REVIEW SAMSUNG NOTE 4

Tags
Kali ni nak share review tentang Samsung Note 4. Sebelum beli mesti korang nak tahu dulu pengalaman orang lain yang dah beli. Review best ke, ok ke, tak ok ke. Betul tak? Jadi aku nak kongsikan dengan korang sedikit info tentang Samsung Note 4 selepas beberapa hari pakai. 




Actually aku memang suka ambik gambar. Demi menyahut seruan 1 blogger 1 DSLR. Tapi mengenangkan DSLR tersangatlah besar dan berat, maka aku membatalkan hasrat dan cpend duit untuk beli Note 4 terus. Lagipun aku banyak nak guna untuk kerja. Lagi lagi biznes Shaklee. 

Review tentang Samsung Note 4
Rekaan yang lebih elegent. 

Ada satu line metal sekeliling note 4. 

Bila pegang rasa selesa dan nampak eksklusif sebab ada metal dekat bahagian tepi telefon tu. So takdela nampak plastik sangat kan. 

Lebih laju
Pengalaman pakai Samsung Galaxy S series sebelum ni, bila simpan banyak file dan gambar, mula la hang. Lepas tu operation pun slow je. Tapi Note 4 ni aku perasan dia lebih laju dan smooth. Better dari Note 3 

Batery 
Yang ni aku rasa ada improvement jugak. Tahan lama. Tapi depends pada penggunaan kita jugak. Dan yang bestnya, caj setengah jam dah penuh 50% batery. Caj lebih pantas. 

Kamera
Aku tahu korang mesti tunggu aku review tentang kamera dia. Yup. Kamera Samsung Note 4 memang ohsem tersangat sangat! Kamera dia 16MP dan front camera dia 3.7MP. So boleh berselfie dengan jayanya! Dan dia ada fungsi wide selfie. Orang kata, satu team bola pun muat masuk dalam satu gambar!


Touch sensor untuk snap gambar

Sensor untuk snap gambar
Lepas ni kalau nak berselfie, tak perlu susah susah cari button tepi atau touch depan skrin. Cuma touch sensor yang ada dekat belakang note 4 ni. Dah boleh snap gambar! 



Snap gambar guna Samsung Note 4




Secara keseluruhan, Samsung Note 4 memang berbaloi untuk korang beli sebijik. Tapi kalau saja saja tukar, mungkin fikir 2 3 kali jugaklah sebab harga dia pun boleh tahan. RM2499. Tapi aku beli sebab Samsung S3 aku dah pecah skrinnya. So dah alang alang nak membeli fon baru, angkat Note 4 terus la puas hati. Lagipun PP Epal bayarkan separuh. hue hue hue. 





APPLIKASI URUSKAN WANG PALING BEST

Tags
Sejak zaman sekolah, memang dah terdidik untuk uruskan wang sendiri. Bila dah masuk univerisiti, cabaran lagi besar sebab setiap semester dapat duit PTPTN. Kalau tak kena gaya uruskan perbelanjaan, memang habis licin duit tu! Nasib la aku ni jurusan kewangan. Jadi dengan duit tu, rolling balik buat bisnes. Jual topup, buat servis print masa dekat univerisit dulu. Tak pernah mintak duit belanja dari FAMA!(Father and Mother)

Tapi zaman dulu tak ada smartfon. yang ada cuma telefon Nokia 3310 dengan ringtone standard. Tu dah kira hebat. Mana nak cari applikasi uruskan wang melalui telefon? Yang ada cuma buku nota, pensel 2b, nah catatlah segala pendapatan dan perbelanjaan untuk minggu tu. 

Tapi sekarang lain. Bila dah pakai smartfon, applikasi pertama yang aku cari adalah applikasi menguruskan wang. Sebab aku taknak lost bila hujung bulan. Mana pergi duit sekian sekian? Duit banyak ni mana datangnya pulak? Jadi untuk bagi lagi sistematik, aku install satu applikasi yang paling bagus setakat ni. 

Expense IQ. 

Full features include: 
-Cloud synchronization via Dropbox to synchronize transaction data between multiple devices
-Split transactions supported for more detailed income & expense management
-Export captured data as QIF & CSV to desktop money managers (eg. Quicken) for expense reporting etc.
-Includes a Home Screen Widget for even faster expense management & tracking. Add transactions straight from the home page once you enable the widget - great for daily expense tracking!
-Receive notifications of upcoming and overdue bills - for both one-time payments as well as recurring bills
-Set monthly budgets on specific accounts and/or categories and monitor them via color-coded budget health bars
-Fully customizable income and expense categories for more accurate budget planning.
-Take Photos of Bills & Receipts
-Integrated Checkbook Manager
-Track and manage expense and income for multiple accounts in multiple currencies
-Setup repeating transactions
-Support transfers between accounts
-Lock application using a 4-digit security pin
-Backup data onto SD card
-Daily automated backup creation

Contoh kalau kita ada banyak account. Ada account maybank, Account CIMB dan sebagainya, kita boleh setup semua tu dekat bahagian overview ni. Tulislah intial balance yang ada dalam setiap account tu.

 Setting matawang dalam RM boleh ejust kemudian


 Kita jugak boleh letak apa expenses yang kita buat setiap bulan. Dan paling best, setiap tu kita boleh setkan berapa budget. Contoh, expenses untuk minyak pergi kerja sebulan. Kita budget RM200 sebulan, jadi applikasi ni akan sentiasa remind kita supaya tidak berbelanja lebih dari apa yang kita dah budgetkan. Kalau terlebih, katakan kita terspend minyak RM300, nanti dia akan tulis kat situ overspend! hamik kau! 


 Merah menandakan yang kita dah overspend. Sila lap peluh.





Bila hujung bulan, kita boleh la tengok carta pai yang cantik ni. Boleh tengok macam mana corak perbelanjaan kita dalam bulan tu. Kategori mana yang paling banyak sekali kita belanja. Shopping kah? Hehe. Dan kita boleh tengok daily spend, monthly spend. Bukan expenses je yang kita boleh trace. Income pun kita boleh masukkan dekat sini. Contohla macam korang yang bisnes online sekarang ni. Boleh la letak income daily ke income monthly ke dalam ni. 

Dan lastly, kalau macam aku yang biznes Shaklee ni, hujung bulan, aku akan tengok balik expenses vs income. Seronok tengok bila profit. Benda ni semua buat kita lagi semangat untuk lebih sistematik dalam pengurusan wang. So pada adik adik, bolehlah cuba install ni dekat smartfon masing masing. TRY MANAGE YOUR MONEY WELL! okay!

IKLAN NUFFNANG YANG BAIK HATI

Tags
Dah lama tak jenguk Nuffnang. Teringin nak cash out sejak sekian lama. Alhamdulillah. Lepas la bayar sewa kereta sebulan. Hik Hik. Syukur walaupun tak sebanyak blogger hebat yang lain. Dan kali ni rasa Nuffnang sayang lebih pulak dekat blog ni sebab banyak iklan yang dia nak letak dalam blog tak seberapa ni. Syukur. 

 Iklan nuffnang yang baik hati

Bila tengok status iklan iklan tu semuanya on going. On going la korang asalkan korang happy duduk dalam blog aku ye. Apa pun untuk blogger blogger yang masih baru, Nuffnang ni merupakan syarikat pengiklanan yang akan tengok prestasi blog kita sebelum mereka yakin untuk letak iklan dalam blog kita. Jadi buat blogger baru, pertama sekali yang korang perlu lakukan adalah naikkan pageview blog korang. Rajin rajin update. Bila ramai pembaca masuk blog korang, baru nuffnang bagi status Glitteri pada korang dan barulah nuffnang beli ruang iklan dalam blog kita untuk dorang letak iklan iklan dorang tu. 

Macam aku, blog ni takde la berprestasi tinggi sangat pun, tapi alhamdulillah la nuffnang sudi letak iklan dari dulu sampai sekarang. Merasa la duit nuffnang tu untuk buat belanja dapur! eh macam mak mak sangat kan? ok bai. Happy deepavali semua yang beragama hindu okay! Ada masa kita makan maruku sama sama!

BLOG PALING BEST

Tags
Harini nak review blog yang paling aku suka baca dari dulu sampai sekarang. Kiranya kalau aku terlepas update dari dia sekalipun, aku still akan ingat blog dia sampai bila bila. Kadang kadang tak payah tunggu dia update. Bukak je Blog dia bila bila masa nak baca. Punya la adore dengan blogger ni! 



Ops terharu sebab masih dlaam bloglist dia lagi. Ok. Siapa yang belum pernah terjah blog dia, boleh la terjah. Mesti terus jatuh cinta sebab gambar gambar dia semua lawa lawa!

TIPS ANAK JARANG DEMAM

Macam mana nak buat supaya anak jarang demam? Sebab bila anak demam, memang leceh. Tak sampai hati tengok anak merengek. Lagi lagi kalau bayi. Bayi umur setahun ke atas pun kerap demam. Jadi aku nak kongsikan macam mana tips supaya anak jarang demam 

1. Jaga persekitaran
Kalau kanak kanak umur atas setahun, yang baru pandai berjalan, kena pantau habis habisan. Tengok apa yang dia pegang, dekat mana dia baring, keluar rumah pakai kasut ke tidak. Sebab kanak kanak ni senang dijangkiti kuman tau! Lagi lagi yang sistem pertahanan badan lemah. Kenapa sistem pertahanan badan lemah? Ha nanti aku cerita. Tapi case parents letak anak dekat nursery, memang luar kawalan kita. Sebab risiko jangkitan tu tinggi. 

2. Beri makanan yang berkhasiat. 
Kenapa sistem pertahanan kanak kanak lemah? Setahu aku, bayi akan dapat bekalan intibodi melalui susu ibu sehingga usia dia 6 bulan.Tapi macam mana pulak kalau ada mak mak kita ni yang ada masalah penyusuan? Means, dorang tak mampu untuk bekalkan susu ibu, atau ada masalah lain, so anak tu kena minum susu formula. Sistem pertahanan anak tak sekuat mereka yang minum susu ibu tau!  Jadi, kenalah jaga pemakanan anak! Make sure beri mereka makanan yang berkhaisat. Ni tidak. Dah la anak kerap demam, selalu sangat aku tengok parents bagi junkfood kat anak! 

TIPS ANAK JARANG DEMAM

Selalunya Mealshake ni aku suka bancuh sesudu dalam susu botol. Bagi pada anak yang umur atas satu tahun. Rasa sangat sedap. Vanila ye. Bukan rasa susu. So kanak kanak memang suka. Buat masa breakfast memang bagus sebagai permulaan hari anak anak kita. 

Promosi Mealshake

Seronok bila dapat feedback customer macam ni. Anak jarang demam, jarang selesema. So tips kedua adalah lebih penting ye korang! Persekitaran mungkin luar kawalan kita. Lagi lagi zaman sekarang, cuaca tak menentu dan macam macam lagi. Tapi makanan berkhasiat kita boleh kawal! Nak anak jarang demam, kita beri mereka makanan yang berkhasiat seperti Mealshake! :)

 Irine jarang demam sebab mak dia rajin telan Vitamin C huhuhuh..

Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Supervisor
COD di daerah Seremban
Shaklee ID:910287
SMS/Whatsapp: 012-6716961
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Penafian: Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi di laman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose atau menyembuhkan apa jua penyakit.




MISI UPDATE BLOGLIST TERBARU

Tags
Harini adalah misi untuk update bloglist terbaru dan aku akan letak dekat toplist blog yang best. Semua blog yang aku follow dan blog yang follow blog ni adalah best best belaka tau! Tapi susah nak pilih semua untuk sumbat dalam satu bloglist. Sebab tu harini aku kena selesaikan misi untuk update bloglist!

Kategori Blog yang aku cari : 

1. Blog Personal yang ohsem
Blog personal macam Fatin Liyana ke? Hehe. Dah ramai sangat blogger letak blog ni dalam bloglist dorang. Tak pe. Aku nak cari blog lain. Bagi peluang pada blog baru. Bakat baru. Orang baru. 

2. Blog Shopping Online
Aku memang suka shopping online. Sejak dah ada anak ni, memang jarang keluar rumah nak shopping. baju baju memang aku pilih online je. So drop link korang kalau korang ada buat blog shopping online ye.

Tujuan update bloglist terbaru ni sebab aku nak bagi benefit pada semua pembaca blog ni. Kalau tak nak baca entry, at least korang boleh cari blog blog lain yang lagi best yang aku dah shortlist kan dekat bloglist ni. 

bak kata orang, bila tetamu datang rumah kita, kita layan dia baik baik (so make sure hasilkan entry yang sebaik mungkin) lepas tu kita bagi dia jamu makanan yang sedap sedap (blog blog lain yang best tu la apa lagi!) 

MISI UPDATE BLOGLIST TERBARU


So jom drop link entry korang dekat bahagian komen. Sebab aku rasa macam dah lama tak blogwalking dan tengok blog blog baru yang ohsem sekarang.

PRODUK KULIT BODYSHOP JADI PILIHAN

Dalam banyak banyak produk kulit yang aku guna, produk kulit BODYSHOP yang jadi pilihan kali ini. Tapi produk kulit bodyshop ada banyak, cuma yang terbaru dan yang paling best aku rasa adalah yang dari SHISO Extract ni. Rangkaian produk kulit dari Shiso Extract ni adalah antara produk kulit bodyshop yang ohsem! 

Jom aku share tentang set asas yang perlu ada untuk dapatkan kulit yang cerah dan kurang pigmentasi macam Kak Lisa kita ni. 

1.  MOISTURE WHITE™ SHISO CLEANSING POWDER

Aku suka pencuci muka dia sebab kulit tak kering langsung lepas cuci. Bahan dia kaya dengan vitamin C, liquorice and shiso. Bagus untuk bersihkan segala kotoran, minyak dan kurangkan pigmentasi. Oh ye apa itu pigmentasi? Pigmentasi tu bila banyak, tu sebab kulit kita gelap. Jadi bila kurang pigmentasi, kulit cerah sekata! 


2. MOISTURE WHITE™ SHISO MOISTURISING ESSENCE I

Ok. Yang ini adalah toner. Sebenarnya sebelum ni aku tak percaya sangat dengan kuasa toner ni. Tapi lepas kak lisa eh bukan, lepas salesgirl tu buat demo pada kulit, pakai toner dengan tanpa toner, memang ada perbezaan. Bila pakai toner lepas cuci muka, kulit jadi lebih bersih dan kulit bersedia untuk menerima khasiat pelembab yang akan kita pakai lepas sapu toner. Tanpa toner, kalau kita terus sapu pelembab, kulit jadi berminyak sebab pelembab tu hanya berkumpul luar kulit saja. Tak meresap masuk ke dalam. Sebab pori tu tak dibersihkan sepenuhnya. So pakai toner ok! 



PRODUK KULIT BODYSHOP JADI PILIHAN!


3. MOISTURE WHITE™ SHISO WHITENING MOISTURE MILK

Lepas sapu toner, langkah seterusnya adalah memakai pelembab. Selalunya pelembab muka bila kita pakai, kulit akan rasa macam berminyak. Tapi yang ni, best sebab kulit tak berminyak. Tapi nampak lembab je. nampak mulus gitu. hehe. Dan yang paling best, aku pakai pelembab ni, sebotol tu tahan lebih 3 bulan! Jimat kan? Pakai sikit je pada kulit muka. Best tau! 


Bahan bahan yang ada dalam produk kulit Bodyshop Shiso. 

Satu set ni harga dia RM259. Sangat jimat. Sebab kalau beli loose, total semua sekali RM333. Tapi kalau kita beli terus 1 set yang ada cleanser, toner dan moistriser, cuma RM259. Jimat RM74. So jom kita spend sikit duit penat lelah kita bekerja dengan memanjakan kulit. Auuch..






 Penjagaan luar dan dalam kulit mesti dititikberatkan ok! :)


APA SEBAB KANAK KANAK KENA SARAPAN?

Sebelum pergi sekolah, anak anak korang sempat sarapan pagi? Atau ada tak anak anak korang yang tak suka sarapan pagi? Ok. Kenapa kanak kanak kena sarapan pagi ek? Eh banyak pulak soalan. Hehe. Sebab perkara simple macam ni kadang kadang kena ambil serius tau! Jadi sebagai mak mak, jomlah kita ubah tabiat anak supaya mereka sarapan sebelum ke sekolah. 
Kenapa kanak kanak kena sarapan?

Tanpa sarapan pagi, kanak kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal persekolahan

Sebab tu kena pujuk anak anak untuk sarapan pagi setiap hari. Sebab sarapan tu la penentu sama ada anak korang aktif atau mengantuk dalam kelas. Kalau mak mak yang sangat menjaga prestasi pelajaran anak, mesti sarapan pagi jadi keutamaan. Betul tak? 


Bagusnya kalau mak mak yang bekerja, sempat menghidangkan sarapan pagi berkhasiat macam tu. Kalau tak sempat macam mana pulak? Senang je, korang boleh bancuh sesudu Mealshake ni sebagai pengganti sarapan pagi dorang. 



Kalau nak dapatkan Satu Tin Mealshake sebagai percubaan dengan harga promosi, boleh whatsap 0126716961. Pengedar Mealshake anda! 

TIPS RAJIN MINUM AIR MASAK

Korang jenis rajin minum air masak tak? Mungkin ada yang tak rajin minum air masak. Alasannya air masak rasa tawar, tak sesedap air PEPSI atau pun FRESH OREN! Salah satu tips supaya rajin minum air masak, adalah dengan membeli bekas minuman yang comel dan kita suka! 

 TIPS RAJIN MINUM AIR MASAK

Ini apa yang aku rasa berkesan untuk diri aku. Aku memang tak suka minum air masak. Kulit kering macam mana sekali pun, tetap taknak insaf. Tapi nasib baik lepas terjebak dengan vitamin untuk kulit dari Shaklee, baru aku rasa, rajin nak minum air masak. Sebab kalau tak cukup 2 liter air masak sehari, sia sia makan supplemen. 

Supplemen hanya akan memberi hasil yang optimum jika kita minum air masak yang cukup! So aku harap tips rajin minum air masak ni, korang praktikkan. Aku tahu yang pompuan pompuan semua suka dengan bekas minuman air yang comel comel. Jadikan bekas bekas comel tu sebagai inspirasi kepada korang untuk rajin minum air masak. Sebab pergi ke mana mana mesti nak bawak bekas yang comel tu. Dan bila berada di mana mana, mesti nak minum air masak sambil tayang bekas minuman yang comel tu pada kawan kawan. (minum bergelen gelen tapi dalam hati ya rabi tak sedapnya air masak!) Haha. Ok. Keji tetapi tips yang sihat untuk diri sendiri. 


Aku pilih bekas minuman TUPPERWARE. Korang?

CARA ELAK MAKAN MALAM

Ada tak cara untuk elak makan malam? Ramai yang nak diet dengan cara elak breakfast tapi makan waktu malam berlebihan sebab dari pagi dah kelaparan. Salah tau! Cara terbaik adalah jangan skip breakfast, makan tengahari dan elak makan malam! Semak balik diet korang macam mana ek. hehe. Tapi macam mana cara nak elak makan malam? Perut dah nyanyi dongdang sayang mintak diisi. 

Salah satu cara untuk elak makan malam adalah dengan memilih protein dan elak karbohidrat. Sebab tu kena elak makan nasi pada waktu malam. Tapi ambil makanan kaya protein sebab protein lebih mengenyangkan dan mengurangkan rasa lapar. Seeloknya ambil makanan sumber protein ni pada waktu awal malam supaya tengah tengah malam korang tak geledah tudung saji cari nasi!


Ambil protein secukupnya untuk elak makan malam

Aku suka minum ESP. Energizing Soy Protein. Minuman soya yang NON GMO rendah lemak dan tinggi kandungan fiber. Memang sesuai untuk pengganti makan malam. So bila minum dalam pukul 8 malam macam tu, perut rasa kenyang. Berjaya skip makan nasi waktu malam. Hebat kan? Soya ESP yang NON GMO ni sangat bagus berbanding soya di pasaran sebab soya non gmo bermaksud soya tu tidak disuntik untuk cepat besar. Dia asli. Jadi hati hati ambil soya. Kecuali soya ESP Shaklee. Pasti selamat! Jom elak makan malam dengan ESP!

Jom dapatkan ESP paling murah melalui pengedar Shaklee anda yang sporting ni! Sms wasap Cik aish ye 0126716961. Boleh dapat konsultasi tentang diet!

FUNGSI LEUCINE UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN

Apa fungsi Leucine untuk turunkan berat badan?

Ramai nak turunkan berat badan tapi pastinya ramai yang tak tahu kandungan bahan dalam sesuatu supplemen tu. Supplemen yang mempunyai LEUCINE adalah paling baik untuk turunkan berat badan. 

 Leucine ni apa? 

Kenapa otot penting kalau nak turunkan berat badan? Sebab otot la yang menaikkan metabolisme dalam badan kita. Perasan tak ada orang makan banyak tapi berat tak naik dan kerap lapar sebab apa? Sebab metabolisma dalam tubuh dia tinggi. Ada orang pulak makan sikit je dah naik berat badan. Itu sebab metabolisme dia rendah. 

Macam mana nak naikkan metabolisme badan? Senang je. Pastikan diet kita mampu untuk bina otot! Tu la fungsi sebenar LEUCINE! Leucine adalah asid amino yang penting dalam pembinaan otot.Bila kita diet dengan supplemen yang ada LEUCINE, kita sebenarnya sedang menaikkan metabolisme badan supaya apa je yang kita makan akan cepat hadam.

"In studying exercise and how muscle develops, we found that leucine has a particularly unique effect in that it spares muscle proteins during weight loss, so you only lose the fat and not the muscle," Layman, at the University of Illinois at Urbana-Champaign

Dalam entry sebelum ini, ada kongsikan tentang supplemen yang tinggi kandungan LEUCINE. Nak tahu apa? KLIK sini. ok Selamat menurunkan berat badan!

ASTAKA MOROCCO PUTRAJAYA : LOKASI PHOTOSHOOT

Sebenarnya masih ramai yang tak tahu Astaka Morocco Putrajaya antara yang menjadi pilihan ramai bakal pengantin untuk photoshoot. Aku pun masa mula mula survey lokasi photoshoot untuk pre wedding, teruja, ada jugak lokasi cantik macam ni dekat Putrajaya. Dekat pun dekat dari rumah. Astaka Motocco antara lokasi photoshoot yang penuh dengan seni reka unik! 

Ini pintu masuk Astaka Morocco. Oh ye Astaka Morocco ni terletak di Taman Botani Putrajaya. Presint 1 kalau tak silap. Tak ada tiket pun. Masuk secara percuma je! 

Rekaan seni ukit dekat sini agak cantik jugak. terasa macam bukan dekat Malaysia puleks. hehe. Time aku datang ni tak ramai pulak. Kalau tak penuh dengan pengantin siap rebut rebut port nak ambik gambar. 



Aku paling suka ambik gambar dekat sini. Ni la tempat bergambar masa pre wedding dulu. Tapi penat dok cari dalam komputer. Tah ke mana pulak folder gambar tu semua. Tak pe kalau jumpa nanti next entry aku akan update gambar pre wedding dekat Astaka Morocco ni. 




Dalam Taman Botani ada taman. Dah nama pun taman. haha. so kitorang melepak tak hengat dunia kat sini. Ramai keluarga yang bentang tikar siap bawak bekal makan makan lagi kat sini. Tak kurang jugak yang berphotoshoot siap bawak belon belon, ah macam macam prop dorang bawak. 


 Ok Last sekali haruslah berphostoshot dengan Irine Humaira anak mama yang sorang ni. Tiada sebarang unsur paksaan pun kat gambar ni tau! Hehe. Oklah. Sebenarnya banyak lagi gambar Astaka Morocco yang aku nak upload tapi banyak dalam folder Pre wedding yang tah kemana masih belum dikesan sampai ke harini. hehe. 

Next time dah jumpa aku post entry pasal pre wedding dekat Astaka Morocco pulak ye.

FESTIVAL PENGANTIN MALAYSIA 2014

Tags


 Festival Pengantin Malaysia 2014

Festival Pengantin Malaysia yang diadakan dari 10 hingga 12 Oktober 2014 bertempat di Kompleks PKNS Bangi pastinya sesuatu yang ditunggu tunggu oleh semua bakal pengantin! AKu sendiri pun teruja tengok pelamin pelamin moden sekarang ni. Rasa macam nak bersanding lagi sekali puleks.. 


Ada Rumah Kebaya tau! Kalau korang nak tau pasal Rumah Kebaya ni, search dekat facebook. Femes jugak butik pengantin ni tau! Decoration dia pun tiptop. Tengok la pelamin yang kitorang snap ni! 


Yang ni pulak hiasan meja tetamu ataupun sesuai jugak kalau kita nak pilih untuk meja makan beradab. Kelasss you. Memang cantik. Eh baju aku macam menepati tema pulak kan?


Yang ni aku tak sure pulak tempat apa. Moden sangat majlin kahwin sekarang sampai aku pun tak tahu ni untuk apa sebenarnya. Mungkin tempat datin datin dan datuk datuk berkumpul? Hihihih


Lastly haruslah bergambar dengan pengantin sedondon dengan kitorang. Warna pink belacan memang cantik kalau pakai hari bersanding. Nampak sweet je. Betul tak wahai penggemar pink?

Siapa yang tengah plan nak kahwin tu boleh la survey apa apa yang patut kat sini. Seeloknya pelamin dan baju ni pilih awal awal sebab selalu fully book lagi lagi butik yang terkenal macam RUMAH KEBAYA tu.





RAHSIA SUAMI CEPAT SIHAT

Assalamualaikum


Rahsia suami cepat sihat? Macam ni, sejak exident motor last month, tulang bahu suami patah. So terpaksa warded dan buat operation masuk besi. Bila tulang bahu yang patah, banyak kerja terbatas nak buat. Tapi minggu lepas bila checkup, doktor puji sebab cepat sihat. Luka operation cepat kering, dan pergerakan sendi tu makin ok. Means tangan tu dah boleh digerak gerakkan walaupun sengal sengan sikit. Alhamdulillah suami cepat sihat! 


 Gambar Xray tulang bahu atas adalah suami punya, yang bawah contoh tulang bahu orang lain yang sihat dan normal. hehe


Bila dah jadi macam ni, aku mintak suami amalkan supplement untuk dia cepat sihat. Aku ada baca satu artikel mengenai masalah tulang dan sendi. Artikel ni pun menyokong pengambilan supplemen untuk tulang kita. Bukan orang yang dah patah tulang je kena amalkan, kita yang sihat walafiat ni pun kena start amalkan sebab tulang kita bukan sentiasa muda! Ini lah rahsia suami cepat sihat. hehe

Mengamalkan supplement yang akan membantu dan menyihatkan tulang dan sendi yang mempunyai kandungan kalsium dan vitamin D pada setiap hari. Walaupun kalsium diketahui mengurangkan risiko tulang rapuh ia juga berperanan dalam memastikan kemantapan otot, pembekuan darah dan fungsi saraf. Malah ada kajian yang mengaitkan kepentingan kalsium dalam mengurangkan risiko kes berulang polip pada kolon iaitu faktor yang merangsang barah kolon... sumber http://sihatkantulangsendi.blogspot.com/

Shaklee ada produk yang terbaik untuk masalah tulang dan sendi. Memang aku paksa suami makan set ni. Ada Advanced Joint Health untuk sendi, Zinc untuk sembuhkan luka, dan Ostematrix untuk tulang. 


Zinc pula aku pilih sebagai pengganti ikan haruan. Ya. Ikan haruan mempunya khasiat Zinc yang tinggi! Sebab tu aku pilih Zinc Complex dari Shaklee untuk sembuhkan luka pembedahan suami. Lebih mudah, simple dan senang ditelan. Tak perlu minum pati haruan lagi dah 


ikan haruan mempunyai khasiat ZINC yang tinggi untuk penyembuhan luka!


rahsia suami cepat sihat dengan ostematrix!

Untuk tulang pula, aku pilih OSTEMATRIX Shaklee. OSTEMATRIX Shaklee ni istimewa sangat sebab dia complete dengan VITAMIN D. Oh ye kalau nak cari sumber kalsium untuk tulang, pilih la yang ada bersama vitamin D sebab vitamin D fungsi untuk membantu tulang menyerap kalsium. So dalam Ostematrix dah ada kalsium dan Vitamin D, senang. Terus telan je. 

Alhamdulillah, suami cepat sihat sejak makan 3 botol supplemen ni. Rahsianya, mestilah kena konsisten makan supplemen dan jangan skip skip. So harap harap lepas ni hati hati bawak motor ke bawak kereta ke ok! 

Dapatkan SET TULANG DAN SENDI melalui SMS/Whatsap 0126716961 
Pengedar Shaklee terbaik anda :)