PASANG AZAM 2016

Tags
Assalamualaikum

Lagi beberapa jam nak masuk tahun baru! Selamat tinggal la tahun 2015. Korang dah capai ke belum azam tahun 2015? Kalau belum, kena la cuba capai tahun 2016 pulak. Kalau tak capai gak, cuba la capai tahun 2017. Dan macam tu la seterusnya. Kena la ada azam dan kena la usaha nak capai azam tu kan. Baru la kita boleh improve diri kita dengan lebih baik dari sebelumnya. chewah. 


Tahun 2015 banyak bagi seribu kemanisan buat aku. Alhamdulillah sangat sangat. Antaranya, aku dapat beli rumah sendiri dekat Senawang, projek Sri Pajam (pernah cerita dekat entry ni), dapat menang AWARD BEST SITE kategory FINANCE dalam company serta merta mengharumkan nama aku jugak yang pegang jawatan tu, dan berjaya naik rank kepada Senior Supervisor dalam business shaklee. Yang paling utama tiga benda ni la. Mungkin pada orang lain, takde apa sangat pun, tapi bagi aku, nak capai tiga benda alah ni cukup susah. Huhuhu. 



Dapat saguhati sempena naik rank dalam Shaklee dari Master Hadha :)

Dapat bergambar dengan Master Hj Roslan :)

So apa azam tahun 2016 nanti ek? 


Setakat ni rasa macam dah ramai je yang tanya bila Irine nak dapat adik baru. Biasalah, kalau dah kawin, orang akan tanya bila nak dapat anak. Bila dah kuar sorang, orang akan tanya bila nak kuar lagi sorang? Macam tu la seterusnya. Apa pun, masih belum rezeki lagi nak menampah sorang lagi. Mungkin boleh la masuk dalam senarai azaman tahun 2016. Chaiyok hubby! eh? 

Nak jadi lebih sihat dan lebih muda. Since aku ni memang pengguna tegar Shaklee dan penjualnya sekali, tahun ni aku plan untuk try semula set untuk ringankan berat badan dan bina balik kolagen untuk kulit awet muda. Dua benda tu jela nak fokus. Yela sekarang aku rasa makan tak jaga langsung. Adui..Berat pun macam dah naik je. 

Nak naikkan prestasi kerja. Kalau sebelum ni, kerja banyak tertangguh sebab tak cukup tangan nak handle, tahun ni insyallah bila bos dah janji nak bagi sorang assistance, insyallah kerja akan lebih tersusun dan sistematik. Boleh la pulun award lain pulak dan maintain pegang award BEST SITE OF THE YEAR kategory FINANCE lagi. hehehe 

Azam lain, nak naik RANK COORDINATOR, pegang bonus bulanan RM5000 ke atas, nak buktikan yang pekerja macam aku, pun boleh berjaya buat side income lepas waktu kerja. Tak mustahil kalau aku pandai manage masa. Kena la berkorban lebih sikit. Tak boleh nak rilex tiap masa. 

Dan akhir sekali.. Kuatkan semangat dan bina azam baru..Tinggalkan kisah lama yang penuh berduka semua tu.. Semoga tahun baru dipenuhi dengan hikmah disebalik dugaan.. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016!

BELIEVE IN YOUR SELF, and you are half way there! 

CARA KAWAL NAFSU MAKAN BAGI PASANGAN YANG BARU BERKAHWIN

Assalamualaikum

First thing is, aku tak tahu kenapa tajuk aku difokuskan kepada pasangan yang baru berkahwin. Adakah orang baru kahwin je yang tak reti kawal nafsu makan? Dan pelbagai nafsu lain yang ada? Haha. Ok ini betul berdasarkan pengalaman aku. Tapi korang korang aku tak tahu la kan. Macam aku dulu, masa baru kahwin, you know what, nafsu makan sangat dasyat! Sampai kan aku rasa omg apa dah terjadi pada diriku ini..haha. 

KENAPA PASANGAN BARU BERKAHWIN SUSAH KAWAL NAFSU MAKAN?
1. Sebab sebelum kahwin, kau diet gila gila semua makan kau pantang, takot gemuk tak muat baju pengantin, takut naik jerawat, bla bla..so bila dah kahwin, terus rasa membuak buak nak makan semua benda yang ada depan mata. huh

2. Sebab sebelum kahwin, kalau pasangan ajak makan, bajet kontrol. kontrol cun, konon taknak la menampakkan yang diri tu kuat makan dan pelahap. haha. Makan chicken wing pun pakai sudu garfu. Apa kes? Lepas kawin, haa sepuloh jari kongkang ayam. 

3. Sebab sebelum kahwin, tak seronok macam lepas kahwin. Lepas kawin, kau seronok, bahagia, ampai kau lupa nak kawal nafsu makan. Eh? 

Oklah tu secara logik akal la sebab sebab kenapa pasangan baru kahwin kena belajar cara kawal nafsu makan. Jadi ada beberapa tips untuk korang yang baru kahwin, untuk kawal nafsu makan. 

TIPS KAWAL SELERA MAKAN


SUPPLEMEN BOLEH BANTU KAWAL SELERA MAKAN?
Nampak tak ada lima jenis supplemen yang boleh bantu kawal selera makan. Supplemen yang kaya dengan Asid Amino, B Kompleks, Mineral, gula darah (yang ni kena tanya encik Kevin sebab aku pun tak paham haha) dan juga multi vitamin. Jom tengok satu satu jenis supplemen yang boleh bantu kawal selera makan nihh

A. ASID AMINO



B. B KOMPLEKS


C. MULTIVITAMIN


Ok. so far untuk kawal selera makan, tak susah pun. Ikut je tips yang aku share tadi. Dan salah satu yang paling senang adalah dengan cara korang ambik je supplemen. Habis cerita. Senang je. Tapi kalau rasa lepas ambik supplemen tapi masih jugak nafsu membuak buak nak makan, check balik lifestyle korang macam mana. Minum air masak cukup tak? Sebab kurang minum pun boleh buat kita rasa nak makan je. 

So kepada pasangan yang baru berkahwin, nak kawal nafsu makan kena ada disiplin. Kalau si isteri tengah struggle nak kawal selera makan, si suami kena la support. Jangan pukul 2 pagi ajak isteri lepak mamak makan roti canai dengan teh tarik. Agak agak la kan haha. Dah kawin kena la support each other. ok? Bye!




BOLEH KE PAKAI MASKER MUKA SETIAP HARI?

Assalamualaikum

BOLEH KE PAKAI MASKER SETIAP HARI?

Sebut pakai masker, teringat zaman muka banyak jerawat time sekolah dulu. Sampai aku fedup taktau nak cuci muka dengan pencuci muka apa. haha. Dah macam penternak jerawat pun ada. Sampai la aku guna TOMATO sebagai masker. Masa tu aku dok search google pasal apa khasiat tomato pada muka. Yes! Sebab tomato ada kandungan antioksidan yang tinggi. Tomato ada vitamin E yang bagus untuk muka. So masa tu korang tau berapa kerap aku pakai masker tomato? SETIAP HARI okay! 

Sampai kan mak aku boring aku asyik curik tomato dia. Hehehe. Tapi mak pun support sebab dia tahu tomato memang bagus buat masker. Cuma rajin tak rajin jela kau nak layan benda remeh2 tu. Bagi aku, pakai masker setiap hari tak ada masalah pun asalkan kau yakin bahan masker tu macam mana. Kalau yang dekat pasaran tu, banyak pilihan. Tapi kena pandai cari la. Kalau bahan dia ada alkohol, tak boleh la nak guna hari hari. Nanti keringkan kulit pulak.

Cuma ada satu jenis masker yang kau boleh guna hari hari. Dan paling best dia semulajadi. Takde alkohol, takde bahan yang menghakis muka. Korang tau tak supplemen Vitamin C dan Vitamin E Shaklee? Haa dua benda tu boleh guna buat masker dah boleh pakai tiap tiap hari. 

 CARA CARA BUAT MASKER DARI VITAMIN C DAN E

Vitamin C boleh buat masker waktu pagi
Vitamin E boleh buat masker waktu malam
SETIAP HARI pun boleh! 

Tak ada masalah kulit kau kering ke, apa ke, sebab ianya seulajadi. Sama es macam aku guna tomato dulu tapi guna tomato perlukan tahap kerajinan yang sangat tinggi. Renyahhh tau tak nak layan. Mana nak lenyek kan lagi. Pastu dia comot. Tapi kalau guna Vitamin C dan E, kapsul tu kau cuma rendam sikit dalam air, hancurkan dan sapu pada muka. Lebih kemas dan senonoh sikit. ahaha


TESTIMONI MASKER VITAMIN C DAN E
"Bila letak dekat jerawat terus kecut dan kering, memang hebat sangat. Dulu takut nak letak dekat area jerawat takut makin melarat, rupanya kalau jerawat dibiar, ia makin membesar dan bernanah, tapi bila sapu vitamin E memang ajaib sangat, jerawat terus kecut dan kering. So kena maintain sapu nak hilangkan parut pula"

MACAM MANA NAK DAPATKAN VITAMIN C DAN E?
Jom dapatkan Vitamin C dan Vitamin E harini. Korang bolek klik button pink untuk tahu lebih detail bagaimana cara paling mudah untuk order. Sangat sangat senang dan cepat. Boleh jugak Whatsap terus 0126716961. 


http://getmedean.blogspot.com/2015/06/pembelian-supplemen-shaklee-melalui-4.html

SITI NORDIANA YANG AKU KENAL SUATU MASA DULU

Tags
Assalamualaikum


Tahniah penyanyi Siti Nordiana sebab menang Gegar Vaganza musim ke2 semalam! Memang seperti yang dijangka. Cayalahhh Nana! Aku tak sure la budak budak sekarang kenal ke tak siapa Siti Nordiana ni. Tapi artis ni keluar masa zaman aku sekolah dulu. Zaman stayback duk kantin siapkan homework sebelum balik melencong dengan kawan kawan. heh heh. Zaman kawan kawan sibuk cerita skandal masing masing. Zaman geng geng budak bola suka kacau awek sekolah taman sebelah..


ha zaman tu la keluarnya Siti Nordiana. 

Masa tu dekat corong radio, aku selalu dengar lagu meleleh dari Siti Nordiana. Oh ye. Masa awal awal kemunculan dia, ada satu artikel majalah apa aku tak ingat dah, (yang penting bukan majalah Mangga sebab aku tak suka baca gosip murahan tepi kolam..) ada kata, artis ni bakal sehebat Siti Nurhaliza. So masa tu aku pun teruja la. Tapi bila dengar lagu leleh dia, tak ada la nak minat gile gile sangat. Mungkin orang lain minat la dengan kelelehan lagu Siti Nordiana tu But not me. heheeh

So itulah Siti Nordiana yang aku kenal suatu masa dulu. Seorang artis perempuan yang agak kekampungan. Lagu lagu pun agak kekampungan dan meleleh. Sampailah kemunculan Nana dlm Gegar Vaganza musim kedua ni. Minggu pertama, dia nyanyi lagu Bola Bola Api. See tajuk pun kelakar kot. haha. Tapi aku suka lagu tu. Comel. Minggu pertama tu aku dok terdetik dalam hati, boleh ke dia ni pergi final?


Sampailah dia dapat task nyanyi lagu Ziana Zain dengan lagu Ku Tak Akan Bersuara, masa tu aku dah jatuh cintan dah dengan vokal dia. Bukan vokal je, tapi dengan penampilan dia. Dia sangat humble okay! Nampak low profile sangat sangat. Nampak macam tak pandai nyanyi je. Tapi sekali nyanyi hamik kau. Melopong depan TV ehehe.


Alhamdulillah, masa minggu keempat tu aku dah start confident dia boleh pergi final. Tapi lum konfident dia boleh menang lagi tau! Start dia nyanyi lagu Nicky Astria, tajuk Mengapa, masa tu aku konfidet dia lah JUARA gegar Vaganza. Gempak gila kot vokal dia. So aku pun pelik jugak. Kenapa Siti Nordiana dulu tak sama macam Siti Nordiana yang sekarang? Dulu maybe dia muda lagi kot. Hehe. Apa pun, semoga Nana masuk semula dalan industri seni. Kami tunggu album baru nana!

Jom view persembahan Nana lagu Putus terpaksa :)
https://www.facebook.com/kbergetar/videos/932588110151417/

Apa pun tahniah Nana!