SENARAI BARANG KEPERLUAN MANGSA BANJIR

Tags
Time time banjir macam ni, bila kita berada di situasi dorang, duit depan mata pun dah tak ada nilai. tapi ada lagi yang lebih bernilai yang mereka semua perlukan. Dan barang barang tu la sebenanya kita boleh bantu sumbangkan. 




Antaranya : 


1. Barang makanan segera seperti roti/ makanan dalam tin
Sebab masa ni dengan keadaan tak berumah, tak berlektrik, tak berbarang, mana celah nak masak? Bagi beras pun dorang tak boleh nak masak. Jadi apa yang dorang perlukan paling utama adalah makanan segera. Yang jenis bukak plastik terus makan. 

2. Minuman bersih
Yang ni pun penting. Sebab tu ada yang hulur bantuan dari segi botol2 mineral. Sebab aku pernah terbaca luahan sorang mangsa ni yang bancuh susu anak dia dengan air banjir yang kotor tu. Masyallah sedih pilu hati ni bila baca. 

3. Tong air. 
Tong air boleh guna untuk simpan barang keperluan macam makanan atau simpan air air bersih. Sebab sekarang banyak isu makanan minuman mudah tercemar. Jadi bila ada tong kosong yang bersih, senang mereka nak simpan dan alih ke mana pun mereka berkumpul nanti. 

4. Ubat ubatan asas
Masa banjir teruk ni kita tak boleh expect yang nurse dan doktor berada di mana mana. Kita tak boleh expect yang kita boleh hantar mereka pergi klinik kalau nak bergerak pun terhalang. Jadi apa yang kita boleh bantu mungkin dari segi ubat ubatan asas macam panadol, ubat gamat ke, apa apa jela yang asas. 

5. Susu bayi/Pampers baby/tuala wanita
Bayangkan mangsa banjir ada bayi bayi kecil yang menanti untuk disuapkan susu. Sedih kan? Yang kencing berak kena disalinkan pampers tapi tak ada bekalan pampers, kain napkin pun tak ada. Jadi benda ni penting jugak kalau kita nak bantu sumbangkan. 

6. Doa
Yang terakhir dan juga yang paling penting, kita sebagai rakyat Malaysia kena lah sama sama mendoakan agar mangsa mangsa banjir ni diberi kekuatan fizikal dan mental. Kuat hadapi segala bentuk ujian dariNya. Doa juga supaya bencana alam ni segera berakhir. Insyallah Allah maha mendengar doa hambanya. Ni antara doa yang boleh kita amalkan ketika musim banjir. 

KLIK SINI 
<<<< DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN KETIKA MUSIM BANJIR >>>>


SALURAN SUMBANGAN YANG BOLEH KITA HULURKAN


AIR ASIA TERHEMPAS DI BELITUNG TIMUR

Tags
Pagi tadi baru je tanya khabar kawan kawan yang tinggal di sekitar pantai timur tentang keadaan banjir kat sana. Petang ni dikejutkan pulak dengan berita PESAWAT AIR ASIA TERHEMPAS.

Ya allah
ya allah
ya allah

Petanda apakah ini ya allah. Satu satu musibah menimpa negara tercinta. Satu satu berita pilu yang kita hadapi.


Semoga Allah melindungi kita semua. Masa masa genting macam ni..jangan kaitkan dengan sesiapa kerana apa yang terjadi adalah kehendakNya. Sesungguhnya Dia sedang menegur.

:(

PERBELANJAAN UNTUK SEBULAN BAGI PASANGAN YANG BARU ADA ANAK SATU

Tags
Tak lama lagi genap 2 tahun usia perkahwinan aku dengan PP Epal. Eh ada yang ingat lagi ke nama gelaran PP Epal tu? Ngeee..Irine pun dah nak setahun jugak. 3 orang dalam satu family kecik buat masa ni. Mengenangkan tak lama lagi nak masuk tahun 2015, macam biasa, aku akan listkan bajet untuk 2015. Mungkin boleh dijadikan rujukan oleh pasangan yang bakal berkahwin dan bakal menimang cahaya mata. 

Ni antara perbelanjaan bulanan untuk keluarga kecik kitorang. Harga rumah yang melambung naik sekarang punca loan rumah sampai RM1400 dan terpaksa buat loan dengan Bank Rakyat untuk downpayment dan cover belanja nak masuk rumah baru nanti. Ni pun tak termasuk belanja untuk aku nak shopping baju tau! Untuk hiburan aku tak masuk dalam ni. ni yang basic je!

So zaman sekarang, sebelum kahwin, kena stanby duit untuk perbelanjaan bulanan banyak ni. Kalau yang menyewa rumah mungkin banyak save sikit kot tapi apa nak buat, aku taknak tunggu lama lama untuk beli rumah sendiri. Takut harga lagi naik. Better beli sekarang. Minimum gaji suami isteri sekarang kalau boleh jangan kurang dari RM6000. 


Nasib baik bonus shaklee dapat cover pendapatan bulanan kitorang. At least dapat la bayar loan rumah dengan loan bank rakyat tu dengan bonus Shaklee. Nasihat akak dekat adik adik di luar sana, kahwin buat sederhana, jangan ikut orang, jangan bebankan pasangan kita dengan duit hataran mahal mahal, sebab perbelanjaan lepas kahwin lagi kasar sebenarnya. 

ni baru anak satu, nanti bila anak dah besar, dah masuk tadika, lagi tinggi yurannya. Macam dekat Little Caliph Sekyen 7. Yuran je dah 4 angka. ngeri ohhhh. Cepat cepat buat side income dari sekarang. Nak rezeki menggolek memang tak dapat la dik oi. Kena usaha dan konsisten jangan cepat mengalah okay. Nak harap gaji je memang masak laaa kiteee..

PERSEDIAAN ELAK PENYAKIT BERJANGKIT KETIKA BANJIR

Tags
Banjir! banjir! banjir! Sekarang ramai kawan kawan yang mengadu tak dapat balik kampung masa cuti panjang ni sebab banjir. Masyallah banjir kali ni betul betul teruk lagi lagi area pantai timur. Bila banjir, benda yang paling kita takutkan adalah penyakit yang suka merebak lagi lagi dekat orang yang tahap imun atau ketahanan badan yang rendah. Kanak kanak especially!! 




Jom kita tengok apa senarai penyakit masa banjir dan apa pulak persediaan untuk hadapi penyakit mcm tu. 

1. Demam denggi.
Bak kata blogger Ben Ashari, banjir boleh galakkan penyakit demam denggi tau! Bila banjir dah surut..kadang kadang air tu ada lagi yang bertakung dekat dalam tin tin kosong. Memang feveret nyamuk aedes lepak dan beranak pinak! So tanda penyakit demam denggi ni selalunya orang tu akan sakit kepala dengan teruk, sakit sendi, sakit pinggang, dan ada bintik merah terang dekat badan dia. 

Persediaan yang kita kena ambil tahu :

1. Banyakkan minum air masak sebab nak elak badan tu dari kekeringan dan hemoconcentration teruk. (Google apa itu hemoconcentration)
2. Siap sedia dengan supplemen tambahan seperti Performance Drink sebab minuman ni bagus untuk elak badan dari dehidrasi dan sekali gus bantu sembuhkan demam denggi. 


2. Cirit birit
Bila banjir, kita boleh imagine barang barang dapur mesti totally kotor dengan lumpur. Kadang kadang kita cuci pun kita tak tau bersih ke tak. Then bila kita makan guna peralatan yang tk bersih, komfem cirit birit. 

Persediaan yang kita kena ambil tahu : 
1. Elak minum susu
2. Minum air kosong tanpa gula
3. Minum air garam rehidrasi
4. Performance drink kena ambil jugak sekerap yang mungkin untuk elak dehidration
5. Ambil nutriferon sebagai imun booster

3. Kencing tikus
Banjir dan tikus tak dapat nak dipisahkan. Biasanya penyakit ni disebabkan tahi atau kencing tikus tu sendiri. Tanda tandanya apabila warna kulit kekuningan, loya, muntah dan jugak cirit birit. 

Persediaan yang kita kena ambil tahu : 
1. Kuatkan tahap imunisasi badan dengan nutriferon. 
2. Cepat cepat ke klinik untuk rawatan susulan k!

4. Alahan dan gatal kulit
banjir memang boleh buat satu rumah kita kotor. Nak cuci bersih bersih ambil masa. Dalam masa yang sama mana yang kulit sensitif tu siap sedia la ye. Komfem naik ruam..gatal gatal dan merah2 kulit tu. 

Persediaan yang kita kena ambil tahu
1. Jaga kebersihan rumah
2. Kurangkan aktiviti di wakti banjir
3. Redakan kegatalan kulit tu dengan krim Herbal Blend 
4. Siap sedia dengan vitamin c untuk imum dan pulihkan balik kulit tu. 
5. Mana yang kuat garu tu komfem tinggal parut. So boleh stanby vitamin e untuk pudarkan parut. 


SUPPLEMEN WAJIB ELAK PENYAKIT BERJANGKIT



Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.



Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

IRINE DEMAM KUS KUS


Irine jarang demam. Kalau nak demam je, cepat kebah. Tapi kali ni agak lama jugak dia demam. Dekat seminggu. Risau jugak terus bawak pergi KPJ jumpa doktor nenek (doktor yang check dia tiap kali follow up! hehe) Doktor nenek suruh buat ujian darah. Nak make sure Irine cuma demam biasa

PERKARA PERTAMA WAJIB BUAT KALAU BAYI DEMAM

So alhamdulillah nasib baik demam biasa. Sekarang ni, memandangkan dia BF dengan aku tiap tiap malam, perkara pertama yang paling penting adalah, si ibu kena imun kuat. So aku memang tak skip makan vitamin C. sebab nak bekalkan kat Irine nanti. Vitamin tak boleh bagi pada kanak kanak bawah setahun ye. So aku sebagai ibu la yang kena begi dia vitamin c tu melalui susu ibu. 



Get well soon Irine Humaira :) mama tau irine demam sebab nak masuk umur setahun kan? irine kuat!

DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN KETIKA MUSIM BANJIR

Tags
Tak sampai hati tengok mangsa banjir hari ni. Rumah, harta benda semua rosak. Tu belum kira bab nyawa lagi. Masyallah. Bersyukurnya bila kita tak berada di situasi mereka. Syukur kerana sehingga harini tempat kita masih dalam keadaan cuaca yang baik. Jadi mari kita sama sama baca doa di bawah ni sepanjang musim banjir sekarang ni ok. Insyallah Allah itu maha mendengar doa doa kita semua. 

DOA YANG BOLEH KITA AMALKAN KETIKA MUSIM BANJIR

اللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا، وَلاَ عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الآكَامِ وَالجِبَالِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ
ALLAHUMMA HAWAALAINA WA LAA ’ALAINA. ALLAHUMMA ’ALAL AAKAMI WAL JIBAALI, WAZH ZHIROOBI, WA BUTHUNIL AWDIYATI, WA MANAABITISY SYAJARI

Bermaksud :
“Ya Allah, turunkanlah hujan di sekitar kami dan tidak di atas kami. Ya Allah turunkan hujan di bukit-bukit, pergunungan, dataran tinggi, tengah lembah, dan tempat tumbuhnya pohon-pohon.”

Doa ini dengan harapan, Allah menurunkan hujannya sebagai rahmat, di mana hujan itu turun untuk memberi seribu manfaat kepada tanaman dan segala hidupan di muka bumi. 

Wallahualam


TIPS PILIH PRODUK KOLAGEN UNTUK ANJALKAN ASET!

Semalam aku borak dengan sorang pelanggan yang beria ia tanya apa beza kolagen produk lain di pasaran dengan kolagen sisik ikan merah. Dari segi harga, yes, memang perbezaan ketara yang pelanggan ni nampak dulu. Memang betul berbeza harga kolagen lain dengan kolagen sisik ikan merah ni. Kenapa? 

SAIZ MOLEKUL MUDAH DISERAP

Cuba tengok apa keistimewaan kolagen sisik ikan merah. Salah satunya adalah molekul collagen powder shaklee sangat kecik iaitu 1000 dalton. 1000 dalton ni kalau korang nak tahu, adalah saiz paling sesuai untuk kulit serap dengan mudah! Kalau nak beli kolagen mesti la kene pilih yang mudah serap. Betul tak? 

SUMBER SISIK IKAN MERAH YANG TAHAN LASAK



kenapa kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah ni SANGAT EKSKLUSIF? Sebab ikan merah ni kalau korang nak tahu, dia boleh tahan tekanan sehingga 20paun, bertelur dan hidup bebas di lautan dalam ye. Sebab tu sumber kolagen ni tahan lasak! Habitat sebenar ikan merah ni pulak adalah dekat lautan dalam so kurang pencemaran sebab tu kolagen nya tiptop! 
 
 KLIK

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.


JOM BELAJAR BUAR MASKER UNTUK RAWAT KULIT KUSAM

Ahad lepas projek aku adalah nak manjakan kulit wajah yang dah lama terabai akibat kesibukan kerja. Manede masa nak pergi spa bagai. Dengan Irine sibuk nak belajar bertateh. Banyak sangat la masa aku nak ke spa! So solution dia, buat rawatan wajah dekat rumah je! 

PUNCA KULIT KUSAM?

Kulit aku jenis yang cepat kusam tau! Apa yang aku faham, punca kulit kusam ni adalah dari tompokan sel kulit mati kesan dari metabolisme kulit yang kurang baik, proses penuaan serta pendedahan pada sinar matahari yang berlebihan.

 
STEP RAWAT KULIT MUKA 

SCRUB, MASKER, CUCI, DAN SAPU

Pertama sekali kena la beli scrub yang diyakinin berkesan dan best. Aku suka scrup dari Safah Herbs sebab dia punya produk banyak yang diperbuat daripada bahan bahan semulajadi. Macam santan, nenas, kopi, kacang hijau, eh macam macam lagi la. 

So aku pilih SCRUP GARAM BUKIT. Scrup garam bukit ni best sebab dia tanggalkan sel kulit mati dan bagi kulit tu bernafas semula! Di samping tu boleh bagi kesan pencerahan yang diidamkan tapi idoklah putih macam kene sental klorox! Cerah bersih gitu. Yang paling penting, jerawat pun boleh kecut! 

Himalayan Rock Salt


Lepas tu, aku bancuh masker dengan Yogurt Asli. Masker aku pilih dari serbuk tepung ESP (Energizing Soy Protein) yang sekarang memang terkenal sebab kesan dia menakjubkan tau! ESP ni asalnya untuk minum, macam macam khasiat yang ESP ni bekalkan pada kita dan salah satu benefitnya boleh buat masker! Bancuhan ESP dengan yogurt asli ni boleh buat kulit kita anjal, gebu, dan lembab. 
Masker untuk kulit kusam


Langkah seterusnya aku cuci dengan sabun KOPI yang jugak aku pilih daripada produk SAFAH HERBS. Ramuan sabun kopi ni agak kasar sebab dia dihasilkan dari ekstrak biji kopi, so slow2 sental kulit muka tu kalau tak, luka pulak nanti. Lepas cuci dengan sabun kopi, masa ni rasa kulit macam masyallah, best sangat tau tak!! Tak payah pergi spa! Buat sendiri pun dah nampak kesan


Aku pilh sabun kopi! yang paling hitam tu! hehe


So last sekali aku sapu minyak lavender dan grape seed oil ni sebagai langkah terakhir. Ni untuk bagi kulit tu terpelihara kelembapan dia. 



Tapi kalau takde minyak ni, aku guna ektrak Vitamin E Shaklee tu, sebab kandungan dia lebih asli, dalam tu ada ekstrak biji anggur yang kaya dengan antioksida. Boleh buat kulit berseri tau! Masker VITAMIN E tu aku ada kongsikan dekat sini. Klik LINK NI << MASKER VITAMIN E>>>


Ok. Tamat dah projek hari ahad! Boleh pergi kenduri kahwin dengan kulit berseri! Ececece..

Serius kali ni tak pakai apa apa mekup pun. Just bedak nipis2 je. Sebab kulit dah segar! Gabungan mantap produk kulit Shaklee dan rawatan spa di rumah!

Promosi Kolagen, Vitamin C dan Vitamin E tinggal beberapa hari lagi. Boleh tinggalkan jejak di ruang komen dan saya akan bagi special konsultasi dan harga berpatutan untuk uols!  

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

KONTEST MOM N KIDZ

Tags


Sempena Jumaat yang barakah ini, Belog Cik Aish nak bagi 3 hamper PERCUMA untuk anda yang bertuah! 


Caranya mudah sahaja! 

1. 'LIKE' dan 'SHARE' post ini (di fanpage) dengan kawan kawan lain seramai mungkin. (klik link fanpage : HEALTHY & BEAUTY SHOP)

2. COMMENT .. (sila letak gambar anda bersama anak anda-pose comel comel!) 

3. Gambar yang paling banyak dapat like dalam ruangan komen tersebut, akan menerima hamper istimewa dari kami! Mudah kan? 

4. Contest akan berakhir 26 Disember 2014 jam 6 petang!

Jom sertainya!!

PENGALAMAN AMBIL VIVIX UNTUK PARKINSON

Tags
Minggu lepas ada customer dari Singapore nak beli VIVIX untuk bantu suami dia yang ada penyakit parkinson. So aku pun jual la VIVIX sebotol dekat dia dengan harapan, mudah mudahan penyakit beransur pulih. So ada beberapa kali jugak follow up dia tanya macam mana keadaan si suami tu. So pagi ni dapat testimoni hasil pemantauan si isteri tu. 


Seronok tak terkata bila dapat testimoni hebat ni! Alhamdulillah akhirnya doaku dimakbulkan. Semoga beliau dapat kesihatan yang lebih baik pada masa akan datang. Kalau nak repeat order boleh bagitahu. HEHE. So siapa kat sini yang ada ahli keluarga yang ada penyakit kronik macam PARKINSON, JANTUNG, KENCING MANIS, KANSER peringkat pertama, boleh la dapatkan sebotol VIVIX ni dari saya ye. Sebab saya akan bantu untuk bagi penerangan macam mana nak makan VIVIX ni. 

Hoyeh! 

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

PERSIAPAN ANAK MASUK SEKOLAH

Tadi aku scroll newdsfeed dekat Facebook, ramai yang dah start cari awal awal persiapan untuk anak anak kembali ke sekolah tahun depan. Ada yang buat status pening kepala anak nak bag Frozen la, anak nak tu la ni la. hehe. Nasib baik Irine belum masuk sekolah lagi, kalau tak dengan aku aku gak pening. 

Aku tahu benda pertama yang terlintas kat pikiran korang mesti baju sekolah, bag sekolah dan alat2 tulis, buku dan sebagainya. Betul tak? Sama la macam aku dulu masa kecik kecik, benda ni la keutamaan. Walaupun kasut baru beli, tapi dah jadi kebiasaan bila masuk sekolah je mesti serba serbi baru. 

Sebenarnya tak perlu pun nak ikutkan sangat semua nak baru. Kita kalau boleh kena bijak tackle anak anak kita supaya dorang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Ecece pandai la aku nak motivasi korang ek. Padahal kecik kecik dulu aku la yang paling nak serba serbi baru. Hehe. 

Apa pun, kalau keluarga mampu, apa salahnya. Ada yang kata semangat belajar anak anak ni teletak pada barang barang baru. Tapi kalau barang baru tu boleh luntur, boleh lapuk, semangat belajar pun boleh luntur jugak ye dok? 

So macam mana nak bagi anak anak kita sentiasa semangat untuk belajar? 

1. Sentiasa bagi kata kata semangat dan yakin yang mereka boleh berjaya dalam palajaran. 

Kadang kadang anak anak kita bukan nak kita lambak kan duit belanja seratus ringgit setiap hari. Tapi dorang nak perhatian kita sebagai semangat untuk dorang belajar. Mereka sendiri tak yakin dengan kebolehan mereka. Tu pentingnya kita untuk yakin kan mereka :) 

2. Jangan sesekali panggil mereka dengan kata kata negatif seperi LEMBAB, BODOH, TAK PANDAI, PEMALAS. 

Cuba tanya diri kita. Kita suka tak orang lain herdik kita dengan kata2 macam tu? Sama jugak dengan anak anak kita. Kalau mereka gagal dalam ujian, cakap la benda positif. Contohnya, "kalau Ayin usaha lebih sikitt je lagi lepasni, MESTI ayin lulus cemerlang!" Bagi kata kata positif pada anak anak kita ye

3. Ambil tahu hal pelajaran mereka. 

Kadang kadang kita tak boleh lepas kan semua sekali pada cikgu cikgu sekolah. Cuba kita spend masa untuk check buku buku latihan dorang, buku nota dorang, adakah dorang ni siap kerja sekolah atau penuh dengan pen merah minta siapkan! So ambil tahu la sikit at least anak anak akan lagi semangat untuk siapkan kerja kerja tu semua sebab ada yang memerhati kerja mereka! 

4. Sentiasa ambil berat tentang sarapan pagi sebelum ke sekolah. 

Selalunya sarapan pagi la yang paling mak mak ambil mudah. Bagi duit, suruh sarapan dekat kantin. Apa kata lepas ni, kita ubah, sarapan sama sama satu family dekat meja makan. Time bersama family yang berkualiti sebelum ke sekolah mesti sesuatu yang menyeronokkan! 





5. Makanan tambahan untuk beri anak kita sihat bertenaga sepnajang hari persekolahan. 

Mungkin boleh bagi anak kita segelas minuman berkhasiat macam Mealshake untuk bagi nutrisi penuh kat mereka. Dalam segelas Mealshake, bila bancuh dengan milo ke hrlick ke, khasiat dia sangat sangat bagus untuk bagi anak kita aktif kat sekolah. Tak le lemau! 

MEALSHAKE BANTU UNTUK ANAK ANAK FOKUS DALAM KELAS


  • Kenapa?kerana Mealshake mengandungi 12 vitamin penting. Untuk setiap satu hidangan, kita akan mendapatkan, 25% vitamin A, 30 % vitamin B6, 20% vitamin B12, 30 % vitamin C, 10% vitamin D, 35% vitamin E, 30% daripadathiamin, 10% riboflavin, 35% niacin, 35% folat, biotin 35% dan 30% asid pantotenat. Itubahagian vitamin, bagaimana pula dengan kandungan mineral? 



  • Ada 11 mineral penting yang ditemui dalam campuran Mealshake. Untuk satu hidangan, kita akan mendapat  20% kalsium, 35% daripada besi, 15% daripada fosforus, 25%s daripadamagnesium, 30 % zinc, 35% daripada selenium, 35% copper, 35% manganese dan 35%molibdenum. Satu bahagian juga mengandungi 80mg natrium dan 275mg kalium

  • Jadi anak-anak dan remaja yang sedang membesar sangat memerlukan keperluan vitamin dan mineral yang lengkap agar minda mereka dapat berkembang dengan lebih baik. 






1 canister = 544 gm
1 sudu sahaja sehari (dewasa) & 1 sudu teh (kanak-kanak) . Boleh dicampur dengan mana2feberet drink anda. Sangat mudah nk sediakan..Buat ice blended pun best!


irine dan mealshake :)

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.

ANAK SAYA OBES?!

Pernah tak korang jumpa kanak kanak lingkungan umur 3 ke 7 tahun yang gemuk? Selalunya kanak kanak yang berat badan sungguh sihat ni, orang orang tua cukup sayang. Katanya, sedapnya badan budak ni, alololo gebu montelnya dia.. Dan mak mak ayah ayah pun berlumba lumba dengan mak mak ayah ayah yang lain untuk beri anak anak dorang gebu segebu gebunya. 


Dalam hati aku, terdetik, macam mana budak ni bila dah besar? Masihkah ada lagi sisa sisa kecomelan di mata orang? hehehehe. Dari aspek lain, aku dapat rasakan kanak kanak yang masa kecik tadi montel, kebarangkalian untuk jadi obes bila meningkat besar, adalah tinggi! So korang pun tahu kan obesiti ni apa kesan negatiif dia. 

Salah satu punca penyakit adalah disebabkan faktor kegemukan. Ewww takutnya. Kau bayangkan kalau masa kecik kecik dulu orang dok picit pipi anak kau, gebunya..montelnya..tapi bila dah masuk sekolah, basuh berak pun tangan tak sampai sebab terlalu gemuk. Nak bernafas pun susah sebab terlalu gemuk. Masa tu mula la mak mak ayah ayah yang tadi sibuk nak kontrol makan. Masa tu mungkin dah terlambat sebab budak tu kau dah biasakan bagi makan banyak! Tibe tibe suruh kontrol. Susah tau tak!

Kalau la boleh diputarkan masa. Hehe. Mesti dari zaman anak tu umur 2 3 tahun lagi dah diajar makan makanan berkhasiat, ajar beriadah, ajar mereka aktif (takla disumbatkan dengan gadget je!) 

Tapi macam mana nak pastikan mereka ni makan makanan berkhasiat dari kecik lagi?

1. Pastikan mak ayah dan adik beradik yang lain sama sama amalkan makanan berkhasiat. Kalau fastfood tu, cuba jadualkan sebulan sekali. Kalau rasa nak mengunyah cuba elakkan beli jajan ke coklat yang ectra manis tu ke..tapi gantikan dengan buah2. So bila ahli keluarga yang lain dah amalkan gaya makan yang sihat macam tu, anak tadi tak rasa macam dia sorang je yang kena paksa makan benda berkhasiat. 

2. Pastikan pilih makanan yang tinggi serat dan rendah lemak. Selalunya kalau susu kotak yang berlambak kat pasaran tu, cuba pilih yang rendah lemak. Bukan susah pun, baca je label pada kotak. Low fat!

3. Buat sarapan pagi yang sihat. Contohnya boleh beri breakfast dengan segelas minuman Mealshake dari produk Shaklee yang complete dengan semua vitamin yang anak anak perlukan. 

MEALSHAKE BANTU ELAK KANAK KANAK DARI OBES

Sebenarnya konsep obes ni yang aku faham, bukan punca dari kanak kanak terlebih makan. Tapi punca daripada terlebih makan benda merapu yang tak berkhasiat. Benda macam jajan jajan, coklat coklat manis, maggi, benda tu semua ada kandungan lemak tepu yang boleh buat badan anak anak kita gemuk! 

So mealshake ni kira macam pengganti hidangan untuk anak anak. Segelas mealshake ni dah bagi anak anak kita cukup segala keperluan nutrisi yang dorang perlukan. So tak payah nak bagi dorang kenyang dengan makanan merapu macam jajan tu. Bagi je mealshake. Dorang akan rasa kenyang sampai tak ada rasa untuk ambik makanan ringan. 

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.