapat kerja dah ada hutang

Syukur rasanya kalau student sekarang ELAK AMBIK PTPTN untuk sara kos pendidikan. Sebab tak semua orang 'tak mampu' bayar yuran. Kalau rasa taknak tanggung hutang, ELAK AMBIK PTPTN.

Sebab bila ambik PTPTN, duit tu bukan bayar untuk beli buku atau bayar yuran pun. Tetap jugak mintak mak abah kat kampung untuk bayar yuran. Lastly duit PTPTN tu buat untuk benda yang sia sia. Bila dah grad, keluar universiti bersama sama hutang.

Saya pernah terbaca sharing dari kawan saya yang STRUGGLE cari duit sendiri untuk bayar yuran dan kos kos lain macam beli buku dan sebagainya. Bila tanya, "kenapa kau tak ambik ptptn?" Dia jawab, "lepas keluar U nanti belum tentu ada dapat kerja cepat untuk bayar hutang"

Betul jugak cakap dia. Sebab student sekarang hafal nota, jawab exam, dapat 4flat lepas tu konfident dapat kerja 10k. Kerja yang tak de kaitan dengan background, tolak tepi. Cari Kerja nak memilih. Then what u expect?

So kawan saya ni memang jenis struggle buat biz sendiri semata mata untuk tampung kos perbelanjaan untuk pendidikan. Yang bestnya, bila dia grad, bila orang lain STRUGGLE CARI KERJA, dia dah ada satu landasan yang kukuh untuk dia survive. Biz makin grow. Dan harini berjaya dapat kerja lepas 4 TAHUN MENGANGGUR. Tapi fasa 4 tahun tu sikit pun tak jejaskan kehidupan dia. Berjaya ada kereta sendiri, ada pendapatan lain yang dia dah start sejak zaman universiti dulu.

Tabik spring dekat orang macam ni. Yang dah terlanjur buat pinjaman PTPTN tu, plis do something untuk buat bayaran semula. Maybe we can start bayar bulan bulan guna income dari biz. Same like me la. Saya akan ketepikan portion bonus shaklee untuk bayar PTPTN.

Well sebelum sign persetujuan untuk buat pinjaman, think twice. PTPTN adalah keperluan atau kemahuan?

#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma
#tss
#shakleeseremban

KEDAI ONLINE BAGUS UNTUK YANG NAK KURANGKAN KOS

Tags

Best tengok kedai kedai dekat Bangi Sentral ni. Tapi dengar dengar sewa dia nak naik, sampaikan ada satu dua butik terkenal pun dah tutup sebab tak mampu nak tanggung kos sewa kedai yang makin tinggi.

Dulu apa yang saya belajar dekat sekolah, antara kos kos yang kena tanggung oleh orang yang nak berniaga, adalah kos PEKERJA dan KOS SEWA KEDAI. Haha masa tu takde online biz macam sekarang. So siapa yang berniaga zaman tu, modal kena paras kening ek.. kalau modal paras lutut lupa kan ajo nak meniaga,

Tapi alhamdulillah harini saya biznes tak keluarlangsung modal untuk KOS PEKERJA dan KOS SEWA KEDAI sebab kedua dua kos tu memang tak wujud dalam bisnes Shaklee. Saya la bos dan saya la pekerja. Kedai pun tak payah sebab Shaklee menggerakkan perniagaan mereka melalaui Shaklee Independent Distributor sahaja. Pengedar tak perlu bukak kedai untuk berniaga Shaklee. ZERO MODAL!

So saya ambik ni sebagai peluang untuk buat biz betul betul. Siapa taknak kan kalau ZERO MODAL dan tak perlu sewa kedai? Semuanya online je. Jadi saya nak kongsikan dengan korang KEDAI ONLINE saya. Hari hari kena update je. Bukan bukak shutter kedai pun hehe

1. BLOG - http://buff.ly/2gD4L2o
Saya gunakan medium blog untuk luaskan perniagaan saya. Sebab saya percaya, korang kalau tak tahu satu satu benda, atau nak cari sesuatu penyelesaian, korang mesti google kan? heh heh. Jadi saya gunakan BLOG sebagai kedai online saya so that bila orang google "Cara kawal kolestrol" harapnya jumpa la blog saya huhu

2. FANPAGE - AlmariCantik
Fanpage ni kedai saya dekat Facebook yang saya linkkan dari akaun Instagram saya. Dalam ni saya akan update tentang produk shaklee so siapa yang nak beli shaklee, cari dalam AlmariCantik ye.


3. INSTAGRAM - @AlmariCantikByIsma
Untuk pengguna IG, yang nak shopping, boleh jugak jenguk kedai saya yang satu lagi ni. Saya akan update setiap setengah jam dengan info info produk dan promosi terkini. Insyallah walaupun masih baru, tapi SALES banyak dari IG. Rata rata call terus mintak Cash On Delivery.

Ni la 3 kedai online yang saya handle setiap hari. Tak susah pun. Tak perlu bayar sewa kedai, semuanya free signup! Bukan susah pun nak meniaga sekarang. Nak atau taknak je. Kalau dulu boleh la bagi alasan taknak meniaga sebab modal takde. Tapi harini kalau nak bagi alasan takut meniaga sebab ada anak kecik, tak sempat, bizi, tak tahu, takut tak boleh buat, alahaiiii...malu makkk nak dengar alasan tu.

Ok semua. Nak meniaga harini la masanya. Jangan tunggu perfect time untuk mula, tapi mula kan aje supaya lama lama akan jadi perfect!

#tsunamishaklee
#tss
#amazingseventeen
#shakleeseremban
#tasktsunamiisma

SAMSUNG VS IPHONE

Tags


Sekarang ni, budak sekolah pun pakai smartphone. Ini kan pulak kita yang buat biz online ni. Dulu masa guna Samsung, masalah utama bila buat biz online adalah "SATU HARI 10 KALI CAJ!" Asyik asyik batery low. Bila buat biz ni, memang masa kita hampir 80% pegang smartphone. So salah satu sebab saya bertukar dari Samsung ke Iphone adalah sebab batery tak tahan lama. Tak sure la orang lain menghadapi masalah yang sama atau tak.


Saya pengguna Note 4 dulu. Seriusly kamera memang cantik lagi lagi kamera depan. cuma tu la. Batery tak tahan lama. Huhu. So saya tukar Iphone. Masa nak beli tu, tak terpikir nak demand yang canggih2 pun. Asalkan bukan Samsung. Huhu. So decide ambik Iphone SE je. So far, memang berbeza la bila dah jadi pengguna ipong ni. Memang terasa kelainan dia terutama dari segi penggunaan batery. Bayangkan, guna sama je, tapi caj cuma SEKALI SEHARI je. Bahagia gila.
.
.
Tak payah bergantung pada power bank dah. Lepas tu dah tak kerap hang macam pakai Samsung sebelum ni. Cuma yela, dari segi kamera, rasanya Note 4 lagi best kot. hehe. Apa pun, saya tak kisah sebenarnya nak pakai apa apa fon yang penting, batery kena tahan lama, tak kerap hang, sebab bila buat biz online, memang banyak guna fon. Banyak apps kita nak download untuk kendalikan biz kita. So fon yang tahan lasak, tahan batery, memang ciri ciri fon yang saya cari.
.
.
So bye bye Note 4. Saya tetap sayang awak. Tak trade in pun. Ada je kat rumah ni bagi kat Irine suh belajar ABC. huhu. Walaupun Note 4 pernah menyusahkan hidup saya caj banyak kali sehari, tapi dia tetap berjasa bagi gambar cantik2 untuk saya hasilkan poster shaklee yang kebabom! Kalau nak pergi mana mana vacation, saya akan bawak Note 4 untuk tujuan SELFIE sebab kamera depan dia power. heh. heh.
.
.
Ehh korang ada pengalaman pakai fon yang best best? meh la review sini. :)

#tsunamishaklee
#tss
#amazingseventeen
#shakleeseremban
#tasktsunamiisma

CARA PENIAGA ONLINE BUAT REKOD TRANSAKSI PERNIAGAAN

Tags

Sebagai seorang peniaga, mesti ada cara tersendiri untuk simpan segala rekod pembelian, duit keluar masuk, rekod customer dan sebagainya. Di SOHO saya yang kecik ni, saya memang simpan banyak data data macam ni. Selain simpan segala database ni dalam laptop, saya jugak mula buat proper filing supaya lebih teratur dan kemas.


..
..
DEBIT CREDIT
Saya percaya untuk jadi peniaga yang berjaya, mesti dimulakan dengan pengurusan kewangan yang baik dan cekap. Saya taknak bersusah payah menjalankan perniagaan tapi tak nampak hasil keuntungan tu di mana perginya..Jadi Di SOHO, saya ada rekod berkenaan duit keluar masuk, iaitu buku log DEBIT CREDIT, di mana saya akan rekodkan segala perbelanjaan berkenaan biznes. Bila saya beli stok, saya akan rekod duit keluar. Bila customer beli barang, saya akan rekod sebagai duit masuk. Dan hujung bulan saya akan buat satu akaun ringkas untuk kenalpasti berapa keuntungan kasar dan keuntungan bersih saya. (perghhh memang budak akaun sangat!)


REKOD CUSTOMER
Untuk menjadi penjual yang baik juga, kena ada buku rekod customer. Dalam buku tersebut, saya akan listkan nama, dia beli apa, untuk tujuan apa, apa feedback dia. Supaya mudah untuk saya FOLLOW UP customer saya. So takde la semata jual barang dan let them go. Its a BIG NO! Dalam biz terutama Shaklee, adalah penting untuk saya simpan rekod customer supaya saya dapat pastikan pembelian barang yang mereka buat berbaloi dengan setiap sen yang mereka keluarkan. Niceeee

REKOD PEMBELIAN
Dalam Shaklee, setiap kali saya order stok, Shaklee akan update dalam History Shopping. Jadi mudah untuk saya semak segala rekod pembelian saya dalam bulan tersebut. Jumlah rekod pembelian tu la yang akan saya catit dalam buku Debit Credit saya. Haaa..Finance sangat akak korang ni kan hehe


TRACKING NUMBER
So saya jugak ada folder berasingan untuk simpan FLYERS dan rekod TRACKING NUMBER. Sebut pasal tracking number memang kadang kadang boleh jadi gadoh dengan husband haha. Gadoh manja jela kan..Sebab husband memang tukang pos, so jenuh nak ingatkan dia untuk filingkan slip pos tu dalam fail. Kikikiki
..
..
So buat masa ni, saya cuma mampu rekod ni jela untuk biznes saya. Tak la perfect tapi alhamdulillah rekod macam ni memudahkan saya untuk buat biznes. Kerana saya percaya, mereka yang serius untuk dapatkan SIDE INCOME dari biz, mestilah juga SERIUS untuk ada kan benda benda ni semua.
.
.
Bagi saya, REKOD KEWANGAN dan REKOD CUSTOMER adalah yang paling penting bagi mereka yang SERIUS untuk berbiznes. Kalau tak mampu untuk buat proper filing pun, buku 555 pun bolehhh bahh! Asalkan rekod! Tu yang saya selalu ingatkan anak anak buah Shaklee saya. Tak sempurna tak apa, asalkan ‘jalan’ sahaja dulu.

#tsunamishaklee
#tss
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma

PENGALAMAN MUSIM HUJAN..terima kasih abah

Tags

Musim hujan sekarang ni buat saya teringat satu pengalaman yang tak boleh lupa sampai harini.
.
.
Masa zaman sekolah. Pagi tu ada subjek Pendidikan Jasmani. Cikgu PJK masa tu memang antara cikgu yang garang dan laser. Jadi siapa yang tak bawak baju PJK memang takut dibuatnya. Perasaan takut tu sikit lagi nak menyamai rasa takut nak ke tali gantung hehe
.
.
Jadi haritu, saya lupa bawak baju PJK. Terus pergi kantin sekolah, guna public yang kejap ok kejap rosak tu, call mak. Mak kata kereta takde sebab masuk bengkel. Tapi disebabkan takut sangat kena marah ngn cikgu, nangis nangis gak mintak siapa siapa hantarkan baju pjk.
.
.
Last last abah datang sekolah. Jalan kaki dalam hujan hantar baju PJK. Terharu pulak rasa. Sobs sobs. Tu la pengorbanan abah untuk anak dia masa zaman sekolah dulu. Sanggup jalan kaki dari rumah ke sekolah dalam 5km tu, dalam keadaan hujan lebat semata hantarkan baju PJK.

Terima kasih abah
❤️❤️❤️❤️

#tsunamishaklee
#tasktsunamiisma
#tss
#shakleeseremban
#amazingseventeen