PHOTOSHOOT WEDDING

Tags
Assalamualaikum.. Aku rasa macam aku ada termungkir janji siket la.. Aku janji nak update entry pasal Majlis Bertandang tapi sampai arini terus tak reti reti nak publish entry tu. Bukan salah aku tau. Tapi salahkan PP Epal sebab langsung tak bagi peluang kat bini dia ni untuk berkarya. Wah berkarya youu.. 

So kali ni seperti yang aku janjikan, aku nak share dengan korang photographer yang telah memberi kepercayaan kat aku untuk jadi customer dorang. eh? macam lain macam je bunyinye..hehe. anyway, abang ipar aku yang rekomen Abang Zack ni. Lepas buat mesyuarat tingkap dengan PP Epal, akhirnya kitorang pun bersetuju untuk jadikan dia official photographer kitorang. malas dah den nak pikir nak amik sapa..

so aku pun taknak cakap banyak. korang tataplah hasil karya Abang Zack ni..oh ye gambar gambar yang kat bawah ni sebenarnya gambar outdoor kitorang lepas selesai majlis bertandang. lokasi kejadian adalah dekat Muzium Negeri, Nesmilan. layannn...
















 




 

ok? suka tak suka tak? so jom kita bagi sokongan padu pada Abang Zack kite ni dengan cara mengelike page dia dekat fesbuk. mana la tau korang berminat nak survey survey pakej wedding dengan dia ke kan...ko sebut je nama aku.. kot leh dapat diskaun ke. haha suka suka je aku buat statement gini. 

bubye!

GLOMOROUS NITE LA SANGAT KAN

Tags
Assalamualaikum. Kali ni nak update pasal dinner PKNS yang bertemakan Glomorous Night with Black, White and Purple. Disebabkan akak korang ni tak berapa nak rajin menghabiskan duit beli baju glemer2 semata2 untuk pakai satu malam je..kannn..so ni jela yang mampu aku pakai malam tu. 

yang ini cousin aku Dila. Nasib baik dia ada. sebab aku datang dari Seremban so aku sampai lambat la. Meja pun dah full. tak dapat nak duduk sekali dengan officemate sedepartment aku. jadinya, aku semeja la dengan cousin aku.


oo ye pp Epal pun ikut jugak. aku terpaksa la bawak sebab dia dah melalak2 nak ikut kan. haha. tak dapat nak noty2 malam tu cuci mata. hubby kat sebelah. cis. aku tak puas hati ni sebab gambar jadi kelam because of lighting yang romantik giler tu. pastu rasa macam nak ugut hubby belikan kamera Samsung Galaxy yang super best tu so mesti gambar cantik gilers kannn..


see..faktor lighting tau tak. apa korang ingat aku rajin sangat nak tukar tudung dari purple ke kelabu? ataupun korang ingat aku ni rajin sangat nak apply ilmu magik untuk tukar kaler tudung tu? atau pun korang ingat aku ni makan comot, dah tumpah sisa makananan kat tudung pastu rajin pulak aku bawak tudung spare tukar kat toilet? haha cerita merapu sume tu. huwa..penat aku beli tudung pepel, tapi dalam gambar jadi kelabu. fine. merajuk taknak g dinner lagi. eh? 

so tu jela dinner yang tak berapa nak glemer sangat. nak buat camne. akak korang ni low profile orangnye. hihi.. sangatttt! bye

MULANYA DI SINI......

Tags
*baju sedikit comot gara gara gaya pemakanan yang comot*

so far, ada banyak story yang diceritakan. rasa nak menaip since too much word stuck in my mind. sadly..diz is my first attempt to post an entry here. in March 2013. huh? dah masuk bulan Mac dah? sekejapnya... seriously!

enough. huwaa honestly i dont know where to start. tu la padahnya bila tinggalkan alam blogging ni lama lama. kan dah beku kepala hotak ku ini. gggrrr.. aku tak tahu nak describe every single thing happened..ok. kenapalah starting entry pun macam bosan kan? kekeke.. alrite. lets start. 

where to start?

ok. gila betul aku hari ni. ikut jela apa yang tangan ni nak taip. actually saja nak buang masa kejap dengan blog padahal banyak lagi kerja lain yang aku belum setelkan. lalala. 

dan perkara pertama yang terlintas di kotak fikiran aku sekarang, adalah umur aku sudah mencecah 27 tahun. yup. quite a big number i think. hehe. well, kahwin pada usia 27 tahun adalah sangat lewat bagi aku. dulu berangan nak kawen pada umur 24 tahun dan dapat first baby pada 25 tahun. 

tu la yang dinamakan semua benda yang kita rancang Tuhan saja yang akan menentukannya. tapi yang pastinya hidup aku sekarang totally different. tu yang aku nak story sebenarnya. so jumpa lagi di next entry. 

Assalamualaikum :)