SET SHAKLEE YANG PALING SAYA SUKA

Dalam banyak banyak set shaklee, set kulit antara set yang paling saya suka!


Dalam set ni ada
✅vitamin C sustained released
✅pencuci muka Deep Foaming Cleanser Nutriwhite

Ceritanya macam ni, dulu kulit ni jenis banyak jerawat, so mesti la ada luka jerawat n parut kan..kusam pun ye gak. Masalah yang paling kerap saya hadap adalah bila nak pakai bedak. Bedak akan sangkut sangkut n bercapuk dekat bekas jerawat. Horror hehe

So saya suka set ni sebab dia combine penjagaan luar dan dalam.

❤️Penjagaan dalaman kulit❤️
Saya suka vitamin C shaklee. Nak telan buah oren 7 biji sehari macam tak logik kan? So kita telan vitamin c je setiap hari.

🌸Penjagaan kulit luaran🌸
Bab pencuci muka memang tak nak cuba yang lain dah. Jatuh cinta sangat sangat dengan nutriwhite sebab tahan lama dan SELAMAT. Takde merkuri takde paraben dan takde alkohol

Walaupun tak cantik macam neelopa, tapi kulit sihat ok la kan? Sekurangnya sekarang nak pakai bedak pun rata je tak bercapuk lagi hehehe. Jerawat TAKDE taktau pasaaiiipaaa 😁

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeseremban
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma

SAYA NAK BAGI VITAMIN SIAPA NAK?

Tags

Kalaulah saya diberi peluang untuk beri setiap keluarga di Malaysia ni satu jenis produk shaklee, tahu tak saya nak bagi apa?


.
Saya akan bagi Vitalea. Ini kerana pada saya Vitalea membekalkan ke semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Jika ada yang kata multivitamin tak penting , itu pendapat yang silap. Vitalea membantu semua sel mendapat semua vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan. Dan tahukah kita Vitalea adalah supplemen yang berumur 100 tahun! Lamanya Vitalea wujud kat muka bumi ni.
.
.
Pernah lalui keletihan melampau? Rambut sentiasa gugur? Kuku penuh dengan bunga putih ? Tahukah kita badan dah bagi signal perlukan multivitamin? Even orang diabetes sendiri merasakan perbezaan dengan mengambil Vitalea Shaklee. Ia untuk mereka yang nak sihat!

Jadi untuk pastikan keluarga kita sihat, semua bermula dari pemakanan yang sihat. Ambillah Vitalea yang berusia 100 tahun ni walaupun kita sedang sihat. Kerana pengambilan multivitamin sangat penting ibarat memakai tali pinggang ketika memandu. Sediakan payung sebelum hujan ye! Jangan dah sakit baru makan supplemen. :)

Pesanan ikhlas untuk semua keluarga sihat di Malaysia!
#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma

ORANG BERJAYA KERANA ATTITUDE

Tags

"Orang berjaya kerana ATTITUDE. Kegagalan juga kerana ATTITUDE"

Berpegang pada kata kata ni, paksa diri jugak untuk TIDAK MALAS dan ISTIQAMAH. Buat biz dengan keadaan ada anak kecik, sebenarnya bukan la suatu perkara yang mudah. Pergi kerja gelap, balik kerja pun dah gelap. Balik kerja bukan makan luar pun, selalunya masak, lepas tu transform jadi housewife mandikan anak, bagi makan, layan kerenah dia. Sedar sedar dah pukul 10 malam, baju kerja pun nak kena gosok pulak untuk pakai esok. Masa untuk biz sangat LIMITED.

Dah tengah malam, tengok pulak bantal dengan selimut dah memanggil manggil. Kalau tak kuat, memang tak jalan la biz. Dulu masa belum kenal biz Shaklee, masa memang banyak habis dekat TV la, mengopi tengah malam la, tak pun tidur awal. Tapi lepas buat biz Shaklee, rasa macam sayang je nak bazirkan masa. Padahal banyak lagi aktiviti berfaedah boleh buat.

So terus masuk SOHO dekat bilik belakang, bukak laptop, buat SCHEDULE POST. Sharing tentang produk, update blog, instagram. Semua ni kedai shaklee saya. Jap saya refresh sini mana yang belum tau ek..hehe

Kedai dekat Blog : Http:buff.ly/2g9pN8K
Kedai dekat Fanpage : AlmariCantik
Kedai dekat Instagram : AlmariCantikByIsma

Kita ada 3 cawangan kedai tau! hehe. Tiga tiga ni kena update hari hari untuk customer.

Kalau saya MALAS dan TIDAK KONSISTEN, maka saya juga tempah tiket untuk gagal. Bukan gagal dalam biz je tapi juga dalam kehidupan dan kerjaya sebab dah biasa melatih diri dengan attitude orang gagal. Taknak taknak... So nak berjaya, kena ubah attitude. Nak berjaya juga kena rapat dengan orang yang baik attitudenya. Dekat dengan orang yang positif! Pasti berjaya!

#tsunamishaklee
#liveamazing
#amazingseventeen
#shakleeseremban
#tasktsunamishaklee

BILA SEKOLAH DAH START CUTI..

Tags

Bila sekolah dah start cuti..

Irine belum sekolah lagi. Bagi dia hari hari pun cuti. Tapi soalan feveret dia akan tanya mama dia bila dia bangun tidur adalah "mama cuti?" "Tak, mama kerja" tapi kalau hari Sabtu Ahad, dia tanya "mama cuti?" "Yaaa mama cuti harini"

Punya la dia akan riang melompat seronok kalau mama cuti. Hari hari cuti tak dapat nakkk oiii.

Kalau hari cuti, selalunya kalau tak keluar, memang duduk rumah tunggu sepupu irine datang. Irine ni suka berkawan. So biar la dia spend masa dia dengan sepupu dia yang sorang ni.

Hahaha bosan ke hari cuti irine ni? Tak tau la. Tapi apa pun bagi irine, kalau mama dia cuti, tak pergi mana mana pun takpe asalkan mama dia ada depan mata.

Yela mama dia ni memang teman gaduh dia je huhu.

#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#shakleeseremban
#tasktsunamiisma

MACAM MANA URUS BIZ DAN KERJA?

Tags

Macam mana nak urus masa biz dan kerja?

Soalan feveret yang ramai tanya sejak 3 tahun buat biz shaklee. Sebelum ni kalau time lunch memang banyak habiskan masa untuk schedule post, follow up customer, guide anak biz. Lepas tu sambung buat dekat rumah. Masa tu duduk rumah mak so time tu memang bila bila masa boleh online.

Tapi rutin berubah bila pindah rumah baru. LINE TAKDE! So bila line fon dan internet takde langsung dekat kawasan rumah tu, takkan nak stop biz pulak kan?

Jadi apa yang sayabuat untuk manage masa antara biz dan kerja adalah, SCHEDULE POST!


Setiap hari sabtu dan Ahad, saya akan schedule update dkt facebook, instagram dan blog untuk seminggu punya stok. Sibuk camne pun kena sharing. So dari isnin sampai jumaat, dah boleh fokus aktiviti lain. Tak ganggu waktu kerja jugak yang paling penting.

Alhamdulillah. Banyak sebenarnya benda yang saya belajar untuk manage masa ni. Semua kena cepat. Balik kerja je, bersilat masak, mandikan anak, cuci sangkar kucing, spend masa untuk anak, anak dah tidur baru kita buat biz

Semua kena pantas!
Susah?
Tak. Senang bila dah biasa buat


Setiap manusia dikurniakan 24 jam dalam sehari.

Hanya yang betul-betul mengenali masa dengan baik akan merasakan waktu yang diberikan cukup bermakna untuk melakukan kebaikkan dan kebajikan, selebihnya akan merintih dan seringkali mengeluh kerana kesempitan waktu.

Sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai apabila sesorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun.” (Hadis riwayat Abu Daud)

#tsunamishaklee
#liveamazing
#amazingseventeen
#tasktsunamiisma

PENGALAMAN DEAL DENGAN CUSTOMER PERTAMA..

Tags


"Babe, haritu kau ada cerita, kau tak jumpa solution untuk masalah parut jerawat kau tu kan?"
Dia jawab, "aah, geram la, sedih tengok kulit makin teruk parut jerawat yang gila huduh ni, hitam hitam kot..!"
.
.
"Aku tengah guna Vitamin E shaklee sekarang, so far serasi untuk masalah parut. Kau try la mana tau berkesan untuk kau"
.
.
Hehehe. tu antara dialog saya dengan customer pertama 3 tahun lepas. Masa tu, sumpah tak berani sangat nak jual vitamin kat orang sebab masa tu zero knowledge. Tapi bila teringat balik masalah member yang banyak parut jerawat sampai malu nak berdepan dengan orang ramai, dan low confidence tu, buat saya rasa terpanggil pulak nak personal wasap dia suruh try Vitamin E.
.
.
SHARE APA YANG KITA MAKAN, KITA RASA DAN KITA ALAMI
So permulaan biz saya masa tu adalah share apa yang saya makan dengan kawan yang ada masalah yang sama dengan saya. sangat best sebab bila dia tanya tentang vitamin tu, saya boleh jawab berdasarkan pengalaman saya yang turut sama makan vitamin tu. Dia tanya, ok ke makan vitamin E, berapa hari boleh nampak perubahan, so semua tu saya jawab berdasarkan pengalaman sendiri. Lebih mudah dan nampak sangat jujur dari hati hehehe.
.
.
Akhirnya dapat close deal dengan customer a.k.a kawan yang nak solution kepada masalah parut dia tu. Tu la customer pertama saya. hehehe. Syukur walaupun minggu tu dapat jual sebotol vitamin E je, tapi sebenarnya, dalam bulan yang sama, saya dapat jual 4 botol Vitamin E!
.
.
MORALNYA..

Jangan pernah rasa takut untuk mencuba. Kalau kita mencuba sekurang kurangnya ada dua kemungkinan sama ada dia beli atau tak. Tapi kalau kita tak cuba langsung, memang tak laa dia nak beli. Dan sejak saya dapat jual 4 botol Vitamin E tu, saya rasa seronok sebab dapat tolong kawan atasi masalah parut dia. Saya belajar macam mana nak follow up customer saya. So biz shaklee, bukan ajar saya untuk dapat untung runcit dan kejar bonus semata mata tapi sebenarnya dapat bagi kepuasan bila kita berani untuk share kebaikan produk dengan orang yang ada masalah pada kesihatan mereka. :)
.
.
#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#amazingseventeen
#shakleeseremban

IsMa Lyeza
Hidher Yusof
Shaklee Distributor
IG @almaricantikbyisma

HOTEL LANGKAWI RATE 3RIBU SATU MALAM

Tags


Tumpang happy tengok kawan kawan seperjuangan berpeluang ke National Trip Shaklee baru baru ni ke Pulau Langkawi. 3 hari 2 malam siap checkin dekat The Westin Langkawi Resort.


Berapa rate satu malam?


Kalau tengok rate asal dalam RM3172 satu malam. Best kan? Shaklee kalau buat trip free dia tak pilih hotel murah murah. Lepas tu bukan shaklee sponsor hotel je, tapi siap bagi duit belanja lg untuk shopping


Apa pun, best gila stay kat hotel ni. Insyallah tahun depan shaklee offer naik cruise krabi - phuket! Jejomssss!

#tsunamishaklee
#liveamazing
#amazingseventeen
#shakleeseremban
#taskshakleeisma

SIAPA MAK SHAKLEE SAYA

Tags

Lepas beberapa tahun berlalu, last jumpa masa buat diploma dekat UiTM Melaka batch 2004, terus tak jumpa sampaiiii dia daftarkan saya sebagai distributor Shaklee. Hehe. Zana Adieyza merupakan mak shaklee saya yang tolong saya daftar sebagai ahli. Dulu zaman univerisiti, duduk bilik depan depan je. Mandi pun dekat toilet yang sama! Baca Yasin pun dekat level asrama yang sama! Sekarang dia la upline shaklee saya. hehe
Lepas beberapa tahun tak jumpa, bila dah daftar jadi ahli bawah dia, kitorang jumpa kat Alamanda. Haha. Malu pulak rasa bila dah lama tak jumpa. Alhamdulillah sebab mak shaklee duduk area Putrajaya. Kita pulak kerja dekat bangi, dan duduk Seremban. Dekat je. Pernah je saya ambik stok dari dia kalau tak berpeluang nak order online. Pernah jugak saya datang rumah dia belajar buat blog sama sama. Pernah jugak dia datang rumah saya masa Hari Raya.


.
Shaklee menghubungkan balik hubungan yang lama terpisah. Cewah. Dan Shaklee jugak yang menemukan kitorang jadi anak beranak shaklee. Sekarang walaupun dah jarang jumpa, saya tetap ada dalam support group My Miracle Club, kitorang berhubung dalam wasap je. Tak jadi masalah pun. Bagi saya, kalau mak shaklee jauh ke dekat ke, jumpa ke tak ke, biz ni tetap akan wujudkan satu semangat dan ikatan kekeluargaan. Kitorang support each other la bak kata orang.

Moment paling best bila mak dengan anak sama sama naik pentas National Conference tahun 2014 dulu. Yela nak naik pentas sama sama ambik ijazah tak dapat sebab lain lain course kan. So naik la pentas Shaklee sama sama. Sweet kan kami? hehehe

#tsunamishaklee
#amazingseventeen
#liveamazing
#shakleeseremban

SEDAPNYA RASA MACAM SUSU PEDIASURE!

Tags

Haritu ada orang tegur pipi irine dah naik balik. Yela lepas dia masuk wad aritu, memang susut dan takde selera makan. Risau betul tengok. Sebab dah biasa satu hari wajib makan nasi 2 kali. Susu 4 5 botol sehari

So bila selera makan hilang, badan mula susut. Tak boleh jadi ni, terus klik klik dekat website shaklee order mealshake ni. Bagitahu suami, lepas ni bancuh susu kena tambah satu scope mealshake. So klu satu hari 4 kali minum susu, 4scope mealshake la masuk perut hehe


Lagi best bila irine bertambah suka minum susu yang dah dibancuh mealshake. Rasa macam pediasure! Vanila gitu

Alhamdulillah harini berat badan dah naik. Selera makan bertambah. Main kucing pun rileks je tak alahan ke apa ke..

mealshake ni bagus untuk :

✅naikkan antibodi
✅ naikkan selera makan
✅ kurang risiko demam dan selesema
✅ bagi elak sembelit
✅alternatif untuk kanak kanak yang cerewet makan


Minum mealshake serupa makan nasi 10 jenis lauk

Hehehe

IsMa Lyeza
Hidher Yusof
0126716961

SUPPLEMEN UNTUK YANG TERSAYANG

SUPPLEMEN UNTUK YANG TERSAYANG...

.
.
😀Untuk suami.
Husband jenis kerja yang perlukan banyakkk tenaga. Kadang kadang balik kerja, dah kena jadi househusband pulak. Ehh kena...hehehe. Mana boleh isteri balik kerja je kena bertukar jadi housewife, suami pun kena bertukar jugak! So kami dah share tugas memasing. Sorang masak, sorang kemas dapur. Sorang kemas rumah, sorang lipat kain. So boleh imagine tak kadang kadang kitorang memang penat. Dah la bininya ni travel kerja Bangi Seremban hari hari.
.
.


Macam saya, memang saya amalkan Vitalea, ESP, dengan Ostematrix KHAS UNTUK HILANGKAN PENAT dan BOOST TENAGA. Dan sudah pastinya, saya akan belanja suami jugak untuk consume vitamin yang sama macam saya. Saya tak kata, makan vitamin badan terus jadi kebal, tapi dengan asbab vitamin ni, kami kurang rasa penat dan letih, dan kat tempat kerja pun insyallah bertenaga sepanjang hari. Kalau skip vitamin, alamatnya memang tumbang memasing.

.
.
😍Untuk mak..
Mak pulak jenis yang lenguh lenguh badan dan sakit sendi dan otot. Biasa lah bagi golongan warga emas umur 60an ni memang tu serangan utama mereka. So saya hadiahkan mak, Ostematrix, pil kalsium yang boleh bantu hilangkan lenguh badan dan sakit lutut. Hari hari memang akan follow up tanya, "mak makan tak oste harini?" hehe.

Mak memang suka makan Oste sebab kata dia, banyak bantu badan tu rasa sedap dan bertenaga, hilang sikit lenguh badan. So mak walaupun dah 60an, masih kuat dan bertenaga!

Alhamdulillah. Masuk ahli, bukan je aim untuk biz semata, tapi sebenarnya, enjoy dapat beli macam macam vitamin untuk yang tersayang. Saya yakin, korang pun mesti nak yang tersayang sihat kan?

#tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#shakleeseremban
#amazingseventeen

PERLINDUNGAN MUSIM HUJAN SUPAYA BADAN SIHAT

Lately hari hari hujan. Sejuk je. Tidur malam pun rasa macam menggigil. Memang berselubung lepas tu pakaikan Irine baju yang tebal tebal sikit. Sebab tengah malam memang dingin lagi lagi kalau malam tu hujan.
Bila musim hujan, mula la dengar sana sini orang demam, kanak kanak selesema, bersin tak sudah sudah. Macam saya sendiri, walaupun tak demam, tak selesema, tak batuk, saya memang pastikan satu family ambik PROTECTION!

Setiap hari untuk imun, saya akan ambil VITAMIN C dan Nutriferon. Pagi, tegahari dan malam. Macam Irine pulak, biasalah dia dengan susu campur mealshakenya tu..huhu.

Jangan tunggu sakit baru nak cari supplement.. Make sure amek siap2 supplement untuk tingkatkan imun supaya badan tak mudah terkena penyakit.
Bak kata pepatah mat salleh, PREVENTION IS BETTER THEN CURE.. Oh ya, promo NUTRIFERON pun bakal berakhir ESOK tau!
Supplement yang sangat terbaik untuk tingkatkan imun system.. Even dah demam pun amek dia InshaAllah cepat elok demamnya tu so tak payah ambik paracetamol!
#tsunamishaklee
#liveamazing
#amazingseventeen
#shakleeseremban
IsMa Lyeza
Hidher Yusof
0126716961

APA ITU PARABEN DALAM KOSMETIK

Tags

Jom tengok bahan pada lotion korang. Ada tak paraben? Saya dah jumpa satu, terus taknak beli. Huhu

Parabens adalah bahan kimia yang digunakan sebagai pengawet. Ia digunakan untuk melawan bakteria dan kulat. Hampir semua parabens yang digunakan sebagai bahan pengawet adakah buatan manusia dan bukan dari sumber semulajadi. PARABENS boleh diserap melalui sistem kulit, darah dan penghadaman.
.
.
Paraben boleh ditemui sebagai methylparaben, ethylparaben,propylparaben, butyparaben,isopropylparaben,yang terdapat dalam alat solek/ kosmetik.
.
.
BAHAYA PARABEN

1)Paraben ni menyerupai hormone dan ia boleh menggangu fungsi sistem endocrine . Ia boleh menyebabkan kerosakan kepada sistem badan seperti tiroid, ovari, hypothalamus dan juga sistem peranakkan lelaki

2) Penghasilan estrogen yang tidak normal akan meransang kanser payudara. Penyerapan paraben boleh mengalakkan penghasilan estrogen yang tidak normal. Ini boleh dijadikan alasan yang cukup besar untuk anda menjauhi produk yang mengandungi paraben

SUAMI TERKEJUT BERUK TENGOK MUKA BINI DIA WARNA MERAH

Throwback balik macam mana husband terkejut beruk tengok muka aku yang merah bak disimbah darah...
.
.
Ok vivix is one of the supplemen yang paling saya suka untuk buat masker. Orang kata, nak pakai masker ke bedak sejuk ke, jangan pakai masa suami ada. Nanti terus terkejut buat spoil mood nak mesra mesra hahaha. Tapi abaikan. Sebab nak cantik punya pasal, malam tu try la pakai masker vivix. Ohh ye vivix selain untuk minum, dia boleh buat masker jugak. So merah menyala wajah daku malam tu. huhuhu.
.
.
Jawabnya memang husband terkejut beruk jap tengok muka macam disimbah cat merah. haha. Ala bukan pakai lama pun, dalam 1 ke 2 jam sambil layan drama tu, sebelum tidur cuci la bersih bersih.
.
.
Oh ye kenapa bagus pakai masker vivix?
.
.
Vivix mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel.
.
.
So selain untuk diminum, vivix ni bagus dibuat masker sebelum tidur. Kulit tegang licin je nanti jerawat pun malu nak timbul. Tapi mana yang dah bersuami tu, make sure la kalau pakai masker vivix, korang jangan sergah dia pulak kang ada yang sakit jantung nanti. hehe.

Ini lah product feveret saya kalau nak awet muda. eh umur saya dah 30 nak masuk 31 okay...ada macam belasan tahun tak? kekekekeke

#tsunamishaklee
#AmazingSevenTeen
#shakleeeffect
#shakleeseremban

IsMa Lyeza | #0126716961

HATI HATI MEMILIH PRODUK SKINCARE

Dulu kalau beli produk skincare main hentam kromo je asal packaging cantik je terus beli..sekarang?


Sekarang tak lagi. Lepas kenal Shaklee, sentiasa hati hati sebelum pilih sesuatu produk lagi lagi skincare. Kalau boleh nak check belakang botol tu dan pastikan tak ada :

TIADA Bahan Tiruan
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida

Sebab tu kalau melibatkan skincare, saya guna Nutriwhite Shaklee sebab dia takde semua bahan terlarang yang saya sebut tu.
Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk mereka Always Safe.

Mana taknya Shaklee dah melaburkan lebih $250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.Nak lagi best, Shaklee dah menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan setiap tahun.

Contoh macam Deep Foaming Cleanser Nutriwhite yang saya tengah guna sekarang, Saklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk tu. Saya memang taknak cuba produk skincare lain tak kira la dia femes ke apa ke, sebab ni ikhtiar saya untuk ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan selamat kerana produk shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat dalam produk pesaing.

So kalau dulu mudah sangat tertarik dan terpengaruh dengan iklan iklan kunyah kunyah terus cantik, hisap hisap terus putih, sekarang sorry la. Sebab saya percaya, dalam dunia ni, takde jalan pintas nak cantik. Biar lambat asal selamat.

 #tsunamishaklee
#liveamazing
#shakleeeffect
#landmarkstudy

IsMa Lyeza
#shakleeseremban
0126716961