HANDBAG YANG PALING AKU SUKA!

Tags
Assalamualaikum


Short entry from me. hehe. owh okay. Sebelum tu nak tanya, ada siapa siapa peminat Handbag Longchamp? Since my sister yang tinggal dekat Switzerland tu akan pindah balik ke Malaysia before Hari Raya nanti, ramai friends yang kirim Handbag Longchamp dari dia. 

Details : 

100% NEW & ORIGINAL - kuailiti kain yang tahan lasak, and boleh tau ke'originalan dia dari kulit dekat bahagian button.. 

Price - RM400

So far ramai kawan aku dengan kawan kakak aku yang kirim Longchamp sebab kira murah bila beli dekat sana. Harga butik RM680 - RM700 kalau tak silap. Paling murah kalau kita beli dari website authentic macam Reebonz atau Haute Avanue pun boleh dapat RM500. Tapi yang ni my sis jual RM400. ala..harga kawan kawan kannn.. 



Medium with long handle







Psstt aku pun terjebak sekali nihh..aku rembat 2 handbag Longchamp untuk pakai ke office!! :) sempoi jee.. aku beli yang gambar kat bawah ni.. warna paprika.. warna untuk summer this year.. tahun depan tak keluar lagi kaler ni.. so baik aku rembat cepat..hihi

 kaler untuk summer tahun ni.. paprika!


so pada kawan kawan yang berminat nak kirim sebelum my sister balik bulan puasa ni, boleh email aku a.s.a.p for details ok. 

ismalizayahya86@gmail.com

hoyey hoyey.. bye!
 

DUA PRODUK MAYBELLINE YANG AKU SUKA!

Tags
Assalamualaikum
Kerana bedak muka binasa. pepatah baru keluaran Belog Cik Aish yang korang kena ingat sampai bebila. huehuehue. aku ni jenis yang suka cuba produk baru. tak kisah la ada brand ke takde brand ke..tapi selalunya brand yang murah2 je..maklumlah..akak korang ni bukan kahwen dengan anak raja nak beli brand mahal mahal.. ha gitu.. 

dipendekkan cerita, kulit aku ni alhamdulillah la tak pernah ada masalah jerawat ke kulit sensitif ke..sebab dia tahu tuan dia takde duit nak beli produk mahal mahal gamaknya. kadang kadang, pernah je pakai bedak johnson tabur tu. tu kalau dah datang mood malas nak bercompact powder bagai. 

last week ahh..aku beli compact powder baru cap silky girl. harga rm10 lebih kalau tak silap. dalam hati, apa ada pada harga..mahal tak semestinya elok, murah tak semestinya tak bagus. wahh positif gitu..kann..

sekali hamik kau.. lepas aku pakai bedak tu, bukan sorang bukan dua orang tapi beberapa orang tegur kulit aku macam sunburn.. rupanya aku ni tersalah beli kaler. aku beli kaler yang sawo2 matang macamtu, so tak match dengan kulit aku. lepastu apa lagi, balik kerja terus singgah Tesco beli bedak Maybelline ni.

First aku suka gila dengan bekas dia. kaler glossy purple. rasa macam seksi je. Second aku suka sebab dia ada space untuk span. so nanti tak la comot kena bedak tu. Lepas pakai bedak ni baru la rasa ada keyakinan diri. orang pun tegur kulit dah tak 'sunburn' lagi. hihi. yang paling best, bedak ni tak oily, dia serap minyak pada kulit kita, and lepas 1 ke 2 jam pakai, dia sebati pada kulit, nampak lembap je kulit. sukaa betullll.. nak cuci muka rasa sayang pulak kan. 


lepas tu ingat nak beli compact powder je, tapi terbeli pulak lipstick sebatang. Kaler dia saaaangatttt rich. dan paling penting tahan lama. lepas makan pun stil ada lagi. aku suka lipstick ni sebab kaler dia rich..aku jenis yang pakai sikit je. so nampak macam natural je warna bibir. macam pink pink semulajadi gitu. aku beli satu untuk mak aku. dia pun suka! sebab lepas makan tayah risau nak tacap lipstik lagi. 



bye bye!



SAYA MAHUKAN APA YANG SAYA TENGAH PEGANG

Tags
Assalamualaikum

Hari tu ada sesi photoshoot untuk post wedding. Pakej photographer aku haritu termasuk post wedding sebab aku tak buat sesi outdoor since aku demam masa majlis kahwin aritu. sobs sobs. 


curi curi ambik gambar dengan dslr kameraman tu..alangkah bahagianya kalau dslr tu jadi aku yang punya... yee..dslr..rantai berbuahkan kamera.. nakkk nakk..

SIAPA KATA PERGI KURSUS TAK BEST?

Tags
Assalamualaikum

i hardly online nowadays. Bukan sebab takde internet connection tapi last week aku pergi berkursus dekat Sabak Bernam. Bukan kursus perkahwinan ye adik adik sebab kursus tu dah pun selesai pergi. Tapi kali ni Kursus Perakaunan. Company yang hantar so hadap jela walapun beratt dehh nak tinggalkan hubby sorang sorang. Tak dapat bayangkan betapa heaven nye dia  hidop tanpa dengar bebelan aku selama seminggu. ggggrrr..

Kursus Perakaunan ni dianjurkan oleh Jabatan Perakaunan Negara. ya. Keje gomen memang takkan dapat lari dari dihantar kursus berhari hari seperti ini. rasakannn kauu.. memula rasa macam goshh tak bestnya. mula la start menggoogle tentang tempat kursus tu. dari hasil pencarian google, well, not bad la. tempatnya ok. 


Hari Ahad lagi aku dah bertolak ke Sabak Bernam untuk check in asrama. tak boleh belah weh kena masuk asrama bagai. aku dapat bayangkan asrama yang macam dorm asrama sekolah tu. tapi nasib baik tak betul jangkaan aku tu. so ni la asrama aku sepanjang 5 hari stay nanti. macam hotel 3 bintang kan. 



Bilik untuk dua orang sahaja. Look! Lengkap dengan fridge, TV, hair dryer pun ada taw! so Alhamdulillah boleh la berangan macam pergi bercuti sikett kan. bilik pun ada ekon..sejukk dan nyaman je.



sepanjang kursus, makan adalah sebanyak 6 kali sehari ok. kau lupakan lah angan angan nak diet ke apa ke sebab perut kau memang full for the whole day! heaven rasanya. hehe. 



dalam kelas, kau just dengar je ceramah orang tu, kalau mengantuk pun kena la tahan. layan facebook ke apa ke asalkan kau tak tidur. sebab on the next day akan ada segmen tutorial. tapi aku pernah online nonstop sebab penceramah hari pertama tu gile boring.. tapi bila rasa bersalah sebab tak dengar kursus tu, aku sambung pay attention balik. haha. Plis dont do this.



kursus akan habis pada pukul 430 petang. tapi selalunya akan habis lebih awal depends pada penceramah. aktiviti petang agak menarik sebab JPN ada sediakan banyak facilities untuk kita bersukan dan beriadah petang petang. ada tennis, badminton, kayak, wall climbing, cycling..macam macam lagi la.. (motif adalah untuk kau bakar balik kalori sebab kau makan 6 kali sehari tadi kann! clever you!)



so aku lagi suka cycling sebab boleh tengok tempat sekeliling tu macam mana. lagi pun dah lama den tak bawak basikal haa...boleh la perasan macam gadis kampung yang ayu membonceng basikal!



taraaaa...hari kedua kursus, JPN ada sediakan bas untuk angkut semua peserta kursus pergi makan mi udang. lokasi dia aku tak berapa nak ingat tapi jarak 10 km je dari tempat kursus tu. sedappppppp sampai kan kitorang risau kena tinggal dengan drevar bas. ye ah kusyuk makan jeee.. 

aku ni kadang kadang terfikir, kenapalah aku kena attend kursus sampai seminggu dah tu jauh pulak tu merantau nye. mana yang berkeluarga, kena tinggalkan anak bini lama lama. kursus pulak takde kaitan pun dengan aku. yelah kursus perakaunan amanah dan panjar, aku tak apply pun kat office. tapi aku nak nasihat kat korang yang ada perasaan macam aku ni, please get rid of it immediately. 

appreciate la company korang sebab hantar korang berkursuskita kena menjadi insan yang sentiasa dambakan ilmu pengetahuan walaupun ilmu tu kita tak praktik hari ni. tapi mana tahu esok lusa? mungkin ada benefitnya. 

lagi pun pergi kursus lama lama best tau! boleh main basikal..boleh makan mi udang. hahaha.. =)