KENAPA MAKAN SUPPLEMEN PERLU ISTIQAMAH?

Tags
Pernah tak kita rasa diri kita terikut ikut dengan pengaruh iklan? Orang ambik kolagen untuk kulit gebu, kita pun sibuk nak ambik. Orang sapu krim tu ini, kita pun sibuk nak try. Kalau dalam sebulan ada 10 produk baru yang keluar dekat pasaran, masyallah mesti 10 kali kita tukar tukar produk!! 

Lepas tu pernah tak kita konsisten ataupun ISTIQAMAH bila pakai satu satu produk tu? Krim ni pakai tak sampai seminggu, lepastu tak rajin pakai. Kalau bulan tu rajin makan supplement siap beli pillcase comel comel dekat DAISO, bulan depan, supplemen tah ke mana, pillcase tah ke mana. 



Lepastu pernah tak kita komplen satu satu produk tu..
"kenapa ai makan set ni tak jadi putih pun?"
"Saya minum ESP nak kulit gebu hilang parut tapi dah 2 minggu saya minum..takde hasil pun?"
Pernah tak pernah pernah tak?????

Ok meh sini saya nak cerita. Setiap sel dalam badan kita perlukan 90-120 hari untuk berganti sel. Kalau cukup protein yang kita ambil dalam piramid makanan kita, proses penggantian sel mesti lagi cepat dalam seawal 90hari. (Sebab tu saya minum ESP untuk bekalkan protein dalam badan!)

Dalam masa 90-120 hari, apa jugak supplements yang kita makan, kenalah konsisten/ISTIQAMAH. Janganlah harini makan, esok tak. Lusa makan, tulat tak. Boleh tak tolong jadi disiplin sikit? Wah nak marah pulak kan? Hehe. Mestilah ai marah! You komplen makan tu tak putih makan ni tak kurus..tapi bila tanya ada skip makan tak? You sengih sengih jawab pernah skip! 

Dan lagi satu nak highlight jugak dekat sini. Pernah tak kita compare diri kita dengan orang lain? Dia makan vitamin e belum sampai sebulan dah nampak hasil. Kenapa aku makan dah 3 bulan, takde perubahan pun? Please sayang. Dont compare yourself with others! Sebab badan setiap orang adalah tidak sama! Mungkin proses dalam badan dia bertindak lebih cepat sebab dia jaga pemakanan. Tapi kita? Gaya pemakanan memang fail! Dalam badan tu bertimbun toksin! Sebab tu sesetengah vitamin ambil masa untuk buang toksin tu. Salah siapa? 

Saya rasa kalau kita sayang badan kita, spend sikit wang ringgit tu untuk beli supplemen dan pastikan kita ISTIQAMAH ambil supplemen. Jangan tukar tukar produk terlalu kerap. Jangan ikutkan nafsu nak cuba tu nak cuba ni. Ayuh!! Kita ubah!! 

Is
Shaklee Supervisor
0126716961

TIPS ELAK MENGANTUK MASA MEETING

Tags
Assalamualaikum 

Sepanjang tempoh 2 minggu bos tak ada dekat ofis, rasa ofis tu ana yang punya. Bos pergi bercuti ke Bandung. Bestnya! Teringat pulak kenangan pergi Bandung tahun lepas. Shopping tak ingat dunia!Semalam bila dapat email dari bos tentang nak buat meeting hari ni alahaI memang borink. Sebab memang dah kebiasaan bila meeting je mesti semua report kena siap sedia. Setiap soalan mesti dah ada jawapannya!! Tapi yang best, setiap kali meeting, pasti ada makan makan!


Menu meeting pagi tadi bihun goreng, telur mata, kuih karipap dengan kuih seri muka. Memang berseri muka masing masing tengok menu breakfast free pagi tu. Dah jadi kebiasaan bekerja dalam environment ala ala 'gomen' memang makan tu agenda pertama tau!

So saya memang dapat jangka lepas breakfast tu mesti mengantuk. Satu sebab perut kenyang. Dua sebab menghadap segala paper work, presetation dari setiap staff tentang unit masing masing. Argh memang mengantuk punyalah! 


Saya ambil b complex shaklee. Alhamdulillah beli sejak berpantang haritu masih ada lagi sampaI ke hari ni. Mana taknya satu botol tu kan tahan sampai 4 bulan! Sebab tu berbaloi beli. Lepas habis pantang 44 hari pun, still boleh continue makan sebab vitamin tu basic sebenarnya untuk kita amalkan setiap hari. Lagi lagi untuk tenaga!




Apa yang saya boleh ringkaskan pasal b complex ni, dia akan tukar makanan yang kita makan kepada tenaga. Maksudnya bila kita ambil b complex, metabolisme dalam badan akan meningkat. Sel dalam badan akan aktif 'bekerja' untuk tukar makanan tu kepada tenaga. Sebab tu bila saya ambil b complex, saya akan pastikan saya ambil selepas makan.

Sebab tu saya kurang mengantuk lagi lagi dalam bilik meeting. Hehe. Pagi tadi present report pun segar bugar. Penangan b complex la katakan! Macam mana nak dapatkan sebotol b complex dengan harga yang amat jimat ni? Aah betul memang jimat! Hanya rm52.50 untuk penggunaan selama 4 bulan! Sms atau whatsap saya ok. :)

Is
0126716961
Shaklee Supervisor

SARAPAN PAGI BOLEH MENGGEMUKKAN??

Tags
Assalamualaikum

Selamat pagi..dah breakfast semua? Mesti ramaI yang mood ke laut harini. Biasalah hari jumaat. Sebut pasal breakfast, berapa ramai antara kita yang skip breakfast?

Ni cerita semalam. Masa dalam bas nak ke tempat kerja, pukul 6.20 pagi masa tu. Semua pakat nak tidur dalam bas. Saya pun pernah. Mana taknya..awal lagi. Mengantuk gila. Tapi semalam saya duduk sebelah sorang mamat ni. Orang lain keluarkan shawl buat selimut nak tidur, dia keluarkan bekal! Sekali roti sandwich dengan pisang sebiji. Sangat menyelerakan!!!

Actually memang best breakfast waktu pagi. Sebab apa kena breakfast? Sebab pagi adalah permulaan untuk hari kita. Penentu pada tenaga kita. Breakfast yang sihat dan lengkap dengan segala keperluan khasiat boleh jadikan kita bertenaga, tak mengantuk di tempat kerja, dan aktif! Tapi mesti ada yang mengantuk lepas breakfast kan? Kene check balik apa menu yang kita ambik time breakfast. Makanan banyak lemak ke? Tinggi kalori ke? 

Sebab tu saya sendiri lagi suka breakfast dengan segelas air. Haha. Bunyi macam tak best je. Tapi segelas air tu la sumber tenaga dan segala galanya bagi saya! Lagi lagi saya seorang yang travel ke tempat kerja. (Seremban-petaling jaya) memang perlukan tenaga yang tinggi!!

Breakfast tak perlu ambik kuantti yang banyak. Tak perlu 3 bungkus nasi lemak sekali gus. Kuantiti yang sederhana tapi khasiat yang tinggi! Sebab tu saya breakfast awal pagi hanya dengan segelas air. Air apa?



Ni lah breakfast saya tiap pagi..tiap hari. Kalau nak add on pun mungkin saya akan makan biskut oat. Memang serius kenyang dan bertenaga sampai tengahari. Jimat masa saya..jimat duit poket saya hehe. 

Apa yang boleh saya ringkas kan pasal esp dan cinch shake ni, esp adalah minuman protein yang mengeyangkan. Begitu juga dengan cinch shake. Tapi cinch shake selain mengenyangkan, dia bantu untuk tingkatkan metabolisme dalam badan kita. Maknanya bila metabolisme badan kita tinggi, apa je makanan yang kita ambik, proses pembakaran kalori dan lemak tu berlaku dengan cepat. So takde la lemak tu sempat bak berkumpul! 


 minuman kaya ENERGY!
nak kurus boleh minum CINCH SHAKE

So siapa kata breakfast boleh menggemukkan? Pilih menu yang bersesuaian pasti kita boleh kawal berat badan kita! Yang penting jangan skip breakfast ye :) P/s dapatkan esp dan cinch shake dari saya beserta konsultasi yang betul untuk penurunan berat badan 

Is 
Shaklee Supervisor

0126716961

IRINE HUMAIRA

Tags
Assalamualaikum

Pejam celik pejam celik dah masuk 4 bulan umur Irine Humaira. Dah besar dah anak mama! Rasa macam kejap je masa. Esok tau tau dah pergi tadika ikat rambut toncet! 

Tak ada nak cerita pun. Cuma nak berkongsi pasal kehidupan sekarang. Terima kasih Allah sebab beri rezeki anak seawal ni. Diberi suami yang penyayang. Keluarga mertua yang baik..alhamdulillah sesungguhnya Dia adalah perancang segala galanya..



Irine Humaira sekarang dah tak sama macam masa umur dia sebulan dulu. Bayi memang cepat berubah. Setakat ni kalau orang tanya anak meragam tak? Berjaga malam tak? Saya senyum jela sebab irine tak pernah meragam waktu malam. waktu tidur dia tepat pukul 830 malam. Bangun pagi pukul 7. Berjaga malam tak pernah contoh macam merengek ke..taknak tidur ke..menangis ke..tak pernah pun. Kalau pindah rumah baru, maybe jiran pun tak tahu pun ada baby sebab tak pernah dengar baby nangis malam. 


 Sangat gugurl kan? Tidur pun nak pakai reben!

Kalau malam irine memang direct feeding dengan saya. Itupun posisi sambil baring. Jadi memang takde masalah nak bangun duduk dan menyusukan. Sebab irine pilih untuk menyusu sambil baring. Thanks sebab tak menyusahkan mama. Kadang kadang dia bergerak tengah malam means dia nak susu. Lepas mengiring sambil direct feeding..sambung tidur. Dalam satu malam tu adalah 3 kali dia mintak susu mama dia. Hehe.

Tak dapat bayangkan kalau saya tak mampu nak direct feeding pada irine. Mesti tengah malam kena bangun bancuh susu. Ohh sangat rajinlah daku kononnya. Idokler gitu. Lagipun misi memang nak breastfeed irine selagI boleh. Wahh selagi boleh! Insyallah..

Setakat ni irine tak ada masalah ruam ke..masalah tak serasi dengan pampers ke..alhamdulillah sangat. So maintain pakai Drypers Wee Wee Dry tu je. Sekarang dah tukar saiz M kauuu! Saiz s dah tak boleh nak menampung bontot dia. Hahhaha. 

Tapi orang kata..ragam bayi ni kita tak boleh jangka. Tunggu lah esok lusa macam mana. Harap harap irine tak meragam. Menten la macam ni ye. Good girl! 

Ohh ye. Saya memang consume Set Penyusuan Shaklee untuk Irine. Antara yang ada dalam set tu termasuklah ESP dan OSTEMATRX. Protein dan kalsium yang ada dalam dua dua botol ni memang penting untuk kualiti dan kuantiti susu ibu. But still..nak produce susu kena rajin pam at least 3 jam sekali. Ostematrix tu bagus jugak sebab boleh hilangkan lenguh badan..dan bagi tidur lena. Sebab dia macam susu. Maybe ni antara punca irine tidur lena waktu malam. Hehe. 

Macam mana nak dapatkan Set Penyusuan ni, boleh direct contact saya. Oklah. its time to bf my baby!

Is
Shaklee Supervisor
0126716961

JEMPUTAN KE NATIONAL CONFERENCE DAN GALA DINNER

Tags
Assalamualaikum

Hari ahad minggu ni adalah hari yang paling berbunga bunga buat saya. Mana taknya, balik kampung tengok ada satu surat dari SHAKLEE. SURPRISED!!! Dapat invitation ke NATIONAL CONFERENCE!!

National conference ni apa?

National Conference ni adalah hari paling istimewa untuk meraikan mereka yang bertungkus lumus mempromosikan produk Shaklee. Tapi tak semua distributor akan diraikan..hanya yang betul betul layak memenuhi kriteria sahaja yang akan diraikan. Ala ala hari Penyampaian Hadiah untuk pelajar cemerlang konon nya. Cemerlang kah daku? Hehe.

National Conference ni  akan berlangsung selama 2 hari. Salah satu agendanya adalah naik pentas ambik awards. Haruslah terketar ketar nanti bila jadi tumpuan. Masyallah. Saya takde lah sehebat master master yang lain turun naik pentas amik 5 6 award. Tapi alhamdulillah walaupun saya cuma dapat 1 award, rasa syukur sangat.

BUSINESS GROWTH NEW RANK ACHIEVEMENT AWARD


Alhamdulillah. Dapat award naik rank. Bukan senang nak naik rank. Tapi senang je kalau kita berusaha. Hehe. Ayat nak skema pulak. Syukur Allah tunjukkan jalan. Jangan tunggu peluang datang pada kita tapi kita sendiri kena kejar peluang!

InsyAllah saya akan update lagi tentang NC tu nanti. Tengah dok pikir nak pakai baju apa sebab tema GLITTER huuu kelass you. Sementara tu saya suka nak kongsi dengan korang semua yang berminat untuk sama sama meredah onak duri untuk berjaya dalam busines shaklee. Hanya bermula dengan pendaftaran ahli rm75 seumur hidup, boleh mengubah kehidupan anda semua.. yeee.. saya sudah rasa..anda bila lagi? Jangan takut untuk berubah. Tapi sila takut kalau taknak berubah! 

Is
SHAKLEE SUPERVISOR
0126716961
FB : isma lyeza









MINUM ESP BOLEH JADI SATU PEMBAZIRAN??

Tags
Assalamualaikum semua!

Macam biasa rutin harian saya di tempat kerja, saya mesti minum segelas ESP. Sebab saya dambakan tenaga untuk seharian saya di pejabat dengan kerja menimbun! Lagi pulak, saya kena pam untuk stok susu irine :) haruslah minum esp untuk banyakkan susu!

Cuma harini saya rasa berlaku sedikit pembaziran bila saya minum ESP. Huwa. Harini saya betul betul lapar masa dalam bas nak pergi kerja. Jadi bekal esp yang saya bawak tu, saya habiskan dalam bas. Lega betul. Rasa bertenaga dan hilang mengantuk. Sedap pulak tu sebab saya bancuh ESP bersama Jus Manggis brand PEELFRESH. Memang fresh di pagi hari :)

Jam 9 pagi saya keluar breakfast, alahai. Tak pernah pernah saya tak habis makan. Kalau tak, saya ni tolak batu dengan kayu je!! Ni saya cuma sentuh separuh je nasi lemak best kat gerai nombor 7 bangunan menara pkns tu. Sampai budak ni tanya "kau diet ke weh?"


Saya diet? Tak penah ada istilah diet dalam kamus hidup saya. Hehe. Makan banyak macam mana sekali pun..tetap menten youu..mungkin metabolisme badan saya tinggi. Apa je masuk, cepat je hadam. Tak sempat jadi lemak. Huhu tapi tak semua orang sama. Lain orang lain metabolisme dia.

Berbalik pada nasi lemak tadi. Alahai. Terbuang nasi lemak pagi tu. Saya tahu sebab apa. Sebab harini saya minum ESP sebelum breakfast. Selalunya saya breakfast dulu baru minum ESP. Saya lupa ESP ni minuman berkhasiat yang mengenyangkan!! Minuman yang kaya dengan 9 asid amino yang tak boleh dihasilkan oleh tubuh badan kita. Saya lupaaa minum esp perut akan rasa kenyang!


Takpe. Ni cerita harini. Esok saya dah tahu..saya tak boleh minum esp sebelum breakfast. Saya taknak membazir makanan lagi. Hohoho. Lainlah kalau niat taknak makan, nak diet, nak elak dari makan berat..boleh la minum ESP tu sebagai pengganti meals kita. 

Macam mana nak dapatkan satu tin ESP  dengan konsultasi cara  bancuhan dan minum dengan betul? Boleh sms/whatsap saya 0126716961. :)


Is@aish
Shaklee Supervisor
0126716961
"BADAN BERTENAGA, KULIT GEBU, BADAN SLIM DENGAN ESP!"

BUSINESS ONLINE YANG TERBAIK DAN KOSONG MODAL

Tags
Assalamualaikum peminat busines online semua!
 
 FOKUS JOM?


Ramai pulak yang dok tanya kenapa tak jual tudung? Kenapa tak jual baju? Kenapa tak jual mekup? Jawapan saya simple je..semua tu kena sentiasa up to date. Tudung? Takkan orang nak pakai tudung yang sama sampai bila bila? Mesti nak ikut perkembangan fesyen kan? Kalau bulan lepas fesyen tudung Fareeda, mungkin bulan ni nak ikut fesyen tudung Fatimah ke..Zulaika ke..kan..? Orang yang jual tudung kena sentiasa alert dengan perkembangan fesyen untuk survive!

Jual mekup? Tak semua yang pakai mekup. Ada yang pakai mekup nipis nipis..ada yang tak pakai langsung! Macam saya. Heh heh heh. Sebab suami tak suka tengok isteri dia ni mekup tebal tebal..dia suka natural katanya..eleh cakap jela taknak lelaki lain terpikat kan? Eh.


Saya jual tudung? Tak mungkin..sebab saya cuma tahu pasal tudung bawal je


Habis tu nak jual apa ni? Tu susah ni susah. Tapi orang kata semua business memang susah pada permulaan. Tapi senang di kemudian hari! Sebab tu tak rugi masuk Shaklee. Saya daftar keahlian yang cuma RM75 untuk seumur hidup! Maknanya tak perlu nak renew membership ka apa ka..tu je bayaran untuk permulaan kehidupan yang kita impikan....cewah!

Mula mula saya fikir..eh susah ke nak jual ni? Ada ke orang yang nak beli? Tapi bila pikir balik..orang lain dah laju mendaki..kita kat bawah lagi asik dok tanya boleh ke boleh ke..ahhh redah jela! Saya yakin supplement macam shaklee yang dah bertapak lebih 50 tahun..sentiasa orang cari. Yelah. Takkan harini je orang nak sihat? Orang mesti nak sentiasa sihat betul tak?

Sebab apa saya galakkan korang semua pilih Shaklee untuk jana pendapatan setiap bulan kalah orang yang makan gaji nih..sebab utama adalah..ia tak perlukan modal. Orang lain buat bisnes dok pk mana nak sewa kedai..mana nak beli stok..mana nak cari duit buat modal beli stok..bila masa nak beli stok..kalau stok tak habis macam mana nak pusing duit..bla bla bla.

Tak payah..usah ditanya soal modal dalam cerita ni..haishh..sebab sepanjang setahun saya daftar dan buat part time job dalam shaklee, saya tak pernah keluar modal satu sen pun. Saya cuma FOKUS sebarkan khasiat shaklee dalam facebook saya dan melalui blog ni..sambil saya sendiri cuba supplement tu. Memang....penangan shaklee memang hebat. Sebab saya sendiri rasa perubahan dalam badan saya! Rasa teruja tu buat saya lagi seronok berkongsi untuk beri manfaat kawan kawan dan keluarga saya..

Lama lama saya jadi lebih FOKUS..saya jadi lagi mahir dalam selok belok supplement ni..saya dah macam ahli farmasi pun ada jugak. Start masuk shaklee..bukan dapat bonus dan untung semata mata..tapi saya dapat betulkan balik lifestyle saya..saya dapat didik diri sendiri dan insyallah suami dan juga anak..untuk sama sama menjalani kehidupan yang lagi sehat!


 Cewah. Tapi memang betul pun. hehe. Hanya modal RM75 untuk ahli dan u can start business only at home!!

Hari ni? Hari ni saya nak daftarkan keahlian untuk korang yang sama sama nak rasa apa yang saya rasa sekarang. Insyallah kalau takde apa apa halangan..saya akan guide korang semua untuk sama sama jana pendapatan dalam shaklee. Yok!! Ayuh!!

Is@aish
0126716961
Shaklee Supervisor
DARE TO DREAM, BUT PLEASE DREAM BIG!!!!! 

PERUT BUNCIT LAMBANG KEBANGGAAN KAUM LELAKI?

Tags
Assalamualaikum semua
PAgi tadi belek belek gambar dekat hp. Rasa sejak dumenjak ni, hp jadi tersangat slow. sebab terlalu padat dengan gambar. adeh. kena format jawabnya nanti. So tengah dok belek belek tu ternampak satu gambar Irine duduk dengan ayahnya. Wahhh empuk nampak?


aik? dah kenapa irine? muka macam tersedak susu je hehe


Betul ke perut lambang kebanggaan lelaki? haha. Nak tergelak kejap. Ramai sebenarnya yang berkata, lepas nikah konfem perut lelaki akan ke depan. Tapi suami takde lah ke depan sangat. Cuma nampak gaklah perubahan berbanding sebelum kawen dulu. Sekarang macam ada ala ala bumper gitu. heheh. Tapi betul ke perut lelaki ke depan hanya terjadi lepas kawen? Ohhh tidakk. Jawapannya memang 90% ye!

Mungkin sebab isteri pandai masak kot. hahaha. nak perasan jadi isteri yang pandai memasak kejap. feelinggg jappp.. fengsann! ok. Ramai kata perut kedepan tanda bahagia..hahhh bahagia la sangat kalau perut tu punca mendatngkan penyakit? Apa pun tak boley!

PEnyakit perut buncit ni boleh berkait rapat dengan penyakit kencing manis, penyakit jantung dan hipertensi.. hmmm..risau gak nih. tak boleh jadi ni. Lepas baca baca, google google sikit pasal masalah perut buncit ni, buat hati ni lagi risau. huwaaa..bukan lelaki je tau..perempuan lepas bersalin pun mudah buncit kalau tak jaga pemakanan. 



Tapi nasib baik ada Herblax. Kitorang tengah amalkan makan herblax sekarang. eh bukan kitorang. Tapi suami. hehe. Sebab aish tengah breastfeed Irine. so ibu breastfeed baby tak digalakkan ambik herblax. jadi takpelah biar la i buncit. eh tak tak.. biarlah u ambik dulu herblax ni ye sayang. ai kemudian takpe. lagi pun breastfeed baby pun boleh slim what? sedapkan hati kejap. 

Berapa harga herblax ni? Cuma RM52.50 je. Murah dan tahan berbulan bulan. sebab tu aish kata murah dan berbaloi baloi! Kalau nak meh pm/wasap aish k. 0126716961. Aish akan beri konsultasi percuma dan seumur hidup pada siapa yang membuat pembelian melalui blog ni. :)