HEBAT ATAU TIDAK SEO BLOG CIK AISH?

Tags
Dah lama tak check berapa markah SEO untuk blog ni. Last check masa zaman aktif berblogging dulu. Tu pun dapat score 38% je. Sedih kan? Rasa nak humban laptop masuk peti ais. Bagi beku! Tapi harini bila check balik, dah improve sikit sikit. Alhamdulillah. 

Kat mana nak check markah prestasi SEO blog kita?
https://chkme.com/page-seo-tools



So kawan kawan apa lagi! Jom kita improve blog kita supaya mesra SEO! 


PEREMPUAN MANGSA FASHION

Tags
Pernah tak korang tegur kawan kawan atau kawan kawan yang tegur korang, "apa ke pesyen baju yang kau pakai ni?" Memang sentap bila dapat teguran macam tu. Tapi memang betul pun. Sebab sekarang aku tengok ramai gila yang berfashion pelik pelik. Fashionista sangat hehe. Expecially kaum perempuan. 

 Perempuan, shopping dan fashion.


Tapi nak buat macam mana. Kalau lelaki yang baca entry ni, diharap korang dapat faham kenapa perempuan kadang kadang berfashion tanpa mengukur baju ke badan sendiri. Depa dok ukur baju di badan orang lain yang selera tinggi. Itu pasal la! Hehe. 

Tapi sometimes you guys kena faham naluri perempuan macam mana. Kami nak sentiasa nampak cantik. Itu fakta ye! Dan itu keistimewaan kaum perempuan. Sebab? Boleh berfashion tanpa limit. Contoh paling senang, kalau pergi baby ekspo, korang nampak baju bayi perempuan lagi banyak atau baju bayi lelaki lagi banyak? Ofkos bayi perempuan betul tak? Gaun je berjenis jenis. Warna pun tanpa limit. Perempuan boleh pakai semua warna. Lelaki boleh ke? Lelaki boleh pakai baju pink dengan corak bunga dan hiasan lace? Ewww maybe boleh dengan hasil rekaan Rizalman. Kot. 

Suka tengok Filem Devils Wear Prada. Memang mengundang nafsu untuk berfashion hehe :)

Kenapa kaum perempuan suka berfashion? Salah satunya adalah sebab kami ni memang mudah terpengaruh. Aku teringat lagi zaman sekolah menengah dulu. Batch 1998 trend kain sekolah labuh sampai kan ramai makcik makcik tukang sapu berterima kasih kat kitorang sebab bantu ringankan kerja dorang sapu sampah dekat koridor kelas. Sobs.

Lepas habis trend kain sekolah labuh menjilat simen, keluar pulak trend kain sekolah senteng. Nak nampak lagi gojes, pakai stoken pendek paras buku lali. So terserlah sikit kaki tu kan? Ops trend ni aku dah habis sekolah ok. Nasib baik kalau tak dengan aku aku sekali terjebak. See? Betapa kaum perempuan mudah terpengaruh dengan trend berfashion. 

So bila aku pikir balik, kenapa kaum perempuan suka berfashion sampai jadi mangsa fashion? Kenapa aku cakap mangsa fashion? Satu, fashion kadang kadang tak kena dengan gaya dan personaliti kita. Ye. Fashion A memang cantik tapi untuk tubuh S je. So kalau yang bertubuh L, pakai fashion A, memang kelaut jawabnya. 

Quote makcik ni mungkin pennyebab kita untuk berfashion kan? hehe


Dua, why kita kena berhabis wang ringgit demi nak menuntut kepuasan berfashion? Kalau kita spend ratusan ringgit atau ribuan ringgit srtiap bulan semata mata nak mengejar trend berfashion yang terkini, adakah kita dapat kepuasan tu? Well orang akan cakap, ala apa salahnya reward diri sendiri. Berkorban sikit kalau nak berfashion. Tapi kalau habis ribuan ringgit untuk satu fashion yang tak kekal lama, silap silap terkorban terus. Hehe. 

Sebab tu kalau time nak raya, tiap kali nak buat baju raya, mak mesti marah aku kalau aku buat kurung moden. Mak kata, buat apa buat kurung moden, pakainya limit je. Tak semua event sesuai pakai kurung moden. Lagi pun tak selama lamanya badan kau solid aish oi. Wahh terus aku sentap. (mak! Aish makan set slim shaklee tau opkos leh menten solid!) haha. Tapi ada betulnya apa yang mak kata. Baik buat baju kurung biasa je. Fashion yang tak lapuk dek zaman! 

So jom la kita check balik diri kita adakah kita ni mangsa fashion atau tak. Percayalah. Tak berfashion pun, kalau kita yakin dengan kecantikan kita, mesti kita akan rasa pakai apa pun pasti nampak cantik tau! hoyeh! Lagi pun, less is more. :)

Peace! Klik button Share!

CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 7 - APA YANG SAYA BACA?

Tags
Bila aku nampak aje tajuk ni, aku dah mula stress! Haha. Sebab aku memang tak minat membaca. OMG! Tapi masa zaman sekolah dulu pernah la satu dua novel aku baca. Tu pun novel tajuk apa tah sebab nak masuk periksa bahasa melayu SPM! omaiii! Actually aku lebih suka mengGOOGLE! Sebab semuanya di hujung jari. But yeah..still aku tak nafikan pembacaan dari sebuah buku tu adalah lebih baik dan afdol! 

Apa pun, hasil pembacaan aku harini adalah dari mukaBUKU, hehe. Marilah sama sama aku kongsikan tentang perihal seorang suami. Dalam banyak banyak bebelan kawan kawan aku yang dah berkahwin, antara bebelan yang paling tops sekali adalah tentang bagaimana mereka nak menerima kelebihan dan kekurang seorang suami. 

So hasil pembacaan aku harini

Ada suami yang tak pandai urusan rumahtangga namun dia BIJAK BERJENAKA. Meriah suasana. Ada suami jarang menghadiahkan bunga tapi selalu belanja anak dan isteri makanan istimewa. Ramai juga suami yang tak tahu memujuk tapi pandai bertolenransi bila diminta bantu sini sana...




Jadi aku terfikir, apa salahnya jika kita ketepikan kekurangannya dan ambil kelebihannya. Sebab tiada yang sempurna. Kalau suami kita tak sado macam Zul Ariffin, mungkin dia pandai ambik hati kita. Kalau suami kita sibuk bekerja, kita fikir positif mungkin dia nak jadi suami terbaik nak lengkapkan makan pakai kita anak isteri. 

Lastly, kepada yang rajin membaca buku, keep it up!

CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 6 - MY LOVE

Tags
Bila sebut tentang my love atau pun cinta hati, dalam awan masing masing mesti keluar muka boyfriend, girlfriend. Masa bercinta, semua nya indah. Kentut bau teloq pun dikatanya wangi. Itulah penangan cinta hati katenya. Tapi aku taknak sentuh pasal cinta pada manusia. Kerana cinta pada manusia boleh hilang sekelip mata. Iskk. Tapi aku nak sentuh pasal cinta hati aku yang satu ni. KAMERA! 


Blogger picisan macam aku, apa lagi cinta hati yang ada kalau tak kamera? Sebab bila ada kamera, baru ada gambar. Bila ada gambar, baru ada entry! ye dok? hehe. Dan yang pastinya, gambar takkan hilang. sebab tu cinta hati kebanyakan blogger adalah kamera! Wajib ada dalam hanbag tau! Tak pun wajib ada kat leher. Yela. rantai berbuahkan DSLR! ahaks

Tapi aku tak guna DSLR pun. Aku cuma guna kamera fon je. Sebabnya aku memang tak kuasa nak mengangkut kamera besar besar dan berat tu ke sana sini sejak irine lahir. Nanti irine tah ke mana, kamera tah ke mana. Aku cuma bergantung harap pada kamera fon je sekarang. sodeh kan? Tapi takpe. Yang penting kamera fon aku boleh la bawak ketengah sikit.  Dan aku nak kongsi apa application wajib ada dalam kamera fon macam aku. 



1. CAMERA 360
Aku sekarang lebih suka snap gambar pakai camera 360. Selain gambar nampak lebih cantik, kulit makin mulus, tapi Camera 360 boleh digunakan walaupun bateri handfon tinggal 5%!!! Kalau camera handfon yang biasa tu, bateri low memang tak boleh on camera kan? Tapi tidak pada Camera 360. Bateri nazak pun, still boleh snap gambar! Hoyyeh 



2. PICSART
Aku suka buat poster. Kerja sebagai parttime Shaklee ni, memang memerlukan PICSART. Sebab kat situ lah aku nak crop ke, nak edit ke, nak tambah bingkai ke, nak letak watermark ke pada poster poster aku. Aku lebih selesa guna PICSART! Sangat friendly user tau! 

So itu lah cerita tentang my love, cinta hati gue. hhihih. Kalau korang pernah buat entry tentang applikasi kamera yang best best, jangan lupa tinggalkan link entry tu dekat bahagian komen ni ye sebab aku nak terjah! Ok bye!!


CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 5 - ADA APA DALAM BAG SAYA?

Tags
Bila sebut pasal bag, dengan seikhlas hati sambil buat muka penuh kejujuran, aku memang jarang beli hanbag. Handbag yang terakhir aku beli adalah erm....Masyallah tak ingat yang mana dan bila. rasanya dah 4 5 tahun aku tak pernah beli bag. Hahahaha. Sangat tak girly langsung cik aish kita ni. Tapi last 2 years kakak ada belikan hanbag longchamp untuk aku. Terima kasih atas buah tangan mu yang mahal tu. Longcham ori kat malaysia pun cecah 5 6 ratus. Mahal bagi aku. Tapi motip dia belikan mungkin sebab kesian dengan adiknya yang jarang beli hanbag. haha.Aku memang dilahirkan untuk tidak gemar dengan handbag!



Apa ada dalam bag cik aish kita ni? KITA TERJAH!! 


HANDPHONE
Aku cuma pemilik Samsung Galaxy S3 saja. Belum teringin lagi nak tukar handset ke siri siri yang seterusnya. Sebab aku cuma light user je. Beli yang cangging canggih sangat pun kalau gunanya cuma untuk whatsap, call mak kat kampung, call hubby tanya bila nak balik rumah, baik tak payah kan. Tapi mungkin aku akan tukar fon tak lama lagi. Sebab? Skrin retak. Betapa retak dan berkaca kaca mata aku bila tengok skrin fon dah retak seribu. Tu la. Sombong sangat taknak tukar. hahaa 



POWER BANK 
Aku merupakan seorang pengguna tegar sebijik henfon. kalau tak takkan sampai retak skrin kan? Ha gitu. Jadi aku memang betul betul pastikan powerbank ada dalam handbag. Dan pastikan kabel ada, dan fully charged! Bayangkan stu hari aku kena charge fon sampai 3 kali! Sebab aku nak reply semua wasap customer shaklee. Tak nak la dorang wasap, aku lambat reply. Servis mesti cepat betul tak?

PURSE
Yang ni kalau tak bawak, jawabnya jadi pendatang asing kejap lah aish oi. So benda paling wajib ada, purse la. Sebab situ la ic, situlah kad nikah, situlah kad bank, dan macam macam resit penuh dalam tu. Resit tebal dari duit tau! hehe. 




BAG MEKUP
Mekup la sangat aku ni. Aku memang tak pakai mekup pun. Last aku mekup adalah masa hari persandingan aku dulu. Sebab tu aku rasa sayang je nak tanggal mekup malam tu. Kalau boleh nak malam pertama dengan mekup di muka. haha. over di situ kan. Tapi alhamdulillah. Sebenarnya bila kulit kita jarang mekup, kulit rasa senang bernafas. Jerawat pun tak keluar. Lagi pulak aku guna supplement Shaklee. Sebab aku yakin, kulit cantik bukan dari mekup. tapi dari pemakanan kita. So cukuplah sekadar Compact Powder, Eyeline, Lipstick. 




SUPPLEMENT CASE
Aku memang pengguna Shaklee. So aku make sure akan ambil supplemen secara teratur. Tak nak skip skip. Sebab tu pergi mana mana mesti bawak supplement case. Kalau heavy duty kat tempat kerja, makan supplement memang penyelamat! Bertenaga balik tau! 

Ok. Ini jela barang yang ada dalam hanbag seorang Cik Aish. Simple je. Aku tak suka penuhkan barang dalam hanbag. Buat berat nak bawak je. Dan lagi satu, kalau bawak banyak sangat barang, means aku kena beli hanbag baru yang banyak compartment. Sebab hanbag longchamp ni takde compartment. Sebab tu tiap kali nak cari barang, memang bercinta habis! 

 
  So, life ni simple sebenarnya. Sesimple bag aku. hehe. plis dont mess up!




CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 4 - TIPS DEKO RUMAH ALA ALA DEKO BERSAMA ERIC

Tags
Bila sebut pasal dekosrasi rumah idaman, aku memang adore gila dengan sentuhan kreatif Eric dalam DEKO BERSAMA ERIC. Rizalman pun tak kalah jugak. Sentuhan dua orang ni dalam mendeko rumah, memang superb! Kadang kadang rasa macam tak percaya bila tengok gambar sebelum dan selepas. Rasa macam nak panggil je salah sorang tu datang rumah aku dan deko secara percuma dan seikhlas hati!




Jadi kali ni aku nak share sedikit tips untuk deko rumah supaya nampak cantik macam deko bersama eric tu! 

1. Pilih warna cat yang sesuai. 
Selalu kalau aku jalan raya, aku suka tengok rumah dorang. Ada yang pilih cat yang sangat sangat cantik dan sesuai dengan dekorasi dalam rumah. Jadi aku cadangkan supaya pemilihan cat mesti sesuai dengan berapa luas rumah kita. Kalau rumah kita ada ruang yang besar, boleh guna warna tanah/gelap/. Tapi kalau luas rumah tu kecik, selalunya bilik tidur la kan..elak pilih cat yang gelap sebab ruang akan jadi lagi sempit! urghh

2. Kombinasi warna
Kalau dah pilih cat yang gelap untuk dinding, elakkan pemilihan ton warna yang gelap juga untuk perabot dan fabrik macam langsir. Sebab nanti pemandangan akan jadi lagi suram. Dan nyamuk pun suka nyorok dekat rumah korang hehe. Cuba buat kombinasi warna yang berlawanan. Kalau dinding gelap, mungkin fabrik dari sofa atau langsir boleh pilih warna cerah. Macam aku, aku suka kombinasi dengan putih. Nampak kelasss you! 


3. Bilik kecik tapi nak cat gelap jugak, camne?
Bilik aku pun kecik jugak. Tapi aku suka sangat dengan warna gelap macam ungu cadbury tu! So apa kata buat dua kombinasi warna. Pilih satu side je untuk cat warna gelap manakala yang selebihnya cat putih bagi nampak ruang lebih luas! Oh ye macam dinding purple bilik aku tu, actually tak siap lagi part frame. hehe. Nampak tak kontra kat situ? Cat gelap, tapi kita lawankan dengan aksesori terang macam frame berbingkai putih! 

Actually 3 tips ni je yang paling penting yang boleh aku kongsi dengan korang semua. ketiga tiga tips memang berkisar tentang pemilihan warna! Yela warna memang penting kan? Perabot mahal macam mana sekali pun tapi kalau cat tak sesuai, rumah nampak suram, nampak kecik, tak guna jugak kan?

Jom cuba! :)

CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 2 - RESEPI PUREE BAYI YANG MENGENYANGKAN!

Tags

Irine dah cecah 7 bulan. Ingat lagi masa umur dia dah masuk 6 bulan, terus eksaited cari semua resepi untuk hasilkan puree terbaik dan tersedap di dunia!!! Kalau boleh taknak bagi Irine makan puree segera dalam botol yang jual kat kedai tu. Walaupun packaging nampak menarik, tapi khasiat pureee asli buatan ibu sendiri adalah lebih afdolllll!!! 

 

Pertama sekali yang aku buat adalah membeli BABY BULLET yang macam ala ala mini blender khas untuk blend sayur ke buah ke atau apa je untuk dibuat puree. Aku beli dekat LAZADA. Memang murah dan sangat best bila guna. Tapi aku taknak cerita pasal tu. Aku nak cerita pasal reepi pertama yang aku buat untuk bagi Irine. Pengalaman resepi pertama tu la akan ku ingat sampai bila bila. Irine mesti gelojoh nak makan untuk pertama kalinya sampai sudu pun dia nak telan kalau boleh! 

 

So resepi puree pertama yang aku cuba adalah berasaskan KELEDEK. Sebab aku perasan Irine tak suka masam masam macam epal ke atau apa apa jela yang masam, tapi dia suka yang lemak dan manis. So resepi pertama aku memang menjadi kegemaran Irine. Hihi. Keledek memang sedap dibuat puree! 


Bahan bahan :
Keledek
Air masak secukupnya untuk mengukus

Cara memasak :
1. Masukkan keledek ke dalam pengukus dan letak atas air mendidih
2. Kukus selama 15 minit atau sehingga lembut
3. Sejukkan keledek sebelum mula kisar dengan BABY BULLET! Jangan kisar dengan air panas sebab boleh menumpulkan mata bilah BABY BULLET tu
4. Bila dah sejuk, baru kisar, dengan campurkan dengan sedikit air masak. 
5. Kisar sehingga lembut dan sebati sesuai untuk bayi 6 bulan makan ye. 


Ok. Pejam mata pun boleh buat hidangan puree yang sangat enak ni! Selalunya aku hidangkan macam ni je dan campur sedikit dengan susu perahan atau susu formula. Bagi rasa lemak manis berkrim. Keledek ni kalau korang nak tahu, pengganti makanan ruji macam nasi pada zaman dulu tau! Ni mak aku la yang cerita. Masa zaman Jepun dulu, takut keluar rumah, so ambik keledek buat makanan ruji kat rumah. Memang mengeyangkan!  


 

Patutla irine tersandar kekenyangan lepas makan puree keledek!
Badan pun macam keledek. adoi la

Selamat mencuba!


CABARAN 30 HARI BLOGGING DAY 1 - SIAPA BLOGGER CIK AISH?

Tags
Tajuk kali ni agak berani. Berani sebab nak perkenalkan diri sendiri. Walaupun takde siapa yang heran siapa Cik Aish. Tapi buat buat budget macam ada orang nak kenal siapa Blogger Cik Aish. Bajet diri ni fofular walaupun sebenarnya cuma suam suam kuku je. Teehee.. 

Siapa CIK AISH? 
Aku cuma seorang blogger yang mula menjinakkan diri dalam dunia blogging seawal tahun 2009 lagi. Means aku dah 5 tahun dalam arena blogging. Aku seorang graduan jurusan FINANCE dari UITM. Sebab tu aku pernah buat entry tentang Pak Guard UITM dulu. haha. Sekarang aku merupakan pekerja di PKNS sebagai Finance Executive. Dan sejak tahun lepas aku dah mula aktif dalam business Shaklee sampailah aku dapat naik rank sebagai SUPERVISOR dan pernah ambil award, boleh rujuk entry tu dekat sini. 

PERNAH AKTIF DAN DEKAT DENGAN BLOGGER LAIN
Ya. Aku jenis yang suka blogwalking dan komen komen blog orang. Cuma sekarang mungkin kekangan masa tapi still jadi silent reader. Aku suka blog yang cantik. Sebab tu aku cuba sedaya upaya untuk cantikkan blog aku sampai pernah jahanam blog aku dulu haha. Nasib baik ada kawan yang tolong setelkan masalah koding blog. Tapi learn from mistake. Aku banyak buat tutorial berdasarkan apa yang aku buat dekat blog. Mana yang error aku tak buat tutorial so tak perlu risau. heh. Alhamdulillah ramai yang faham apa yang aku ajar dalam tutroial. Tapi sekarang aku tak sure boleh pakai lagi ke tidak tutorial ni sebab blogspot banyak dah tukar layout. 



BLOG REVIEW DAN BLOG KONTEST
Aku juga seorang blogger yang suka review blog orang lain. Sampaikan aku bermurah hati nak anjurkan satu segmen BLOG REVIEW. Dalam masa sama aku dekat dengan blogger lain, kami jadi rapat dan saling bertukar pendapat. Wahh ayat tetiba skema. Dan aku seorang penggemar membuat kontest! Antara Kontest yang aku anjurkan.. 




SUKA KONGSI TIPS!
Jangan tak tahu, sejak dumenjak ni aku memang suka buat entry tentang tips. korang search jela tips apa yang ada dengan manaip keyword TIPS dekat bahagian CARI APA? sebelah kanan sidebar. Nahhh..keluar semua tips! Tips blogging ada, tips interview ada, tips kurus, tips cantik, tips jaga anak kucing pun ada..Tak percaya? CUbalah!


So kenapa korang kena follow BELOG CIK AISH? Sebab aku jenis yang jarang update tapi sekali update, aku akan pastikan entry tu bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bukan sekadar nak update setiap hari tapi kualiti cincai boncai. So harap harap korang stay jadi follower blog ni. Sebab tanpa korang, siapa lah daku. Teeehee.. 

Ok bye!

MAJLIS AQIQAH DAN KESYUKURAN PALING SIMPLE UNTUK ANAK PERTAMA!

Tags
Entry kali ni adalah entry yang banyak gambar. Diharap korang semua dapat akses dengan pantas dan pastikan kuota internet menepati citarasa. Teeheee. Aku nak bercerita tentang Majlis Aqiqah Dan Kesyukuran untuk si tecik bambam IRINE HUMAIRA yang dah masuk 7 bulan. Walaupun diakui agak terlambat untuk buat majlis ni, tapi tak mengapa. Janji buat. Baby tua pun tapi still a baby okay! 

Majlis ni aku buat pada Hari Malaysia. 16.09.2014. Dengan harapan si tecik ni akan ingat tarikh aqiqah dia sama dengan hari tertubuhnya Malaysia tercenta. Waaahaa. Patriotik la kau dah besar nanti ye! Actually risau jugak pilih tarikh ni sebab jatuh hari Selasa. Means, Isnin maybe ramai yang cuti balik kampung. Tapi takpela. Jemput je. Kalau takde yang datang, aku makan sorang sorang kambing tu! 

KAD JEMPUTAN
Kad jemputan pun ada? Hehe. Saja je. Nampak lagi formal rasanya jemput pakai mulut, datang jumpa jiran dan bagi kad ni. Ada yang puji cakap cantik siap tanya mana tempah..Buat sendiri kot. Takde la cantik mana. Google je gambar kad, edit sikit sikit, print guna photo paper. RM15 untuk 30 keping. Pengsan. Heee.. 

Taraaa...Comey tak comey tak.. 

By the way, hari Ahad PP Epal dah pergi ikut pakcik katering untuk sembelih kambing buat aqiqah tu nanti. Actually aku tak suka tengok, tapi dia pergi wasap jugak gambar dekat aku. Eeeiss. So aku pun tepek la kat sini buat tontonan korang. muahaha. Tapi jangan risau. Gambar sebelum sembelih je pun.

Rasulullah bersabda dalam sebuah hadis:
“Sesungguhnya manusia pada hari kiamat nanti akan diminta tanggungjawabnya atas aqiqah, sebagaimana akan diminta tanggungjawabnya atas solat-solat lima waktu.” Wallahuaklam

PERSIAPAN DOORGIFT

Doorgift memang last minute. Sebab fikirkan jemputan bukan banyak macam kenduri kahwin so last minit pun boleh buat. Last last takde masa nak buat, tempah online je. Doorgift tu kalau boleh nak bagi sesuatu yang orang akan simpan, tak boleh buang, dan ingat anak aku sampai bila bila. hahahaha. So, aku tempah Yasin mini ada gamabr Irine dekat cover dia. Aku tempah dekat GIFT GARDEN Servis pun ok. Mampu menyiapkan tempahan last minute macam aku. huhuhuh..



Selain Yasin, aku bagi cupcake yang aku tempah dari Simply Cakes by Sofie. Memang sedap kek dia. SANGAt! Sebab kebanyakan bakery online, kek fondant memang cantik cantik nampak mabeles. Tapi rasa dia kureng. Kadang kadang luaran je cantik tapi dalam dia..tak boleh nak makan. Tapi bakery online ni, kek dia semua sedap sedap. Harga pun berbaloi. Aku selalu order kek dari dia. Cakap je nak design macam mana, dia boleh buat. 

So semua tu aku letak dalam paperbag je. Aku pilih brown paperbag macam ni je sebab nampak simple dan comel! Paperbag pun tempah dari orang yang sama jugak. GIFT GARDEN. Aku memang request untuk letak gambar irine. So sama sama la aku dengan pp epal pilih gambar paling bambam sekali untuk letak dekat paperbag. Yea!!


BUNGA TELUR

Sebenarnya bunga telur ni memang permintaan mak aku. Biasalah, orang orang tua mesti nak bagi telur jugak pada tetamu. Takde telur, maka tak lengkaplah majlis katenye. Melampau gitu. So aku just pergi Nilai 3 dan beli bunga telur ikut tema kaler PINK BIRU.


PLAYPEN VS BUAIAN BERENDOI

Actually baby yang diraikan dah agak lasak so aku decide untuk taknak guna buaian berendoi. Aku just decide untuk buat satu corner untuk letak playpen dan hias la apa apa yang patut. Hias ikut kekreativitian yang tak berapa nak kreativ ni. Hasilnya? Nah!


Simple tapi padat dengan warna tema biru pink! Takde buaiana berendoi. Cuma playpen je sebijik sebulat suara. Hehe. Teddy bear tu puas aku kumpul dari anak anak sedara aku yang lain. Ucu pinjam kejap ye. haha. Sebab Irine takde teddy bear. Yang ada cuma yang pink besar tu je. Tu pun PP Epal hadiahkan masa time bercinta dulu. Entry suwit muwit tu kat sini. Tehee..Nak jugakkk!!! 

BAJU

Ok, part baju memang unexpected. Sebab plan asal nak bagi irine pakai baju kurung raya dia haritu tu je. Sebab last minute kan. Memang tak sempat nak cari baju. Tapi untungla dapat mak sedara yang nak sponsor. Hehe. Rezeki irine dapat baju sponsored by! Terima kasih!

 STOKIN 

 HAIRBAN

 LACE DRESS





Dalam sebuah hadis riwayat Al-Baihaqi dari Aisyah R.A.;
“Menyedekahkan daging aqiqah dalam keadaan sudah dimasak itu adalah sunnah.” 




Gambar bertiga tak banyak. Mungkin PP Epal taknak bergambar sangat sebab tangan dia tu. Actually kesian ayahnyaa eksiden seminggu sebelum majlis. Nasib baik tak ada apa apa yang teruk. Dan nasib baik aku SID Shaklee! So harusla aku pantau kesihatan dia dengan vitamin terbaik tu! Nak bagi cepat sihat!



 Nasib baik irine tak meragam sepanjang hari semalam. Cuma dia mengantuk jela. Hehe. Bila nak habis marhaban katanya..Lama bebenau!

Ini adalah kawan baik aku sejak dari zaman belajar dekat UITM Kampus Bandar Melaka lagi. Lepas grad, kitorang berpisah kejap. Masing masing kerja tempat lain lain tapi tahun 2011 kalau tak silap, aku sebumbung satu tempat kerja dengan dia. Dia sangat baik. Pendengar setia, kawan yang memahami dan berkongsi suka dan duka sama sama. Alhamdulillah dipertemukan dengannya. :)

So inilah cerita tentang majlis Aqiqah dan Kesyukuran Irine Humaira. Sekali seumur hidup. Tapi tak tahu la pulak kot sekali setahun ke kan? ohlalalala. 
 


KAWAL SELERA MAKAN DENGAN CARA SARAPAN PAGI?

Rutin harian setiap pagi. Bangun pagi, dah start pikir apa nak makan pagi tu. Lagi lagi weekend. Dah jadi kebiasaan keluarga aku, pagi pagi makan berat. Ada jugak yang pelik, tak sakit perut ke pagi pagi dah makan berat macam nasi goreng? NASI! Tu belum abah lagi, nasi goreng tak main la. Nasi panas panas makan dengan lauk pauk. Lagi hebat! (so tak perlu ikut gaya pemakanan abahku ok. hehe)



Tapi alhamdulillah. Keluarga aku jenis yang makan berat waktu pagi tapi tak ada masalah obesiti. Mungkin keluarga jenis badan metabolisme tinggi. So berbalik pada tajuk. Kenapa ramai orang takut untuk sarapan pagi? Kenapa ramai yang sanggup skip sarapan pagi dan tunggu untuk makan tengahari sekali. Jawapannya sebab dorang takut gemuk kalau makan pagi, malas nak pergi sarapan, kerja banyak, sibuk dan sebagainya.

Tapi berlainan pula dengan pendapat KEVIN ZAHRI! 

Elak Sarapan?

Saya memang tidak faham logik amalan elak memakan sarapan. Terlalu sibuk? Tiada masa? Nak kurangkan kalori? Jangan tak makan sarapan. Yang rugi nanti anda. Makanan sarapan penting untuk break-fast dan bekalkan nutrisi dan tenaga untuk aktiviti anda. Jangan tunggu sampai di pejabat baru nak makan. Cuba makan secepat mungkin untuk bantu 1) bekalkan tenaga badan 2) tingkat kecergasan mental dan 3) penting dalam mengawal nafsu makan. Kalau tunggu sampai di pejabat baru nak makan, sudah tentu nafsu makan sudah bergelora. Jangan. Makan sarapan secepat mungkin.
So kenapa perlu skip sarapan pagi? Sebab sarapan pagi adalah permulaan hari kita. Penentu pada tenaga kita. Sarapan pagi boleh bekalkan tenaga untuk otot kita. Otot ni lah yang bekerja untuk hadam apa yang kita makan. Otot tak ada tenaga, proses hadam pun jadi perlahan. Sebab tu kita jarang buang air besar. Lemak berkumpul! Perut buncit! See?  
So jangan skip sarapan pagi! Rugi! Sarapan sangat penting untuk metabolisme harian korang. Jangan tunggu sampai lapar baru nak pergi makan. Jadikan sarapan tu rutin harian korang bermula hari ini! 


CARA KAWAL NAFSU MAKAN UNTUK BERAT BADAN IDEAL

Ramai yang nak kurus tapi tak mampu nak mengawal nafsu makan. Pantang kawan ajak keluar. Lepak pulak dekat kedai mamak. Pekena roti canai cheese, teh tarik lemak manis berkrim. Memang syok! Lagi lagi kalau kawan belanja. Memang tak ingat dunia! Kann..

Boleh ke kawal nafsu makan kalau kawan belanja makan roti canai telur cheese nih? Gulp. 

Sebenarnya kalau nak kurus, pertama sekali aku nak nasihatkan, NEKAD! Mesti nekad dalam apa juga benda yang kita nak lakukan. Nekad untuk diet. Nekad untuk senaman secara konsisten. Nekad untuk ambil supplemen yang boleh bantu kawal selera makan. Bila orang tanya, macam mana nak kurus ni. Si kawan jawab, diet jela. Exercise jela. Tapi lupa satu patah perkataan yang paling penting iaitu NEKAD! Nekad ni maksudnya tak boleh la harini diet, esok melantak. Harini joging, esok tidur terbungkang. Kena ISTIQAMAH! 

Teringat masa borak borak dengan kawan. Dia ambil set Slim Tiga Serangkai Shaklee yang terlajak laris tu! Boleh rujuk sini kalau nak beli ye. Then dia memang nak kurus sebab tu ambil set ni sebab dia kata ramai kawan kawan ofis berjaya turunkan berat badan dengan set slim tu. So orang ambik dia pun nak ambik. Tapi sayang, sebab satu, dia tak konsisten ambik supplemen. Kedua dia tak nekad untuk jaga pemakanan. Bergantung seratus peratus pada supplemen je mana boleh. 

Supplemen boleh bantu kawal selera makan ke?

Jawapannya boleh! Cuba tengok perkongsian KEVIN ZAHRI tentang tips untuk kawal selera makan. Antaranya adalah penggunaan supplemen. Tapi pastikan supplemen yang selamat dan semulajadi. 


GLA Shaklee mampu kawal selera makan!
Betul. 

GLA Complex Shaklee mengandungi asid linolenik gama yang merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk prostaglandin. Prostaglandin pula merupakan bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur proses-proses badan yang normal. GLA Complex Shaklee terdiri dari minyak benih matahari yang merupakan sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia juga mengandungi vitamin E yang berfungsi melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel (Ducker Em et al, 1991).



Korang boleh clik fanpage Rahsia Kurus Dan Langsing sebab memang ohsem dan boleh bantu korang kalau nak tanya tips ke atau nak try GLA ni atau apa apa ke..bye!