DENGAR CERITA DAH BERTIGA, BETUL KE?

Tags
Assalamualaikum wbt.
Hai to alls! 

Bulan ni dah masuk 5 bulan perkahwinan aku dengan PP Epal. eeee rasa macam lamanya tak sebut PP Epal dalam blog ni. Kalau masa bercinta dulu, hamek kau 2 3 entry pasal dia je. haha apa boleh buat, dah dapat. eh? siot pulak kan. ngee. 

Masa mula mula kahwin dulu, PP Epal nak sangat kitorang dapat baby cepat cepat. ish. hanimun pun belum lagi. kann? Tapi takpelah kalau rezeki tuhan nak bagi cepat, alhamdulillah la ye dok? tunggu punya tunggu, tak jugak datang rezeki tu. Doa banyak banyak masa tu. tapi at the same time banyak kali cakap kat PP Epal, jangan berharap terlalu tinggi sebab nanti sendiri yang keciwa. 

lepas 2 bulan kahwin, aku tergerak hati nak cuba satu produk. walaupun aku takde masalah period, tapi apa salahnya kita mencuba kan mana tau berhasil. Aku pun cuba produk tu. jangan ingat pompuan je kena makan tu ini. lelaki pun sama okay. PP Epal pun kena paksa makan supplement tu jugak. actually produk tu is a kind of supplement. good for health actually. takde la fokus utama dia untuk bagi ko beranak je. tapi at the same time bring good health for us. so why not kitorang try kan?

lawak pun ada jugak kadang kadang. sebab hari hari kena remind PP EPal untuk makan supplement tu. sebab dia ni pelupa sikit bab bab ni. Tapi alhamdulillah la dia mendengar kata bininya yang tersayang nih. hihi. 

so sampai lah ada satu minggu tu, aku mula rasa macam period pain. yes. seriusly sakit dia macam first day korang period. rasa macam senggugut. tapi yang peliknya tak period pun. check dalam women calendar yang aku download kat fon. delay 3 hari. heeee aku dah mula rasa suspen. 

takpe masih awal lagi untuk aku pikir that good news. tapi minggu tu memang aku rasa sakit perut macam period pain, then pinggang pun sakit teramat. tak sure kenapa. lepas tu ngam 9 hari period aku delay, aku pun beli Pregnancy Test. saja gatal nak cuba. tapi dalam hati dah tanamkan perasaan jangan mengharap sangat. buat biasa biasa je. 


Alhamdulillah. akhirnya penantian walaupun baru beberapa bulan, termakbul jugak. Syukur. Masa ni taktau nak cakap camne. sebab rasa macam tak percaya nak jadi mommy. Lepas buat pregnancy test dekat rumah, PP Epal bawak aku pergi klinik check. Dokter pun buat urine test. Dan memang betul positif. Masa tu usia kandungan baru 6 minggu. :) 

So sekarang..badan rasa memang lemah. Selalu muntah. Apa je yang aku makan, semua keluar balik. macam tak ikhlas makan je gayanya. time ni memang menguji mental dan kekuatan rohani aku. tapi mengenangkan ni first baby, takpe kuatkan semangat. 

PP Epal pulak nasib baik jenis yang penyabar dan memahami. Dialah yang buat kerja rumah, basuh pinggan, lipat baju, sidai baju segala. Kalau teringin nak makan pape, on the spot dia keluar beli. hehe. bahagia.

apa pun..korang semua doakan kesihatan aish dan baby ye. oh ye. kalau nak tahu Supplement apa yang aku ambik sebelum preggy, boleh tanya ye. benda yang baik mesti la kena kongsi kan? bye


PRODUK SHAKLEE YANG BEST SELLER

Assalamualaikum

Kali ini Aish nak share dengan korang semua beberapa Set Shaklee yang memang Best Seller dari dulu sampai sekarang. 

1. ESP
Ini adalah produk yang paling laris keluaran Shaklee. Kira paling top la. Penggunaan ESP dengan supplement lain memang memberi hasil yang terbaek. Contohnya, kalau kita ambil Vita-E Complex dengan ESP, hasilnya memang paling superb. Sebab ESP ni lebih kurang macam pelengkap kepada supplemet yang lain.  


2. Vita-E Complex
Ini adalah supplement pertama yang Aish makan masa mula mula kenal Shaklee. And then terus jatuh cinta dengan Shaklee. (korang boleh baca pengalaman Aish masa pakai Vitamin E Shaklee dekat SINI) hehe. Rasanya ramai tahu yang bukan Vitamin C je yang penting untuk kesihatan kulit, tapi Vitamin E pun sama!


3. Set Milkbooster
Aish bukan prihatin pasal kecantikan kulit muka je tau, tapi jugak untuk kawan kawan Aish yang dah jadi mommy tu. Set Mlkbooster ni pun antara produk yang best seller dari Shaklee. Yang ni memang highly recommended untuk kawan kawan yang dah jadi mommy tu ye. Sebab bukan sorang dua tau, tapi ramaaaiiii kawan kawan seuniversiti aish amalkan set Milkbooster dari Shaklee ni. Sebab khasiat dan memang terjamin berkesan!


4. Set Kulit Cantik
Selalunya customer yang beli dengan Aish Vitamin E Complex, Aish akan recommend kat mereka untuk ambil set terus. Set tu termasuk B-complex. Sebab bila kita combine dua supplement ni, hasil dia memang buatkan cik abang kita rasa nak pegang kulit kita je selalu. ahaks. cik abang maknanya suami ye. yang pakwe2 lagi jangan nak gatai gatai tau!


5. Set Kurus Shaklee
Yang ini pun best seller jugak. Sebab banyak testimoni yang menunjukkan hasil positif customer lepas makan set kurus ni. nak kata kurus dan solid terus macam Che Ta kita tu takdelah. Tapi kalau penggunaan yang konsisten, mana tau boleh jadi macam Che Ta ? hehe.


6. Set Tenaga Shaklee
Ramai jugak customer yang merungut penat dan letih especially yang superwomen tu. Macam Aish sendiri, siang dah penat bekerja, balik petang terus kemas rumah, masak, cuci baju, layan hubby..haiiish penat tau. So supplement yang ni, memang aish amalkan dan memang ada kesan yang positif. means, lebih bertenaga la..hihi.



So, buat masa ni, Alhamdulillah, bila Aish start masukkan sikit sikit produk Shaklee dalam blog ni, ada yang bagi respon positif. ada yang share dengan aish pengalaman dorang pakai, dan ada yang pm aish tanya details pasal produk Shaklee terutama yang best seller macam kat atas ni. 







korang bila lagi? apa apa just cari aish ok! Kalau nak REGISTER jadi member Shaklee pun boleh pm aish laju laju :)

Aish - ID 910287
Shaklee Distributor
012-671 6961 (whatsap/sms only)
ismalizayahya86@gmail.com 

atau boleh pm aish dekat
FB Page : Here

ALL ABOUT VITAMIN E

Tags



Tunggu apa lagi? Jom cuba! 
Aish - ID 910287
Shaklee Distributor
012-671 6961 (whatsap/sms only)
ismalizayahya86@gmail.com 

atau boleh pm aish dekat
FB Page : Here

KHASIAT VITAMIN E SHAKLEE






Tunggu apa lagi? Jom cuba! 

Aish - ID 910287
Shaklee Distributor
012-671 6961 (whatsap/sms only)
ismalizayahya86@gmail.com 

atau boleh pm aish dekat
FB Page : Here

BUDAK SEKOLAH SEKARANG PUNYA PERANGAI MASYALLAH!

Tags
Assalamualaikum

Sekarang cuti sekolah. Aku yang dah habis sekolah ni pun terasa bahangnya cuti sekolah ni. kenapa? sebab time cuti sekolah ni la masanya untuk terserempak dengan budak budak sekolah pada siang hari dekat shopping complex, dekat pusat bowling, dan sapa sapa yang aku terserempak dekat kedai buku Popular tu kira alhamdulillah. (walaupun aku tahu korang tengah sibuk cari novel Teduhan Kasih yang tengah top kat TV sekarang heh heh)

Nak cerita zaman aku dulu? korang yang di kalangan seusia dengan aku mesti ada banyak kisah tersendiri. kisah macam mana korang sepend cuti sekolah korang. yang pasti pengalaman tu memang best dan seronok tahap ibu jari kaki punya! Tapi aku tahu, pembaca blog aku sekarang tak semua sama usia dengan aku (aku di tahap warga dewasa..korang?) aku tahu ramai blogger sekarang, yang baru naik tingkatan..baru naik level pengawas sekolah..dan macam macam lagi. golongan ni mesti loya dengan tajuk entry aku. hahahaha. rilek dik. 

ini adalah gambar aku pergi Icity malam tadi. tak best. wek. wek. bosan bosan. aku tak dapat beza mana kepala orang mana kepala lampu. sebab ramai gila. ni semua gara gara cuti sekolah! 


Aku bukan nak cakap yang aku tak puas hati dengan budak sekolah sekarang..tapi seyes aku cakap kat korang semua dik, cara korang semua spend cuti sekolah korang adalah cara yang dull. cara yang tak ada advanture..takde warna warni kehidupan pendek kata. panjang aku taknak kata apa apa.. 

Contoh terdekat, anak anak buah aku. Time cuti sekolah, dorang akan hadap laptop. main semua jenis game. sumpah aku taktau apa jadah dorang main sebenarnya. hahaha. kadang kadang dorang hadap game dari pagi sampai malam. tu pun kadang kadang berhenti sebab nak mentedarah dan berak. yang lain semua dihabiskan depan laptop. nak canggih sikit depan ipad.

zaman aku dulu, seminggu nak cuti sekolah, aku dah plan baek punya. tapi takde la sampai buat peta minda nak brainstorm apa plan tu nanti. tak de ah sampai tahap tu dik. aku plan nak panggil semua cousin cousin aku. pakat dengan mak suruh callkan mak mak yang lain supaya benarkan dorang tidur rumah aku. motifnya, aku ada banyak game yang aku nak main dengan dorang. nak tahu apa?

1. main pejabat pejabat
game ni adalah mencabar bagi aku. sebab kitorang selalunya akan melakon watak pekerja yang berdisiplin, dan bos yang tegas. props nya adalah fail, suratkhabar ayah, pen pen dan calculator ayah. 

2. main masak masak
Selalunya bila dah boring main pejabat pejabat, tak pun watak aku dimatikan bila dah kena pecat (cilakak betul) aku akan bukak game baru. masa ni kitorang masterchef edisi terhad. ni pun mencabar jugak sebab time masak kena imaginasi kuat. kalau pecah kan telur, kena bayangkan telur tu betul betul pecah. dan bunyi mesti ada bila time menggoreng. psstttggg..pssshhhh..psshh..(habih merecik air liur)

3. main mak mak
adalah tak normal bagi aku, kalau kitorang takde perasaan untuk menjadi mak suatu hari nanti. dengan adanya perasan keibuan dikalangan kami, maka tehasil lah game ini. props yang digemari adalah bantal. sebab nak masukkan dalam baju tanda bunting. hahahahahhaha..

Sebenarnya aku nak close up 3 game tu je. walaupun dah 20 tahun barlalu, setiap prosedure game game tu aku masih ingat sampai harini. sebab apa? tanpa game game tu semua, aku tak jadi macam sekarang. hahaha takde kaitan. so dak dak skolah sekarang, korang ada ke main camni? hehehe..

ok thank you for reading!