BETUL KE JELI GAMAT BOLEH SEMBUHKAN LUKA DENGAN CEPAT?

Tags
Assalamualaikum dan salam sayang semua!

Pelik betul hospital sekarang. Masa Aish nak keluar wad lepas bersalin 3 minggu lepas, doktor dengan nurse tak bagi makan Jeli Gamat untuk sembuhkan luka. Angguk jela, padahal family dah siap belikan sebotol Jeli Gamat untuk Aish telan sampai luka tu betul betul kering. 


Berkesan ke makan Jeli Gamat untuk luka? Memang diakui berkesan. Aish ingat lagi masa Aish eksiden motor dekat hiway nak balik UiTM dulu, kaki retak siap kena simen. Tapi lepas makan Jeli Gamat, Alhamdulillah memang cepat tulang kat dalam tu bercantum. Luka pun cepat kering. Sedap ke Jeli Gamat? Hehe. Jawapan Aish..tak sedap, meloyakan, macam telan kahak. ops. Mesti korang pun dah loya dengar jawapan ni. 


Sanggup ke telan lendir gamat yang betul betul original tu?

Tapi apa boleh buat. Makanan/minuman berkhasiat memang tak sedap. Ubat pun pahit ye tak? Ok berbalik pada cerita doktor tak bagi ambik Jeli Gamat tadi. Katanya luka tu akan lambat kering, dan jadi basah je. Sebab tu elakkan makan jeli gamat. Oh yeke? Macam tu pulak. Memang pelik la pandangan hospital ni. 

Last last taknak amik risiko, lagi pun tekak memang trauma nak telan jeli gamat yang berlendir tu, so Aish decide untuk tak makan Jeli Gamat. Nasib baik Zinc Complex Shaklee ada. Aish dok telan tu sebiji sehari sebelum breakfast. Seminggu je luka dah kering. Masa datang hospital untuk checkup, doktor check memang dah ok sangat sangat! 


So siapa yang rasa nak khasiat tradisional macam Jeli Gamat, boleh la makan. Tapi kalau rasa macam tak boleh terima dek tekak, boleh lah try Zinc Complex shaklee. Memang khas untuk sembuhkan luka bersalin atau apa juga jenis luka sekali pun. Luka di hati tak boleh la dik. hihi.

Aish
Shaklee Distributor
0126716961


 

APA PERSAMAAN ZALORA DENGAN SHAKLEE?

Tags
Assalamualaikum dan salam sayang semua!

 



Kalau dulu time gaji je, mesti order online dekat Zalora la, ThePopLook la, geram betul tengok dress dress yang cantik cantik. Tapi sekarang sejak dah ada anak, rasa kurang nak spend duit untuk shopping baju baju. Beli yang ikut keperluan je. :) Lebih baik beli suppliment untuk kesihatan diri dan keluarga ye tak! Untuk pelanggan kesayangan Healthy & Beauty Shop jugak!

Sekarang dah tukar hobi. Borong stok Shaklee secara online. Yup. Tak perlu ke HQ atau branch untuk beli stok. Cuma masuk sistem dan order secara online. Hari ni order, esok dah sampai. Memang terbaik lah sistem pengurusan Shaklee sekarang. Cepat dan pantas! 




Kalau sebelum ni klik klik dekat Zalora, Shaklee pun boleh klik klik jugak! Sebab tu Aish sukakan suppliment Shaklee. Senang, mudah dan cepat! Khasiatnya pun memang antara yang terbaik dan setanding dengan suppliment terkemuka yang lain. Tak percaya? hah kena cuba sendiri lah! :) 

Nak enjoy order sendiri secara online macam yang Aish selalu buat ni? Kena lah register ahli dulu. Macam mana nak register ahli? Dekat mana nak register ahli? Haih senang sangat sayang.

 


IKLAN APA YANG KURANG KASIH SAYANG?

Tags
Assalamualaikum dan salam sayang semua!

ni contoh kucing kurang kasih sayang kah?

Pernah dengar iklan yang kurang kasih sayang? 

Selalunya kita dengar manusia atau haiwan peliharaan yang kurang kasih sayang. Kalau manusia kurang kasih sayang, selalunya simptop simptom dia, suka buat sesuatu yang di luar jangkaan. Contoh macam dekat Facebook sekarang, rekod macam macam klip yang pelik pelik. Menari itik la, rekod diri sendiri tengah menangis sambil buat muncung ayam la.. tak pun ada jugak manusia kurang kasih sayang ni, selalu buat masalah. Bila buat masalah, dengan harapan orang akan bagi perhatian kat dia. Sadis betul. Contoh dekat wall Facebook tu memang banyak. Hari hari ada je video video pasangan remaja buat aksi comel comel konon dorang la pasangan paling bahagia dan romantis kat planet ni. Semua tu memang nak perhatian semata mata!!

Tapi tu manusia yang kurang kasih sayang. Kalau iklan kurang kasih sayang camne pulak? Hehe. Ni pun kisah dekat Facebook jugak. Tak salah pun sebenarnya nak buat iklan berbayar ataupun dikenali sebagai FB Ads dan Sponsored Post. Iklan berbayar dekat Facebook tu tujuannya adalah untuk Facebook bantu kita publish iklan kita dekat potential buyer atau golongan sasaran yang pengiklan tu nak. Page Aish yang Healthy & Beauty Shop tu pun kadang kadang gunakan kemudahan Fb Ads ni. Boleh lah iklankan apa apa promotion yang selalu Aish buat tu.

Tapi yang menjadikan iklan tu macam iklan yang kurang kasih sayang, bila pengiklan menggunakan ayat ayat yang sangat berunsurkan seksual. Bunyi macam menggairahkan. Cth macam "Cubalah krim bla bla bla, jadi lebih ket..t..suami pasti meng..r..ng.." Aiyo. Rasa macam malu pulak bila baca iklan iklan macam tu. Dari mengantuk, terus segar bugar lah orang kata tu kan. Bukan la segar sebab baca ayat ayat berahi pada iklan tu. Tapi segar sebab terkejut dan malu sendiri. Kenapa la ye pengiklan tu sanggup gunakan gambar, dan ayat ayat yang 18sx untuk tarik perhatian pelanggan dekat FB ni?


Hah..ni iklan penuh kasih sayang. hehe.

Tiba tiba dok teringat, ramainya anak buah Aish yang ada FB. Kalau la dorang terbaca iklan iklan macam tu dekat wall dorang, lepas tu tanya apa maksud tu..mandi peluh nak menjawabnya. Orang orang ni pun, kalau nak lariskan sesuatu produk tu, tak perlu la letak gambar tak senonoh atau ayat yang sangat 18SX untuk tarik perhatian kitorang ni. 

Memang dasar iklan kurang kasih sayang betul lahhh!


SUSU TAK KELUAR!

Tags
Assalamualaikum sayang sayang semua

Hari ni dah masuk 22 hari umur baby. Rasa kejap je masa berlalu. Pejam celik pejam celik tau tau eh esok baby dah pergi sekolah. hehe. Ingat lagi betapa suspennya masa 2, 3 hari pertama lepas deliver baby, air susu tak keluar pun. Pam bersusah payah pakai Philip Avent pun tak jalan jugak. Keluarlah dalam sesudu kecik tu. Sedih je tengok. Risau tak payah cerita la. Risau baby lapar. Dalam hati taknak bagi susu formula. Tapi apa kan daya masa 2 3 hari pertama tu terpaksa bagi jugak susu formula.

Balik hospital je terus capai ESP Shaklee. Memang alhamdulillah sangat. Tu la penyelamat kamii!! Tapi minum ESP je tak boleh jugak kalau malas pam dan tak kerapkan direct feeding pada baby. So apa yang Aish amalkan, pagi pagi masa breakfast, minum segelas ESP bancuh bersama Milo suam. Petang pula bancuh segelas ESP bersama oren jus.

Penyelamat saya dan baby! hehe


1 canister 850g tahan untuk plus minus 2 bulan dengan 1-2 scoop setiap hari..BEST kn? MURAH dan BERBALOI SGT..Produk HOT SELLING!!!


Dalam masa yang sama, setiap 2 ke 3 jam, kejutkan baby bangun tidur, paksa dia breastfeed jugak. Bagi ransang susu keluar. Alhamdulilah sekarang memang fully breastfeed. ESP memang banyak membantu. Hari hari dok berdoa mintak banyakkan susu bagi baby kenyang. Syukur alhamdulillah.


Sorry Irine Humaira. Mama terpaksa kejut bangun. Masa untuk minum susu!!

Oh ye, Aish lupa nak update pasal nama baby. Hehe. Aish pilih IRINE HUMAIRA. Irine bermaksud damai. Humaira pulak cantik kemerah merahan. Dengan harapan, nama ni akan jadikan baby Aish si damai yang cantik kemerah merahan. ahaks. Yang keduanya, nama Aish bermula dari huruf I. Nama daddynya pulak bermula dari huruf H. Sebab tu kitorang pilih Irine Humaira. Gabungan dua huruf mama dan daddynya.

Oklah. Nak sambung breasfeed Irine Humaira. Kalau ada yang berminat nak dapatkan ESP yang best selling tu, boleh pergi dekat page Healthy & Beauty Shop. Banyak tips jugak kat sana! See you there!

TESTIMONI SET KURUS..DAN HAPPY HOUR UNTUK 20 ORANG TERAWAL!

Tags
Assalamualaikum semua! Mulakan hari kita dengan senyuman sebagai satu sedekah.

Entry semalam ramai pulak yang touching touching kan? Hehe. Namo touching touching. Harini Aish nak buat Happy Hour untuk semua pembaca setia Belog Cik Aish. Sempena kelahiran puteri kesayangan Aish, Aish nak buat Happy Hour untuk produk Slimming Set Shaklee. Set ni antara set yang paling jadi rebutan tiap kali Aish buat Happy Hour. So grab cepat ye. 


Just nak inform, Aish akan reply satu persatu semua pm korang dekat inbox page Healthy & Beauty Shop berkenaan pertanyaan, order dan payment mulai hari ni. As mention, Aish lambat reply sebab deliver baby minggu lepas dan sekarang baru pulih dan bertenaga sepenuhnya. :)

Aish akan reply mengikut turutan dan ambil sedikit masa sikit sebab terlalu banyak. Jadi harap korang semua bersabar ye. Esok sambung entry pasal baby lagi. hehe. Have a nice day semua! Oh ye, kalau nak keep in touch dengan Aish pasal produk Shaklee, boleh like page ni ye. 

BILA DAH MASUK LABOUR ROOM, RASA MACAM......

Tags
Sejak ada baby ni, tiba tiba rajin nak update blog. Hihi. Mengada betul. Masa pregnant mood nak update memang ke laut. nak buat macam mana, masalah hormon. Hehe. Ni pun curi curi masa nak update blog sementara si kecik tu tidur. 

Sebenarnya dok teringat lagi macam mana Khamis lepas berperang dengan kesakitan nak bersalin. Patutla syurga tu di bawah tapak kaki ibu. Bukan tapak kaki ayah..huhu. Apa pun Aish bersyukur sangat sebab sepanjang tempoh dalam labor room tu, PP Epal sentiasa ada temankan Aish. Alhamdulillah. Rasa bersemangat untuk teruskan perjuangan yang belum selesai. Hee. 


Masa pukul 1 petang tu, doktor masuk labor room untuk pecahkan air ketuban. Lepas tu baru terasa sakit ya ampun...betul lah orang kata, masa contraction lagi sakit dari time deliver tu. Disebabkan tak tahan sakit, mintak doktor induce untuk kurangkan rasa sakit. Lepas induce, mula rasa khayal, tapi sebenarnya Aish sedar lagi time tu. Otak dok pikir semua benda, dari awal perkenalan dengan PP Epal, time gaduh gaduh..zaman lepas kawen, kadang kadang ada buat salah dengan suami kita..sampai menitis air mata masa tu, Masa tu la teringat balik, semua dosa dosa yang kita buat dengan suami kita.

Tengah rasa sakit tu, PP Epal tak pernah lepaskan tangan. Masa air mata Aish meleleh ke tepi tu, dia datang bisikkan kat telinga, 

"sayang, saya ampunkan semua dosa dosa awak pada saya, saya halalkan semua makan minum awak.., awak dengar tak sayang, saya dah ampunkan semua dosa awak pada saya"

Air mata masa tu tak henti henti meleleh. Sakit tu belakang kira. Tapi rasa syahdu betul time tu. Tuhan je tau. :) Alhamdulillah Allah permudahkan proses bersalin. PP Epal tak berenggang walaupun satu saat, beri kata semangat pada Aish sepanjang proses tu. Nikmatnya Ya Allah..

Terima kasih PP Epal. Kerana menjadi suami dan ayah kepada anak ini.. Terima kasih segalanya..


LAHIRNYA BABY PERTAMA KAMI KE DUNIA

Tags
Alhamdulillah. Hari Khamis yang lepas 30 Januari 2014, Aish dah selamat lahirkan puteri kesayangan kami, di KPJ Specialist Seremban. Mulanya tarikh tu, Aish dan PP Epal cuma datang untuk buat medical checkup je, tapi lepas doktor check laluan, dah 3 cm. Terus masuk labor room. hihi. 

Masuk labor room pukul 11 pagi. Pukul 1 doktor pecahkan air ketuban, dan pukul 4 petang macam tu, bukaan dah 8cm. Pukul 5.30 dah selamat melahirkan. Alhamdulillah. Syukur rasanya sebab semuanya dipermudahkan. 


Ni gambar my baby masa umur 1 hari. Hehe. Ada yang kata baby kulit pinkish masa lahir. Alhamdulillah kulit dia so far takde masalah lagi. Mungkin penangan ESP Shaklee yang Aish amalkan masa usia kandungan 6 bulan lagi. (Like page Healthy & Beauty Shop untuk tips dan harga istimewa ESP khas untuk pembaca Belog Cik Aish)

Maka bermulalah kehidupan Aish sebagai seorang ibu. Ibu yang mengandungkan si kecik ni selama 9 bulan. Tamat sudah penantian yang Aish dan PP Epal nanti nantikan selama setahun usia perkahwinan kami. Syukur ya Allah atas segala nikmatMu. 

Ada sesuatu yang paling istimewa dalam hidup Aish yang Aish nak kongsikan dengan pembaca. Tunggu next entry!