5 PERSEDIAAN SAMBUT BULAN PUASA BAGI PASANGAN BARU BERKAHWIN

Assalamualaikum

Wahhh tak lama lagi nak tiba bulan Ramadhan. Bulan puasa penuh keberkatan. Alhamdulillah dah masuk tahun ketiga berpuasa dengan PP Epal. Tahun pertama berpuasa dalam keadaan tak bermaya sebab tengah morning sickness. Tahun kedua berpuasa masa Irine masih dalam bedung. Tahun ni insyallah berpuasa dengan Irine yang dah pandai berlari. Cepatnya masa berlalu kan? 



Untuk pasangan yang baru berkahwin, meh sini aku nak kongsi tips tips persediaan untuk korang sambut bulan puasa dengan pasangan. Check it out!

1. KEJUT SUAMI BANGUN SAHUR
Zaman bercinta dulu, kredit telefon mesti kering kontang sebab tiap kali call si dia untuk bangun sahur, mesti tak angkat sampai masuk voicemail. Sabar jela. Sekarang bila dah kahwin, dah ada dekat sebelah katil, kalau susah jugak nak kejut bangun sahur, senang je caranya. Korang ikut la tips dekat bawah ni. Hehe




2. MASAK MAKANAN KEGEMARAN SUAMI KETIKA BERBUKA 
Kalau suami suka makan belacan, jangan la goreng sayur tak letak belacan. Kikikiki. Selalunya untuk pasangan baru berkahwin ni, persediaan yang isteri kena take note, adalah masak untuk suami. Jangan la asyik ajak suami pergi bazaar je kan? Sebab kalau korang pasangan yang dah lama berkahwin tu takpela nak malas masak. Sebab masa tu mesti suami pun dah boring dengan masakan kita. (sabar jela) Tapi kalau yang baru kahwin tu, time ni la suami nak rasa berbuka puasa dengan masakan isteri, auch..

3. AJAK SUAMI TERAWIH
Tak semestinya kena ikut suami pergi surau terawih. tapi kalau kita ni yang kaum kaum perempuan ni tak larat nak ke surau atau masjid, ajaklah suami terawih sama sama dekat rumah. Ala korangkan baru kahwin. Terawih sama sama kan best. :)


   
Tibe tibe teringat makcik ni. Puasa masa hamil tak lunyai pun. So untuk yang baru kahwin, mesti la segar bugar kan?


4. BUKA PUASA DENGAN KELUARGA MERTUA
Walaupun satu dunia dah tahu korang ni baru berkahwin, idok lah sampai nak berdua duaan dekat rumah, daripada sahur sampai ke buka puasa, berdua je. Kena la bersedia untuk join aktiviti berbuka puasa dengan keluarga belah mertua atau kawan kawan pasangan kita.

 =====================================================================
=====================================================================

5. KAWAL NAFSU. OPSSS
Haha. Yang terakhir adalah persediaan untuk mengawal nafsu. Adoi. Malas nak taip lebih lebih. Malu pulak rasanya. Sebab tu orang tua tua kata, nak nikah, lepaskan bulan puasa dulu. Nikah la time raya ke kan. Sebab kalau nikah sebelum bulan puasa, korang jangan terkam menerkam tiap tiap hari. Naya bayar penalty kalau tak puasa esoknya tau! 

Ok bye!

4 PETUA BERKESAN YANG IBU HAMIL WAJIB CUBA KALAU TAKUT SEMBELIT

Assalamualaikum

SEMBELIT. Fuhh. Satu perkataan yang cukup digeruni oleh kaum ibu hamil mahupun kaum ibu yang tengah berpantang. Ada perempuan yang masuk trimester kedua kehamilan, mengalami sembelit. Bila tanya doktor, doktor akan jawab itu adalah normal. Ok. Tapi apa pun, sembelit adalah satu penderitaan buat kaum ibu! Nasib baik masa aku mengandungkan Irine dulu, tak pernah sembelit. Tak dapat bayangkan lahhhh kalau sembelit. Siksa ohh.



So aku pernah baca dalam majalah Indonesia kalau tak silap, majalah ibu dan anak. Korang google la ye. Dalam tu, ada kongsi tentang tips dan petua yang boleh ibu hamil cuba kalau takut kena sembelit. Ada banyak tapi aku nak highlight 4 je tau! Check it out!


1. SENAMAN RINGAN
Salah satu petua untuk bantu kurangkan sembelit adalah melalui senaman ringan. Ala, memadai sekadar berjalan pagi pagi dekat taman. Tu pun dah cukup! Lepas bersenam tu, pastikan korang minum air masak. Satu hari minum 7-8 gelas air masak. Bukan air sirap ye. Tapi air masak. Ais suam.

 
  
Ibu muda ni sangat seksa masa pantang anak pertama sampai tak sanggup nak beranak lagi. Tapi bila melahirkan anak kedua, ini pula yg terjadi...



2. MAKAN SAYUR SAYURAN
Selalunya, pengalaman aku sebelum ni, masa awal kehamilan, memang semua makanan kita tolak tepi. Sebab hilang selera dan mual. Bila dah jadi macam tu, memang senang la kena sembelit. Sebab tak ada serat yang masuk dalam tubuh kita ni. So apa kata lebihkan makan sayur sayuran dulu. Sebab kandungan serat yang ada dalam sayur sayuran akan kurangkan sembelit! Tak suka makan sayur? Ala...try la ye. Untuk kebaikan korang jugak. 
 
 
3. VITAMIN DARI BUAH BETIK
Selain makan sayur sayuran, petua ni paling best untuk korang cuba. Siapa yang suka makan betik, mesti tak ada masalah sembelit. Aku ingat lagi, dulu masa aku kecik kecik, pernah la sembelit. Yela masa tu mana la kenal Mealshake lagi. Kalau zaman tu aku dah kenal Mealshake, dah lama minum mealshake untuk elak sembelit. Tapi masa tu, mak aku bagi makan buah betik. sedap! Lepas makan betik, mesti proses membuang tu lancar! nyaman tau! 



4. MINUM SUSU
Hehe. Mesti ada antara korang yang tak suka minum susu. Betul tak? Sampai kena tutup hidung semata mata paksa minum susu. Adoi jangan la begitu. Susu sedap apaa...Tapi yelah. Nak buat macam mana kalau dah tak biasa minum susu dari kecik. Oh ye. Tips aku nak kongsi. Aku dulu telan pil kalsium je untuk gantikan susu. Senang. Lagi lagi pil kalsium tu keluaran Shaklee yang memang terbukti berkesan untuk bekalkan kalsium untuk ibu mengandung dan bagi tulang anak kuat lepas lahir nanti. Tu jela alternatif yang ada kalau korang takut sembelit, dan takut minum susu. haha. Telan je pil kalsium ye. 

Oh ye. Kalau korang berminat untuk dapatkan konsultasi tentang makanan tambahan untuk bantu elak sembelit, macam pil kalsium tu, boleh dapatkan melalui : 


Bye!

INFO UNTUK BAKAL IBU : TEKANAN DARAH RENDAH JANGAN BUAT MAIN MAIN!

Assalamualaikum

Selain masalah tekanan darah tinggi, ramai jugak antara kawan kawan aku yang ada masalah tekanan darah rendah. sampai berminggu minggu menyepi. Rupanya tersadai dekat wad. Kena tahan. Ramai yang tahu betapa bahayanya perempuan yang ada tekanan darah rendah. Lagi lagi kalau ibu mengandung! Ibu hamil yang ada tekanan darah rendah, akan mendapat komplikasi sepanjang kehamilan dorang. Takutnya!




PUNCA TEKANAN DARAH RENDAH

Hasil pembacaan dari majalah kesihatan tentang kehamilan baru baru ni, punca tekanan darah rendah adalah Kurang Zat besi. Yes. Kekurangan zat besi ni antara punca utama kenapa kita boleh mendapat tekanan darah rendah. Sebab apa zat besi penting? Ia menjadi komponen penting dalam sel darah merah. Zat besi ni akan mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Kalau oksigen ni tak dihantar ke seluruh tubuh dengan berkesan, korang bayangkan kita tak cukup bernafas. huhu. Macam tu la lebih kurang. 


KANDUNGAN BOLEH GUGUR?
Bila ibu hamil ada tekanan darah rendah, dorang akan senang letih, lesu, muka pucat, dan lagi teruk bila dah sampai tahap kerap pitam. Kekurangan zat besi ni lastly akan effect pada bayi dalam kandungan jugak. Boleh gugur, lahir pramatang, saiz bayi sangat kecil dari biasa, dan paling bimbang, si ibu atau anak ada kemungkinan untuk meninggal dunia. Huuuu seram. 



So jom tengok apa je makanan yang kaya zat besi!
  • Ayam
  • Sayur hijau
  • Kekacang
  • Bijirin
  • Tembikai
  • Bijan
  • Tauhu

 
Anemia boleh menyebabkan ibu hamil mengandung dengan macam2 komplikasi. Tengok apa kakak garang dia buat setiap kali mengandung.

"ibu hamil jugak digalakkan untuk ambil makanan tambahan atau supplemen seperti folat, kuprum, zink tambahan dan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan"

CUBA CHECK ADAKAH KORANG BERISIKO MENGALAMI TEKANAN DARAH RENDAH!
  1. Disahkan menghadapi anemia semasa hamil melalui pemeriksaan darah
  2. Pernah kehilangan darah berlebihan masa melahirkan anak sebelum ni
  3. Wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak


PRODUK REVIEW : ENFUSELLE BERJAYA BANTU KAKAK PULIH DARI MASALAH KULIT KERING

Assalamualaikum

Formula ringan, bebas minyak dan tidak melekit berupaya mengawal rembesan sebum serta membelai kulit dengan mengimbangkan lembapan agar kulit terasa segar, licin dan berseri sepanjang hari tanpa kilauan. Bagi kakak aku sendiri, Enfuselle banyak bantu dari segi pulihkan keadaan kulit muka dia dari sebelum ni.




Mungkin ada yang tanya kenapa kakak aku beria ia nak bagi testimoni dia dan kadang kadang selalu promote dekat kawan lain yang ada masalah sama dengan dia dulu untuk cuba produk kulit ni. Sebab kakak aku happy dengan perubahan yang dah terjadi pada kulit dia. Dulu, kulit kakak aku sangat kering, kusam, dan mudah merah merah. Bayangkan dah la kerja dia jenis yang kena jumpa client hari hari. Mesti keyakinan diri sedikit sebanyak terjejas dek masalah kulit muka macam tu.


  
Apa pun, jom kita dengar pengalaman kakak ni yang ada masalah kulit wajah sampai hilang keyakinan diri. Tapi macam mana dia selesaikan masalah dia? Jom kita sama sama dengar. 


Kenapa ENFUSELLE boleh bantu masalah kulit kering?
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam tempoh 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam tempoh 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan dalam tempoh 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan lipid
  • Hipoalergenik

Jadi, lepas hampir sebulan pakai Enfuselle, kakak offer untuk beri testimoni dia sendiri untuk dikongsikan bersama. Mungkin ada kaum wanita yang punya masalah kulit kering yang sama macam apa yang kakak aku alami selama ni, dan mungkin ada yang hampir putus asa sebab dah cuba macam macam produk tapi kesannya tetap sama. Jadi mungkin hasil perkongsian ni boleh bantu korang semua untuk buat pilihan yang tepat!



Kesan selepas gunakan Enfuselle
Kulit rasa sangat lembut, lembab dan bersih. Dan juga nampak lebih cerah dari sebelumnya. Sampaikan dalam handbag mesti ada moisturizer Enfuselle. Lepas basuh muka, apply, siap! Jadi siapa yang rasa nak cuba produk Enfuselle untuk masalah kulit kering, jangan tunggu tunggu, cepat cepat contact : 

KESALAHAN MEKAP YANG BOLEH BUAT MUKA TAK CUN BILA SELFIE

Assalamualaikum

Korang akan ambil sehingga berpuluh-puluh foto, tapi satu pun korang tidak berkenan. Ada saja yang tak kena. Ada jugak kes, yang mungkin tidak suka melihat wajah sendiri di dalam foto itu. Kenapa? Ia sebenarnya adalah kerana kesalahan mekap korang :) So jom kita check apa kesalahan mekap yang boleh buat muka tak cun bila selfie! hehe




1 ABAIKAN KULIT WAJAH

Sebenarnya jika kita mahu ambil gambar ‘selfie’ yang tampak natural, kita tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan ‘primer’. Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti kita memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto ‘selfie’ tanpa mekap. Walaupun kita terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus kita kenakan pada wajah.


2 GARISAN MATA HITAm

Tahu tak, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata kita kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika kita gariskan mata kita dengan pembayang mata


3 TAK PAKAI PELEMBAP BIBIR

Jika kita mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir kita. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!


4 BIARKAN MATA PANDA

Ramai yang bermekap tanpa meletakkan ‘concealer’ di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata kita kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila kita menggunakan ‘highlighter’ pada tulang pipi. Gunakan ‘concealer’ satu tona lebih cerah dari kulit asal kita untuk mencerahkan wajah kita. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah kita


Aku happy dengar testimoni customer yang beli set skincare Enfuselle ni. Selain Enfuselle, best jugak pakai Nutriwhite tau! Rujuk entry ni. KLIK! 




5 MASKARA PADA BULU MATA ATAS
Salah tu kalau kita hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda ‘pop-out’ dan mata kelihatan besar, kita seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.




6. PEMERAH PIPI ATAU BRONZER

Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, kita harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipi. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap kita ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut  buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. 

Senang kan?

TIPS PUPUK MINAT ANAK UNTUK PAKAI TUDUNG

Assalamualaikum

Ini adalah jangkitan dari kisah dalam entry yang lepas. Bila Irine Pakai Tudung. Eksaited lain macam sebab diz is her first hijab yang daddy nya belikan. Sampai keeksaitedan dia tu membuatkan aku rasa geram sangat! Mana taknya, pergi joging pun, pakai tudung. Haha. Well done my doter! 




Ini adalah antara cara kami pupuk minat dan kecenderungan Irine untuk “kenal” dan “minat” pada tudung. Pakai tudung masa kecil ni, memanglah tak lekat kat kepala. Sekejap pakai, sekejap buang. Senget benget pakainya pun. Tapi yang penting (pada pendapat kami) ialah niat kami untuk didik anak perempuan kami supaya tahu dan akhirnya faham kefardhuan bertudung dalam Islam. 

Sekarang ni kalau keluar rumah, macam biasa, Irine mesti nak ikut. Kalau tak dapat ikut jalan, dia mula merengek. Jadi, aku kata, kalau nak ikut mama dan ayah jalan, pakai tudung. So, dia pakai la. Dalam setengah jam jugak la tak tanggal tanggal. 
Bila Masa yang Sesuai untuk Anak Perempuan Belajar Pakai Tudung?

Kami tak kata cara kami betul dan tepat. Kami tak kata kami ibubapa mithali. Kami sungguh banyak kekurangan diri. Sungguh banyak! Cumanya, kami berusaha untuk memberi yang terbaik berdasarkan apa yang Allah sukai. Hanya satu doa kami dan pastinya doa-doa ibubapa lain juga iaitu ingin memberi yang terbaik untuk anak-anak. Bila Masa yang Sesuai untuk Anak Perempuan Belajar Pakai Tudung?

5 CARA URUS SUSU PERAHAN KETIKA KERJA LUAR

Assalamualaikum

Aku ingat lagi, masa aku kerja dekat Petaling Jaya, berulang dari Seremban, memang perjalanan yang sangat jauh. Lagi lagi aku travel naik bas, turun dekat Pasar Seni, ambik LRT menuju ke Taman Jaya dan ambik teksi ke pejabat. Gila kan? Dah rasa macam sama dengan orang yang kena kerja luar sebulan sekali tapi aku hari hari! Lepas tu dengan gendong beg susu lagi. Sebab nak pastikan dekat pejabat, sempat uruskan susu perahan untuk Irine!


Hasil bacaan aku dalam majalah PA&MA bulan lepas, ada sentuh tentang 5 cara asas untuk uruskan susu perahan ketika kerja luar. Mungkin boleh dijadikan panduan paling asas untuk ibu ibu muda yang tak tahu apa apa tentang cara untuk uruskan susu perahan. Check it out! 

CARA URUS SUSU PERAHAN KETIKA KERJA LUAR

1. Sebelum kerja luar kawasan, sahkan sama ada bilik korang dilengkapi dengan peti sejuk yang mempunyai ruang beku atau sebaliknya. Kalau takde, maybe susah sikit la. Sebab kalau ada, at least korang boleh stanby ICE GEL yang dah beku, dan simpan dalam beg pendingin atau cooler beg tu.

2. Bawa bersama kotak polistirena dan satu kilogram garam kasar yang akan digunakan untuk menyimpan stok perahan susu ibu sewaktu pulang dari tempat kerja luar kawasan.



Mommy ni kongsikan tips yang sangat berguna untuk tambah susu badan. Alhamdulillah memang aku praktik dulu. Cuba lah!


3. Dalam perjalanan sama ada menaiki pesawat atau kenderaan darat, perah susu seperti biasa. Jangan tunggu sehingga payudara penuh atau bengkak. Ni ada pengalaman kawan aku sendiri yang berkongsi dengan aku sebelum dia beli SET BANYAKKAN SUSU IBU SHAKLEE dari aku haritu. Dia jenis malas nak perah selalu. Kadang kadang dah bengkak baru terkial kial nak perah. Lastly korang tahu apa jadi? Susu tu terus merajuk nak keluar lagi. Terus stop! Sebab tak ada demand. Maksudnya bila kita tak perah, hormon hantar signal ke otak mengatakan yang kita taknak susu tu. Sebab tu otak suruh hormon tu berhenti keluarkan susu. So elakkan dari tahan tahan untuk perah susu ye. Ada ke tak ada ke, perah gak. Jangan putus asa ye!

4. Stok susu yang diperah perlu disimpan di dalam beg pendingin. Bag itu mesti diletakkan di tempat yang terlindung dari panas matahari. Ni la beg yang aku angkut ke hulu ke hilir masa travel kerja jauh jauh dulu. Ala sekarang banyak cooler beg yang cantik dan comel comel. Nak bawak pun macam stylo je rasa. haks haks.

5. Sekiranya menaiki kenderaan darat, sebaik baiknya penghawa dingin dihalakan ke arah beg pendingin itu bagi memastikan suhu sejuknya terpelihara. Selalunya beg pendingin atau cooler beg tu kalau diisi dengan ice gel yang beku, susu yang kita letak dalam tu akan bertahan sampai 8jam sejuknya! 


KELEBIHAN DAN FADHILAT MENYUSUKAN ANAK
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.

5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah.

Ok selamat mencuba! Dan kalau korang nak cuba SET BANYAKKAN SUSU IBU SHAKLEE yang berkesan sesuai dengan korang yang kerap kerja luar sampai susu pun sikit lagi nak merudum, boleh la contact : 




5 SEBAB KENAPA KITA MAKAN BERLEBIHAN SAMPAI BERAT NAIK 10KG SEMINGGU

Assalamualaikum



Antara masalah biasa yang kita dengar kalau kita makan berlebihan, adalah KEGEMUKAN. Selalu je kita dengar, kawan kawan kita cakap, "kau ni makan banyak, gemuk kang tahu la!" Mesti rasa macam nak bertumbuk je dengan kawan tu kan? Haha. Yela tengah syok makan kot! So kenapa agaknya kita ni tanpa sedar boleh makan secara berlebihan? Check it out!

1. TELEVISYEN
Iklan makanan yang disiarkan dekat TV selalunya mesti menggoda kita untuk nak makan benda tu kan? Bukan bulan puasa je kita tak dapat kawal nafsu makan bila tengok iklan iklan macam tu, tapi hari biasa pun boleh buat meleleh air liur. Aku pun pernah je, lepas tengok iklan Maggi Chef Kari dekat iklan, terus mintak hubby belikan maggi. Adoi pengaruh betul!

2. BERSAMA KAWAN DAN KELUARGA
Peluang berkumpul dengan kawan dan keluarga memang best. Tapi kadang kadang bila berkumpul, buat makan makan, mesti ramai yang tewas dengan godaan makan berlebihan. Selagi tak habis borak, mulut tu tak pernah berhenti mengudap! Betul tak?

3. MAKAN TIDAK IKUT WAKTU
Ada orang kata, elak makan tengahari boleh bantu kuruskan badan. Tapi sebenarnya salah tu! Sebab bila kita skip waktu makan yang sepatutnya kita makan, benda tu akan mendorong kita untuk makan dalam kuantiti yang banyak pada waktu petang atau malam. Bahaya tau makan banyak waktu malam! Sebab lepas kita makan, kita akan tidur. Lemak terus berkumpul :)

Akak kita ni seronok kongsikan pengalaman dia kuruskan badan. 



4. KURANG AKTIVITI
Selalunya kalau kita sibuk bekerja, sampai kita lupa kudapan. Tapi kalau kita tak tahu nak buat apa, contohnya kita cuti haritu, duduk rumah rehat, komfem selalu patah balik bukak peti ais cari kudapan. So maybe lepas ni kena banyakkan aktiviti, sibukkan diri supaya kita lupa untuk mengudap!

5. SUKAR TIDUR
Pernah tak ada hari yang kita susah nak lelapkan mata, lepas tu kita keluar minum dekat kedai mamak dengan kawan kawan? Ok. Kalau tiap tiap malam susah nak tidur, komfem kita akan tiap tiap malam cari makanan, dan komfem berat naik 10kg seminggu. hehe 


ismaliza@pknsre.com
FB Personal : Isma Lyeza
FB Fanpage Shop : Rahsia Kurus Dan Langsing
Instagram : Aish Elis

PERTANDINGAN MEOW DI KOMPLEKS PKNS BANGI 23-24 MEI 2015

Assalamualaikum

Siapa dekat sini yang minat kucing? Boleh la sama sama meriahkan lagi Pertandingan MEOW di Kompleks PKNS Bangi yang tengah berlangsung mulai harini sampai esok. Harini ada pertandingan Kucing Bulu Pendek Tercantik. So harini semua kucing bulu pendek berkumpul dekat ruang Concourse menunggu masa untuk dialdili oleh juri juri profesional. hehe 

 

Ini antara kucing berbulu pendek yang sempat aku snap harini. Manusia ramai sangat sebab tu susah nak ambik gambar banyak banyak. Ni pun aku terpaksa berlaga laga bahu nak ambik shot yang cantik. 





PET PASSPORT RM18 SAHAJA
Ok. Kalau korang nak buat PET PASSPORT untuk kucing peliharaan korang, korang disyorkan untuk datang sini harini atau esok untuk dapatkan harga yang sangat MURAH. Kalau harga biasa RM38. Tapi dekat sini, korang boleh pasangkan PET PASSPORT ni dengan hanya RM18 je tau. PET PASSPORT ni sejenis macam cip kecik yang dimasukkan dekat badan kucing tu sebagai pengenalan diri. Kalau hilang ke, boleh kesan kucing tu dekat mana. So memang patut korang pasangkan pada kucing korang lagi lagi kucing yang baka mahal mahal tu. Kucing aku takyah la pakai PET PASSPORT ni. Takde yang nak curi pun. hahaha


Dorang akan panggil batch by batch kucing untuk diadili oleh juri profesional. Apa kirteria yang dorang nak, aku pun tak tahu la. Tapi ofkos kucing tu kena la bersih, lincah, sihat, dan ada respon kot. Kalau kucing aku yang masuk pertandingan ni, komfem dia terberak sakan. 


Actually ada 2 event harini dan esok. Luar Kompleks ada Karnival Belia Pendidikan dan Kerjaya. Dalam pulak ada PErtandingan MEOW. 


ADOPT KUCING PERCUMA!
Terkejut aku bila ada kucing untuk diambil secara percuma. Tak ada syarat pun. Yang penting korang betul betul niat nak jaga dan beri kasih sayang secukupnya pada anak anak kucing ni, bagi alamat tempat tinggal dan nombor telefon untuk si tuan call tanya khabar anak kucing atau tanya apa apa masalah. Tapi sementara stok kucing masih ada la. tadi pun dah ramai yang book. :)


KUCING UNTUK DIJUAL 
Kucing untuk dijual pun ada. Tapi baka dia terbaik dan tak sama la macam kucing yang free tadi. Gila kau nak bagi kucing baka mahal percuma macam tu je? Yang untuk dijual ni ada yang spesis PErsian. RM800 seekor. RM400 pun ada. Murah la jugak. Kalau tempat lain hampir 2 3 ribu. 


COMELNYA! Ok. Siapa yang nak bergambar dengan kucing kucing, boleh jugak. Harga sekeping gambar pun berpatutan. Untuk kenang kenangan kan. Bila lagi nak bergambar dengan kucing lawa lawa ni oooii.


Ini details 

Lokasi : Kompleks PKNS Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor
Masa : 10 pagi hingga 10 malam
Tarikh : 23 - 25 Mei 2015

Jom datang beramai ramai ye!

BILA IRINE PAKAI TUDUNG

Assalamualaikum

Zaman sekarang tak sama macam zaman dulu. Dulu, budak sekolah rendah pun pergi sekolah pakai gaun. Tapi zaman sekarang, semua murid sekolah majoriti pakai baju kurung dan bertudung. Sama la macam Irine. Hehe. Sekarang tiba tiba macam dah suka nak pakai tudung. Tiap kali aku balik kerja je, mesti rebut tudung aku. Sibuk nak melaram dengan tudung mamanya. 

Last last aku beli sehelai tudung kanak kanak dekat uptown. Tapi harga pun dekat RM20. Tudung budak pun mahal. Ingatkan RM5 je. hehe. Tapi kain dia sedap la dipakai. Jenis cotton yang melekap dekat dahi. Kira ikut trend jugak la kan walaupun jenis tudung sarung. Kau gila nak pakai tudung lilit lilit pulak? Hehe 

 



Ni la tudung pertama Irine. Raya nanti mama kena stanby beli tudung lain pulak jawabnya. Everything for you la my dear :) Eh dalam gambar macam dah besar dah anak dara mama ni kan? Padahal baru berusia setahun 5 bulan. 

5 PERSEDIAAN SUAMI PERLU TAHU SEBELUM MENYAMBUT KELAHIRAN ANAK

Assalamualaikum

Bulan Januari 2014, ingat lagi masa tu tahun baru Cina. Irine lahir dekat Hospital KPJ Seremban. Seminggu awal dari tarikh yang ditargetkan. Hihi. Masa tu nak datang ke hospital sebab nak buat checkup biasa. Lepas doktor seluk, "ok, awak dah boleh masuk labor room" Masa tu aku spontan jawab "tapi dok, saya tak sedia lagi" Hehe geli hati ingat balik ayat spontan yang keluar dari mulut. Sebenarnya bukan tak buat persediaan, tapi cuak. Anak pertama la katakan. 



Sebut pasal persediaan. Meh nak share tentang apa persediaan yang suami perlu tahu sebelum korang sambut kelahiran anak korang. Lagi lagi anak pertama. 


1. TAHU KEPERLUAN ISTERI
Masa si isteri dah dibawa ke labor room, pasti kan korang si suami ni, bersedia dengan segala keperluan isteri sepanjang berada di dalam labor room tu nanti. Dulu, PP Epal balik rumah dulu untuk bawak semua keperluan aku macam bag baju, kain batik, pendek kata, semua keperluan yang dirasakan perlu disediakan in case apa apa kan.. 

2. KURANGKAN SAKIT KONTRAKSI ISTERI
Masa si isteri berhadapan dengan sakit kontraksi, suami kena mainkan peranan. Orang kata, sakit kontraksi ni lagi sakit dari masa nak bersalin tu. Yup aku pun setuju. Tapi alhamdulillah aku start rasa sakit kontraksi tu bila doktor pecahkan air ketuban. Masa tu PP EPal la yang ada kat sebelah pegang tangan aku kuat kuat. tak berganjak pun. Time nak solat je dia keluar kejap. Lepas tu masuk balik duduk sebelah isterinya ni hehe

3. BUAT KEPUTUSAN TEPAT. 
Ketika isteri sakit nak bersalin, si suami kena bersedia untuk buat apa je keputusan dengan tepat. Sebab masa ni, isteri memang tak dapat nak bagi pandangan ke apa ke. Jadi korang kena sentiasa bersedia untuk buat keputusan in case ada situasi yang perlukan korang untuk beri keputusan tu segera!

4. PENUHI KEMAHUAN ISTERI DI WAD
Walaupun ramai je yang datang melawat, tapi korang kena faham ye encik encik suami sekalian, si isteri cuma nak korang je masa ni. Jadi, cuba penuhi segala kemahuan isteri ketika di wad. Kalau isteri tiba tiba teringin nak minum air ke apa ke, dia nak korang yang sediakan bukan orang lain. Sama la macam aku dulu, even mak sendiri datang pun, aku tetap nak suami jugak yang bagi aku minum. haha. nampak tak. bila lagi nak dera suami ye dok?

5. SABAR MENUNGGU
Ada isteri yang terpaksa menahan sakit kontraksi tu berjam jam. Ada yang sampai esoknya baru bersalin. So suami kena sabar menunggu. Jangan kalut kalut tanya nurse, tanya doktor, tanya isteri bila nak keluar anak tu. Bawak bertenang. Sebab korang akan buat isteri jadi kalut jugak. So be cool ok. 

Jom tengok perkongsian mama  ni semasa berpantang anak kedua. Tiada lagi termenung dalam tandas, tiada lagi memakai baju sejuk.

Semoga ibu-ibu juga sentiasa sihat dan tidak stress semasa berpantang ye. Susukanlah baby secara exclusive =)


Apa pun, kenangan manis aku lahirkan Irine dulu memang tak dapat dilupakan. Alhamdulillah, allah permudahkan proses bersalin. Masuk labor room pukul 11 pagi. Pukul 2 baru start rasa sakit kontraksi, pukul 4 doktor pecahkan air ketuban. Pukul 5 selesai bersalin. Masyallah. Happy :)

ismaliza@pknsre.com
FB Personal : Isma Lyeza
FB Fanpage Shop : Rahsia Kurus Dan Langsing
Instagram : Aish Elis